Punca-Punca Murid Tidak Melibatkan Diri dalam Kokurikulum
Punca-punca Murid Tidak Melibatkan Diri dalam Kokurikulum
Aktiviti kokurikulum menjadi salah satu agenda yang  sangat penting dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara. Memang  tidak dapat disangkalkan lagi bahawa aktiviti kokurikulum dapat membentuk sahsiah murid secara menyeluruh. Namun begitu, aktiviti kokurikulum mendapat sambutan dingin dalam kalangan murid-murid dan ibu bapa. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan murid-murid tidak melibatkan diri dalam aktiviti ini.
Antara punca isu ini ialah  ibu bapa kurang memberi galakan kepada anak-anak mereka untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini demikian kerana, ibu bapa terlalu memfokuskan pencapaian anak mereka dalam bidang akademik semata-mata. Sebagai contoh, ibu bapa terlalu keberatan untuk membelikan anak-anak mereka peralatan sukan seperti kayu hoki, raket badminton dan seumpamanya kerana  dianggap sebagai pembaziran. Tegasnya, bagi melahirkan insan yang cemerlang, pencapaian dari segi akademik dan kokurikulum perlulah seimbang. 
Selain itu, jadual harian yang padat seperti menghadiri kelas tuisyen menjadi satu punca kegiatan kokurikulum kurang mendapat sambutan dalam kalangan murid. Sebagai contoh, murid-murid juga perlu menghadiri kelas tambahan dan kumpulan belajar di sekolah. Hal ini menyebabkan murid-murid tiada masa untuk melakukan kegiatan kokurikulum. Tegasnya, murid-murid mesti bijak menguruskan masa supaya dapat menjalankan aktiviti kokurikulum.Di samping itu, pelajar juga lebih menumpukan perhatian terhadap pencapaian akademik semata-mata. Hal ini demikian kera na, pelajar berpendapat bahawa aktiviti kokurikulum hanya  sia-sia walaupun aktiviti ini sebenarnya amat penting. Sebagai contoh, pelajar lebih suka duduk di rumah dan menelaah buku pelajaran daripada menyertai aktiviti sekolah. Maka, pelajar haruslah mengubah fikiran mereka kerana pelajaran dan kokurikulum adalah sama penting dan boleh menentukan masa depan mereka.Bukan itu sahaja, murid-murid menganggap kokurikulum hanya membuang masa. Hal ini demikian kerana, aktiviti yang diadakan amat membosankan dan tidak menarik. Sebagai contoh, guru yang terlibat tidak memiliki kepakaran atau kemahiran dalam bidang tertentu.  Maka, bagi mengatasi kekangan ini, pihak sekolah perlulah melantik jurulatih yang berwibawa dalam pelbagai bidang kokurikulum.Akhir sekali, pihak sekolah tidak menyediakan prasarana yang cukup untuk menjalankan pelbagai aktiviti sukan. Hal ini demikian kerana, pihak sekolah menghadapi masalah kewangan  untuk membina   gelanggang badminton, tenis dan sebagainya. Oleh sebab  murid yang menyertai  sukan itu terlalu ramai maka  kemudahan seperti kayu hoki, raket badminton dan sebagainya tidak dapat menampung bilangan  pelajar. Tegasnya, sekiranya isu ini tidak dapat dibendung, sekolah gagal melahirkan seorang murid  yang berbakat dan berkebolehan  dalam bidang sukan.Sebagai intiha, sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak perlulah berganding bahu bagi mengatasi isu ini daripada terus membarah dalam kalangan murid-murid. Seterusnya, murid-murid haruslah mengubah persepsi negatif mereka terhadap aktiviti kokurikulum agar aktiviti ini tidak terus dipandang enteng.
Published: 2012-06-18 Hit: 274 Laman Asal
myJodoh.net
Objek Yang Menyerupai Kamera Dalam Tandas Sebuah Restoran Undang Rasa
APAKAH MAKNA WARNA DI BELAKANG UBAT GIGI | Pernahkah anda  mengambil tahu apakah maksud garisan berwarna yang dilabel di belakang  ubat gigi yang anda beli? .. ..
AKHLAK DALAM ISLAM
 Konsep AkhlakWalaupun manusia boleh dipisahkan daripada bidang ilmu atau pemikiran, bahkan juga boleh dipisahkan daripada agama dan kepercayaan, tetapi tidak boleh dipisahkan dengan akhlak atau .. ..
Gambar Toyol Yang Ditangkap Hidup hidup Dimasukan Ke Dalam Botol
Imej dibesarkan. Gambar toyol yang ditangkap dimasukan di botol akhirnya dibawa ke balai polis Penangkapan susuk makhluk yang diyak... Imej dibesarkan. .. ..