Thursday 13 September 2018

Semoga abah tenang di Sana


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
"Dia telah menciptakan mati dan kehidupan sebagai ujian supaya siapa diantara kamu paling baik amalan Dialah Maha Pekasa lagi Maha Pengampun (Surah Al Mulk: 2)
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
           Dengan rasa penuh keinsafan dan kesedaran ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat semua atas doa ucapan semangat takziat dan ziarah atas pemergian abah kami yang tercinta Hj Baharuddin yang selamat disemadikan jam 9.40 pagi 13 Sep 2018 Khamis di Perkuburan Islam Masjid Sultan Hisamuddin BBST Sepang.
          Semoga Allah membalas anda semua dengan pahala berpanjangan serta iringan doa agar dapat memperoleh sakinah, mawaddah dan rahmat dari Allah swt.

          Abah seorang yang tegas, berprinsip dan sentiasa menjaga amalan agama dan perintah Allah semasa sehatnya. Abah telah disahkan sakit strok pada tahun 2003 yang lalu semasa saya masih lagi di Darul Quran. Saya tamat Darul Quran Jakim pada tahun 2004 dan abah masih sakit yang memerlukan makan ubat darah tinggi sampai hujung hayatnya. Semoga Allah mengampunkan segala dosa beliau.

          Pada 2010 abah disahkan mengidap penyakit asma yang memerlukan pengambilan ubat pernafasan pagi dan petang setiap hari. Pada hujung tahun itu abah telah berpindah dari Temerloh menetap di Bandar Baru Salak Tinggi Sepang. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kesihatan abah agak kritikal namun masih boleh bercakap dan bergurau dan berjalan2 seperti biasa. Pada 31 Ogos 2018 yang lalu abah telah dimasukan di Wad Hospital Putrajaya. Namun 3 hari setelah itu dipindakan ke Wad  ICU. 

         Kami semua anak beranak agak terkejut dengan setuasi yang berlaku dan mempersiapkan mental dan spiritual apa-apa yang bakal berlaku. Semuanya dalam perancangan Allah dan Allah lebih menyayangi abah kami. 

         Pada 12 September 2018, Rabu Jam 10.35 malam abah menghembuskan nafas menemui penciptanya di ICU Hospital Putrajaya. Beliau meninggalkan seorang Isteri, Siti Aminah dan 8 orang anak yang mana 7 daripadanya adalah penghafaz al-Quran 30 Juz. Pada malam jenazah abah di bawa ke rumah sekitar jam 2.00 pagi di Salak Tinggi anak2 dan menantu berjaya mengkhatamkan 30 Juz al-Quran dihadiahkan kepada abah. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

         Jenazah abah dibawa ke Masjid Sultan Hisamuddin pada jam 7.40 pagi untuk dimandikan. Semua anak lelaki abah iaitu seramai 5 orang turut memandikan abah termasuk seorang menantu lelaki dan abang ipar sebelah isteri. Anak perempuan dan ibu kami turut sama menjirus air terakhir semasa memandikan. Terima kasih semua. Cuma pada saat memandikan abah, abah senyum seperti kebiasaan seperti yang pernah saya mandikan beberapa kali sebelum ini.

          Selesai memandikan maka proses memakai pakaian abah seterusnya dipakaiakan pakaian putih. Sekitar jam 8.50 abah dibawah di kawasan tempat solat utama untuk disolatkan. Saya selaku anak sulung lelaki yang no dua menjadi imam dan seterusnya mentalkinkan semasa majlis pensemadian di Tanah perkuburan Islam Masjid BBST B4L99. 
         Allah telah meminjamkan kepada kami abah tercinta, semua anak2 telah berjaya semua masuk Universiti, iaitu 6 daripadanya sedang dan tamat ijazah sarjana muda dipelbagai bidang. antara gambar yang sempat dirakam sebagai ingatan berterusan dan kenangan.
Kali pertama tengok wayang dengan mak abah
Jamuan raya Surau Desa Vista 2018
Kenangan 2017



Sempat abah abadikan kenanagan bergambar bersama Zel di DQ 2018
Pesta Alam Flora di Putrajaya, masa ni mardhiyyah 4 tahun





Gambar abah 2017 makan di PICC, Cha belanja makan
Kenangan 2013 di Cameran Higland
Raya 2017 di rumah baru