Translate

Tuesday 6 March 2012

ASAL USUL, KHASIAT DAN KELEBIHAN KASTURI KIJANG


SUBHANALLAH.....ALHAMDULILLAH.....ALLAHU AKBAR

Mengikut rujukan pengarang kitab Al-Aqlaa "iq" dan juga kitab jaami karamat al-aliyaa, sesungguhnya di kala Nabi Adam A.S diturunkan dari syurga ke bumi ini, beliau telah diziarahi oleh seekor kijang, lalu Nabi Adam A.S telah pun menghadiahkan secebis daun dari syurga dan dengan izin Allah s.w.t memberikan dia berbau kasturi.

- Disebut di dalam Al-Quran : Tanah-tanah di syurga  

   dijadikan daripada kasturi
- Juga dikatakan badan Rasulullah S.A.W sentiasa berbau  

   kasturi dengan semulajadi
   Dengan itu baginda tidak dihinggapi nyamuk/lalat 
                (Riwayat Bukhari-Muslim)
- Kasturi merupakan minyak wangi kesukaan Nabi S.A.W
- Diriwayatkan oleh muslim sesungguhnya Nabi S.A.W telah  

   bersabda, maksudnya " Kasturi adalah minyak wangi yang  
   paling baik sekali".

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuan terkenal terutama Imam Ibnu Qayyim Aljauziyyah R.A dan ahli-ahli perubatan islam, maka kasturi didapati banyak khasiat antaranya :

1. Memberi kekuatan kepada ruh;
    Haruman adalah santapan ruh, manakala kasturi adalah   
    merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman  
    sebagaimana sabda Nabi s.a.w :

    “sebagus-bagus wangian ialah minyak kasturi”   
                                                                (H.R.Muslim)
     KASTURI minyak wangi Nabi s.a.w:
     Diriwayatkan oleh Muslim sesungguhnya
     Nabi s.a.w telah bersabda maksudnya:
     ”Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali”

2.  Menenangkan jiwa (hati);
       ~ Dapat menguatkan hati dan jiwa dengan menciumnya.
       ~ Dapat menenangkan dan meriangkan hati dan jiwa 
          dengan menciumnya.
3.  Mencergaskan akal dan menyihatkan otak.
4.  Memperkuatkan organ (angota di luar tubuh).
5.  Menolak wabak dan penyakit.
6.  Mengurangkan ketakutan dan kebimbangan.
7.  Mengurangkan sesak nafas.
8.  Mengurangkan debaran jantung.
9.  Mengurangkan gementar dalam tubuh.
10. Mengurangkan sejuk tubuh.
11. Berfungsi memelihara kesihatan
      keseluruhannya.
12. Menyukakan para malaikat, orang-orang
      soleh dan kesemuanya dengan izin
      Allah s.w.t.

Sebaik-baiknya dan seelok-eloknya !!
Bersolatlah dengan berwangi-wangian kerana 70x lebih baik daripada tidak berwangi-wangian.
Dan berniatlah untuk memakai Wangian Kasturi ini untuk Mengikut salah satu daripada SUNNAH Rasullullah dan selalulah berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. untuk menambah Cinta dan Rindu kepada baginda.

No comments:

Post a Comment