Wednesday 11 December 2013

TUN HANIF BIMBANG KESUCIAN ISLAM DIPERMAINKAN…BIAR BETUL NI BEB!!!!

Laman Malaysiakini melaporkan bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar berucap dalam jamuan teh diraja bersama pesara kerajaan sempena ulang tahun ke-68 Sultan Selangor,menyatakan kesedihannya terhadap kecederungan pelbagai pihak, termasuk pemimpin negara memainkan isu yang tidak timbul sebelum ini, seperti kedudukan istimewa Bumiputera. 

Katanya, bukan itu sahaja, malah kedudukan raja-raja pun mula disentuh dan kesucian agama Islam sebagai agama persekutuan pula dibangkit dan dipermainkan dan ia boleh mendatangkan keadaan yang menyebabkan perasaan rakyat, khususnya orang Melayu dan umat Islam tidak lagi dipedulikan.

"Masya-Allah, semacam ada satu grand design (perancangan besar) yang sedang digerakkan yang pada pandangan patik, jika tidak di kawal dengan bijaknya boleh menghancurkan negara," katanya.

Tepat sekali kata-kata Tun Mahathir,"MELYU MUDAH LUPA'Tun hanif tidak menyedari bahawa diri beliau sendiri adalah timbalan pengerusi syarikat genting berhad,syarikat judi terbesar di rantau Asia.Islam mencegah sekeras-kerasnya pembuatan judi dan yang sewaktu dengannya.

Bagi Tun Hanif untuk menghalalkan beliau memegang jawatan timbalan pengerusi syarikat judi genting itu, beliau pernah mengatakan bahawa beliau tak jumpa ayat di dalam al-quran yang melarang judi.

Persoalannya untuk kita fikirkan,apa perlu Tun Hanif bersedih dengan perasaan umat islam di Malaysia padahal pembuatan beliau selaku Timbalan syarikat judi terbesar sudah lama menguris hati dan perasaan ramai Umat Islam di Malaysia.

Jangan halakan kesalahan kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment