Hadapan :: Forum :: AL-Quran :: Script :: Artikel :: Siapa ? :: Perihal
   

Links








myJodoh Dot Net : Portal Mencari Pasangan Hidup

Info Palestina

Surah Al-Mutaffifiin

وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ
[1] Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),

الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُواْ عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ
[2] Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,

وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ
[3] Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

أَلَا يَظُنُّ أُولَئِكَ أَنَّهُم مَّبْعُوثُونَ
[4] Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?

لِيَوْمٍ عَظِيمٍ
[5] Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya),

يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ
[6] Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?

كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الفُجَّارِ لَفِي سِجِّينٍ
[7] Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam "Sijjiin".

وَمَا أَدْرَاكَ مَا سِجِّينٌ
[8] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia "Sijjiin" itu,

كِتَابٌ مَّرْقُومٌ
[9] Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata, (yang menghimpunkan amalan orang-orang yang berdosa).

وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ
[10] Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan -

الَّذِينَ يُكَذِّبُونَ بِيَوْمِ الدِّينِ
[11] Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan.

وَمَا يُكَذِّبُ بِهِ إِلَّا كُلُّ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ
[12] Dan tiada yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang yang melampaui batas (kebenaran), lagi amat derhaka!

إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ
[13] (Sehingga) apabila ia dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata:" Ini ialah dongeng orang-orang dahulu kala!"

كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ
[14] Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

كَلَّا إِنَّهُمْ عَن رَّبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَّمَحْجُوبُونَ
[15] Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya.

ثُمَّ إِنَّهُمْ لَصَالُوا الْجَحِيمِ
[16] Kemudian, sesungguhnya mereka akan menderita bakaran neraka.

ثُمَّ يُقَالُ هَذَا الَّذِي كُنتُم بِهِ تُكَذِّبُونَ
[17] Akhirnya dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia (azab seksa) yang kamu dustakan dahulu."

كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الْأَبْرَارِ لَفِي عِلِّيِّينَ
[18] Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), adalah (didaftarkan) dalam" Illiyiin".

وَمَا أَدْرَاكَ مَا عِلِّيُّونَ
[19] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Illiyiin" itu?

كِتَابٌ مَّرْقُومٌ
[20] Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata,

Laman :    1 2 >> Akhir

 

Teks Arab oleh Syed Mohammad Rasel boleh didapati di http://nzmuslim.net/download
 
   
webmaster(a)waktusolat.net