ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Friday 22 February 2013

Celoteh Dunia Perniagaan




PERKONGSIAN KOMUNIKASI.

Pernahkah anda dengar peniaga mengutarakan perkataan halalkah duit ini setelah anda membeli barang di kedainya???
Pernahkah anda dengar peniaga mempelawa anda untuk meletakkan harga pada barang yang anda ingin beli di kedainya???
Ini situasi yang berlaku pada diriku hari ini (Jumaat 22 Februari) di bandaraya metropolitan Kuala Lumpur.

Ini dialog yang berlaku antara aku dan peniaga:
Aku         : Berapa harga selendang ni bang?
Peniaga    : Harganya RM28.00 tapi adik nak harga berapa, boleh je abang bagi.
Aku         : Kesian pulak abang kalau saya minta murah, emmmm boleh bagi saya 2 helai tudung dengan
                  harga RM50.00 ke?
Peniaga    : Boleh.
(Dengan rasa bersalah, aku keluar dari kedai tersebut dengan ucapan terima kasih)

Ulasan:
Berdasarkan situasi yang berlaku tersebut, saya berpendapat bahawa peniaga tersebut sangat prihatin terhadap adab dalam perniagaan. Hal ini demikian kerana, terdapat tatasusila dan santun yang jelas dalam komunikasi antara peniaga dan pelanggan. Walaupun berada di bandar metropolitan, peniaga tersebut tidak mengambil kesempatan kepada pelanggannya terutama memberi peluang kepada pelanggan untuk membuat pilihan yang sesuai.

No comments:

Post a Comment