SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

KONGSI BERSAMA RAKAN-RAKAN

Sunday, March 3, 2013

Iklan Raya Petronas Burung Murai


Sila perhatikan iklan klip video di bawah ini dengan teliti.



                   Sila nyatakan sepuluh nilai-nilai murni yang terdapat dalam tayangan video sebentar tadi.




Thursday, February 28, 2013


Latihan 1

Lengkapkan ayat di bawah ini dengan penjodoh bilangan yang betul.

1) Ibu membeli tiga __________ petai di kedai Pak Abu pagi tadi.
    a) papan
    b) batang
    c) biji
    d) ketul

2) Harga se____________ rumah banglo itu mencecah ratusan ribu ringgit.
    a) keping
    b) buah
    c) biji
    d) pasang

3) Kakak menanam tiga ___________ serai di belakang rumah neneknya.
    a) batang
    b) ulas
    c) longgok
    d) ruas

4) Harga se____________ kasut sukan yang dibeli oleh ayah RM49.90 sahaja.
    a) buah
    b) helai
    c) pasang
    d) bentuk

5) Datuk membeli tiga ___________ buah durian kampung di pasar malam itu.
    a) ulas
    b) batang
    c) kuntum
    d) biji


Latihan 2

Tulis sebuah karangan autobiografi yang bertajuk '' Aku Sebuah Basikal ''. Panjang karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.


Latihan 3

Arahan:
Baca soalan-soalan di bawah ini dengan teliti dan isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

a) Cikgu Hamid kelihatan ................ ( ayu / segak ) apabila berbaju Melayu.

b) Lukisan pemandangan yang dibuat oleh pelukis itu sangat ................. ( cantik / buruk ).

c) Pokok kelapa di belakang rumah Pak Hamid itu .................... ( rendah / tinggi ).

d) Setiap hari adik memakai kasut sekolahnya yang berwarna ....................... ( putih / biru ).

e) Rasa air cendol yang dijual di gerai Mak Minah itu sangat ................... ( sedap / pahit ).

Thursday, February 21, 2013

 Semoga rakan-rakan mendapat manfaat daripada blog saya yang seadanya ini.
 Salam sayang daripada saya. Hingga berjumpa lagi pada masa yang akan datang.

Vokal merupakan huruf hidup atau huruf saksi iaitu a, e, e', i, o dan u

Wednesday, February 20, 2013

       Diftong bermaksud gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au dan oi. Contohnya perkataan salai, pisau, kaloi, balai, kalau, cakoi dan lain-lain lagi.



     Digraf bermaksud dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, dan sy, dwihuruf, dwilambang, huruf rangkap. Contohnya perkataan ngilu, nyani, syampu, nganga, sunyi, syarat dan sebagainya.
NAMA : SITI AIDAH BINTI MOHAMAD
KELAS : BAHASA MELAYU 1
NAMA PENSYARAH : DR KHAIRUDDIN BIN MOHAMAD