Assalamualaikum;
Di sini saya ingin
menceritakan serba sedikit pengalaman saya mengenai dengan kehebatan , kemulian
serta kesucian air zam-zam. Kita sebagai orang islam telah yakin bahawa air
zam-zam adalah merupakan satu-satu nya air yang suci di muka bumi ini, apa
tidaknya, ia adalah air yang hanya terdapat di bumi Mekah, kota suci umat
islam. Kesucianya tidak dapat kita pertikaikan lagi walau dengan cara apa
sekali pun.
Di sini ada
baiknya saya mengkisahkan sendiri setelah saya menyelidiki air zam-zam
tersebut. Pada 24 Rejab 1423 bersamaan dengan 31hb Oktober 2002 yang lalu, saya
bersama teman saya Ustaz Haji Kamalulbahrin telah menguji beberapa contoh air
mineral untuk di uji kebersihan air-air tersebut. Kami telah menggunakan water
Electrolyzer tester bagi melihat kekotoran-kekotoran beberapa air yang
sering kita gunakan untuk minum. Setelah kami menguji kesemua air-air mineral
tersebut termasuk air paip dan air yang telah di filter(di tapis) dengan
beberapa jenama penapis air, ternyata kesemuanya masih terdapat
kekotoran-kekotoran setelah di uji dengan water Electrolyzer tester
tersebut. Setelah itu saya katakan kepada teman saya, macammana sekiranya kita
uji air zam-zam, mulanya teman saya tidak berani berbuat demikian, saya katakan,
kita bukan untuk mempertikaikan kesucian air zam-zam, kita cuma ingin melihat
lebih mendalam dan untuk lebih meyakinkan lagi akan kesucian air zam-zam
tersebut. Saya pun mengambil segelas air zam-zam yang saya bawa semasa saya
mengerjakan Umrah pada tahun 1421.
Kami pun menguji
air zam-zam tersebut sebagaimana kami telah menguji air-air mineral, air paip
dan air yang telah di tapis tadi, setelah kami uji dengan water Electrolyzer
tester tersebut subahanallah, tidak sampai 5 saat, water Electrolyzer tester kami
meletup, kami mulanya panik, tapi syukur kami cepat-cepat mencabut cable wayar
Electrolyzer tester tersebut, dan kami dapati cuma fues Electrolyzer tester
tersebut terbakar, kalau sekiranya kami tidak mencabut cable Electrolyzer tester
tersebut mungkin akan lebih merosakan lagi Electrolyzer tester tersebut.
Di sini yakinlah
kami seyakin-yakinnya bahawa, air zam-zam tidak boleh lagi di pertikaikan
kesuciannya, walau dengan apa cara sekali pun. Air zam-zam merupakan ubat dan
penawar segala penyakit tergantung kepada niat seseorang. Dan yakinlah bahawa
air zam-zam itu merupakan mukjizat yang telah di beri kepada Nabi Allah Ismail
A.S, dan bersyukur kita kepada Allah SWT kerana telah dapat merasakan nikmat
air zam-zam tersebut hingga kini. Begitulah betapa agungnya kebesaran Allah.
Sekian Wasalam - Webmaster http://www.sengkarai.com/
No comments:
Post a Comment