Penangan Putus Cinta & Penyelesaian !

 Adoiyai.. clash lagi.. asal couple je aku clash, asal clash je aku couple.. Tensen.. *gelak*
Tapi kalau nak difikirkan semua ni takkan jadi apa pon. Jadi, daripada mengeluh, lebih baik cari cara mengatasi kesengsaraan agar kepedihan hati ni cepat hilang.
Pilih saranan yang sesuai dengan hatimu. Disini saranannya:
Legakan hati
Langkah pertama, khas buat gadis2 – pegi masuk bilik pastu menangislah sepuas hati. Ingat kenangan lama-lama, pastu nangis sampai kering air mata tu. Kalau rasa-rasa nak layan lagu, pasang lagu yang jiwang2 biar air mata keluar banyak2. Buat hati kamu jadi lega. Bila sudah lega, tidur ah. Bangun nanti kamu pasti lebeh reda sedikit.

Remember the bad things
Ambil pensil dan kertas, kemudian tulis senarai negatif pasangan anda. Tulis juga segala peristiwa-peristiwa yang anda anggap sebagai kejadian yang tak termaafkan tapi akhirnya anda maafkan juga (dulu) sbb masih sayang .Setelah itu, anda baca senarai yang baru anda buat. Anda bakal sedar, putusnya hubungan itu memang sudah semestinya terjadi. Anda beruntung terlepas dari tangan orang yang salah.

Bye Bye Bye
Buang semua barang yang ada hubungannya dengan kisah kasih anda berdua dulu. Dari gambar-gambar, sehinggalah teddy bear yang dia bagi sebagai hadiah. Ini semua untuk melupakan EX anda. Sebab kalau terpandang barang berian dia, pasti anda akan teringat kisah silam anda.

As Bad As I Wanna Be !
Yup ! Jadi gila-gila sedikit asalkan tidak melampau batas ! Lakukan saja hal – hal yang dia larang semasa korang bercinta dulu (tentunya yang bukan negatif atau yang mendatangkan kesan buruk bagi diri kita sendiri). Seperti, hal – hal yang dulu anda tidak pernah cuba. . Misalnya, dulu dia melarang anda menyertai ekspedisi memanjat gunung, sekarang sertai saja mana-mana kegiatan lasak yang anda minati dan lakukan!. Puas kan ! Tiada siapa melarang lagi! Begitu juga dulu dia melarang kamu bermain bowling bersama teman-teman . Sekarang anda ada banyak masa untuk melakukannya. Bak kata lakukan apa yg dulu dia tak suka anda lakukan ketika bersama dia dulu~

Create things
Putus cinta itu kadang-kala menimbulkan inspirasi tersendiri bagi sebahagian orang untuk berkarya. Ini positif. Kalau kita perhatikan, puisi- puisi bukan saja menceritakan tentang indahnya cinta. Tapi menceritakan juga tentang pahit getirnya. Jadi kreatiflah! Anggap kejadian yang menimpa kamu itu bukan musibah, tapi anugerah yang ada hikmahnya. Siapa tau esok kamu bakal jadi pereka fesyen ternama setelah mengeluarkan ciptaan unggul yang bertema “Pieces of My Broken Heart”. Contoh macam saya banyak membaca pasal cinta.. =P

Lepak-lepak dengan Kawan2
Jangan habiskan hujung minggu sendirian, kerana pasti sangat menyiksa anda. Jemput teman-teman kamu ke rumah, sewa/beli VCD banyak-banyak dan menonton ramai-ramai. anda juga dapat mengingati masa lalu bersama teman- teman yang penuh kenangan manis dan lucu, sebelum terikat dengan kekasih kamu. Pasti akan menghiburkan hati kamu yang gundah apabila dapat ketawa bersama teman-teman seperti waktu lalu.

Cari penganti !
Satu-satunya cara efektif untuk melupakan seseorang, ya… , cari penggantilah ! Ingat, dunia kan luas. Kumbang dan bunga bukan seekor. Yang kamu perlu lakukan, bukalah hati kamu untuk menerima orang lain yang mungkin lebih baik dari kekasih kamu dahulu.. Itu saja. Ingat..! mungkin yang baru lebih baik dari yang lepas.

 `I will survive…

Dengarlah lagu “I will Survive” yang sudah dinyanyikan dalam banyak versi. Lagu itu pasti membuat kamu jadi lebih kuat untuk menerima perpisahan. Percayakan diri kamu. Kuatkan semangat untuk terus melalui hari-hari yang mendatang. Berikut sedutan lagunya… I will survive. As long as I know how to love I know I’ll be alive. I’ve got all my life to live. I’ve got all my love to give. I will survive.
Ya! Kehidupan perlu diteruskan… … …
Berpisah bukan bererti hidup kamu telah berakhir.. mungkin ini satu langkah untuk anda membuka lembaran baru !
0 Responses

Post a Comment