AFPRO


AIR FORCE PLANT REPRESENTATIVE OFFICE ( AFPRO )

Pejabat Wakil TUDM atau AFPRO merupakan salah satu gerup di bawah pentadbiran Markas Logistik Udara. Dianggotai oleh 1 x Pegawai Kejuruteraan berpangkat Leftenan Kolonel yang memegang jawatan Chief Plant Representative (CPR), 1 x Pegawai Logistik dan 3 x Pegawai Kejuruteraan berpangkat Mejar yang memegang jawatan Plant Representative ( PR) iaitu PR 1, PR 2, PR 3 dan PR 4 . Bagi anggota LLP pula terdiri daripada 17 x PTTK dan 2 x PTTR dari pelbagai ketukangan antaranya Rangkat, Injin, Instrumen, Lektrik, Avionik, Kerani Angka, Materiel dan Pembantu Tadbir.
Bahagian ini bertanggungjawab menentukan perlaksanaan kontrak antara pihak kerajaan Malaysia dengan AIROD Sdn Bhd berkenaan aset-aset TUDM dilaksanakan mengikut terma kontrak. Bahagian ini juga berperanan untuk menentukan pengeluaran aset-aset TUDM di dalam pengurusan AIROD Sdn Bhd dikeluarkan mengikut jadual dan syarat kontrak.
Terpisah jauh dari Markas di Kuala Lumpur, Pejabat AFPRO terletak di AIROD Sdn Bhd, Subang. Ini adalah kerana bahagian ini berperanan bagi memantau prestasi kerja pihak AIROD yang melaksanakan kerja-kerja pembaikan, rawatan atau senggaraan pesawat dan komponen dalam memastikan aspek ketulenan alatganti yang digunakan, ketepatan masa dan mutu penghasilan kerja mengikut skop, prosedur dan standard kerja yang telah dipersetujui.
Pengkhususan tugas pemantauan ini dibahagi kepada Rotary Wing, Fix Wing dan Shop yang dipertanggugjawabkan kepada Pegawai (PR) dan perlaksanaan tugas oleh anggota-anggota AFPRO mengikut ketukangan masing-masing.




2 comments:

  1. gambar diatas cuma ada senior nco dan cpr sahaja.sempena makan beradat kelab bintara MLU.

    ReplyDelete
  2. mana koperal ke bawah nii..kami pun keje kat sini juga.

    ReplyDelete