NUFFNANG

Monday 3 February 2014

BIADAP !! TERESA KOK TAK MINTA MAAF , VIDEONYA HANYA UNTUK BUAT ORANG KETAWA

BIADAP !! TERESA KOK TAK MINTA MAAF , VIDEONYA HANYA UNTUK BUAT ORANG KETAWA



Video BIADAP & HINA oleh Teresa Cock DAP dimasukkan di You tube sempena CNY  terus dikutuk bukan sahaja pemimpin UMNO , NGO malah pemimpin kaum  Cina yang turut tidak bersetuju. Klik di sini & SINI 
Ini kerana bukan sahaja menghina PM dan isteri malah  turut  menghina masyarakat Lahad Datu termasuk balu dan keluarga anggota tentera & Polis yang terkorban dalam insiden menyayat hati itu
Sikap yang ditonjolkan pemimpin DAP ini mempamirkan cubaan menabur kebencian antararakyat dengan memainkan isu perkauman.

Ketika  semua rakyat sedang menikmati cuti panjang dengam melawat ahli keluarga dan rakan-rakan dengan semangat perpaduan tetapi nampaknya Teresa Kok lebih meminati untuk 'menyulam' kebencian dikalangan masyarakat di dalam negara .






Di laman  sosial twitter,  penulis blog terkenal Dr Novandri turut mengkritik  sindiran video  Teresa Kok yang menyarankan beliau   melihat gambar wajah balu dan keluarga anggota keselamatan  kita samada insiden tembakan itu satu jenaka atau bonus lihat tembakan  .


Insiden Lahad Datu tidak wajar jadi sindiran 'Onderful Malaysia' - Mohd Shafie

Tindakan perlu diambil ke atas anggota Parlimen Seputeh di Selangor Teresa Kok berhubung video berbaur sindiran sempena Tahun Baharu Cina yang diterbitkannya baru-baru ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sambil melahirkan rasa kesal terhadap tindakan anggota Parlimen itu, Mohd Shafie berkata video bertajuk'Onderful Malaysia'turut memaparkan seorang tetamu yang mempersendakan masyarakat Lahad Datu, khususnya dalam menarik pelancong ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Beliau berkata perasaan masyarakat di Sabah, khususnya di Lahad Datu, masih bersedih (berikutan insiden pencerobohan militan dari selatan Filipina di Kampung Tanduo tahun lepas).

"Saya berharap sungguh agar tindakan diambil tentang perkara ini. Keselamatan di negara ini antara perkara yang cukup penting," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Liberal Demokratik (LDP) di sini hari ini.

Beliau menjelaskan insiden pencerobohan militan itu, yang turut mengorbankan anggota keselamatan negara yang bukan sahaja berasal dari Sabah, tetapi juga dari Sarawak dan Semenanjung, tidak harus diperkecilkan dan dijadikan bahan gurauan.

Dalam video yang dimuat naik dalam laman sesawang Youtube berdurasi 11:39 minit, seorang daripada tetamu dikenali sebagai Master Yan Yan berkata "you can travel to Sabah, where you get to see pirates, with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire (anda boleh melancong ke Sabah dan berpeluang melihat lanun dengan pertunjukan bonus, penculikan dan babak tembakan)".

source : generasi pejuang bangsa

No comments: