Thursday, February 19, 2009

Menjual Impian Membeli Harapan….

Mengapa orang membeli barangan atau menggunakan sesuatu perkhidmatan ? Pelbagai alasan boleh disebut dan diberikan. Cantik, teringin, suka, perlu ganti ,…. dan sebagainya. Walau apa jua alasan yang diberikan ianya mungkin mempunyai hubungan dengan pengaruh iklan barangan atau perkhidmatan itu.

Lihatlah disekeliling kita. Iklan ada dimana-mana saja dan bila-bila masa. Iklan menjadi sebahagian corak kehidupan manusia. Secara sedar atau tidak , kita tidak dapat melepaskan diri dari kesan pengiklanan seolah-olah telah meresap dan menyusup amat dalam pada diri kita. Ianya mempengaruhi keputusan yang kita buat.

Syarikat membelanjakan peruntukan iklan yang besar dengan tujuan untuk dapat keuntungan yang besar . Akibat kesengitan saingan dan desakan keuntungan ada yang terjerumus dengan menggunakan tektik yang aggresif tidak beretika dan menyeleweng

Pengiklanan banyak menerima kritikan . Ada yang benar dan ada juga yang tidak. Ianya ibarat pisau yang tajam , boleh memotong dengan baik kerana ketajamannya juga mampu melukakan diri .

Ada falsafah lama dibelakang pengiklanan yang menyebut bahawa pada setiap diri manusia itu ada dua manusia yang berbeza , iatu satu ,siapa dia sebenarnya dan siapa dia ingin jadi.

Konsep “ Gelas separuh Penuh ” boleh dibuat contoh yang baik terhadap seseorang manusia itu. Jika kita lihat sebuah gelas yang diisi separuh dengan air. Apakah yang kita lihat dan renungi . Ada yang melihat ianya separuh penuh dan ada pula melihatnya sebagai gelas separuh kosong.. Yang melihat separuh penuh adalah yang berfikiran positif dan yang melihat separuh kosong adalah bersifat negatif. Konsep ini juga digunakan atau dimanipulasi oleh pengiklan untuk memberi pengisian kepada pengiklanan

Pengiklan menggunakan strategi-strategi Psaikologi ini untuk mempengaruhi bakal pembeli dan pengguna untuk membeli barangan keluaran atau perkhidmatan mereka. Satu apek penting yang perlu ada ialah Putting customer into buying state “. Ini adalah tugas besar pengiklan . Apa lagi yang belum ada dan dimiliki perlu diperbesarkan walaupun setengah-setengah itu telah ada pada seseorang itu.

Impian pembeli perlu di ransang hebat agar timbul keinginan untuk memilikinya lebih kuat. Pengguna pula berharapan besar apa yang diimpi-impikan berjaya memenuhi harapan dan ianya dapat merialisasikan impian yang ingin dipenuhi.

Kita mesti mengambil satu pandangan yang holistic , iklan dan pengiklanan diperlukan untuk pengembangan perniagaan . Tanpa ianya kita akan kembali kezaman kegelapan , mencapai maklumat akan berkurangan . Maklumat perlu untuk membuat keputusan . Jawapannya ialah lebih kawalan , “check and balance “. Apa yang lebih penting ialah kesedaran pembeli dan pengguna menjadi keutamaan …Penjual terus menjual impian dan pembeli terus menerus dengan urusan membeli impian…….