Monday, February 10, 2014

Satay Hut @ Tanjung Karang - Destinasiku bajet-bajet

Cuti raya cina nak pergi mana.... memang dah target nak pergi satu tempat ni.. famous katanya.. member-member opis dah update kat facebook tempat makan ni...memang terliur kalau tengok gambar.. tempat satay besar giler... satay gumuk hehe.. sapa yang dah mesti tau nyer... SATAY HUT TANJUNG KARANG SELANGOR....  kalau pergi tanjung karang tak singgah sini memang tak komplete kata omputih.... lokasi memang kat pekan Tanjung Karang dekat dengan Hospital Tanjung Karang.. memang tepi jalan besar... kalau tak jumpa tgk gambar di bawah hehe... 

PANDANGAN HADAPAN RESTORAN SATAY HUT

ALAMAT / LOKASI:

LOT 74 JALAN BESAR
45500 TANJUNG KARANG
SELANGOR..

WAKTU OPERASI:

DARI 0430 PM HINGGA 0200AM.

SERANG TEMPAT MEMBAKAR SATAY DULU....
MACAM ORANG JAKUN JER.. XCITED KOT..

NAMPAK TAK PERMAINANNYA DISITU.. 
ORDER 10 BESAR 10 BIASA.. ADA SATAY AYAM SAHAJA..
SATAY DIA MEMANG AAA... SEDAP, LEMBUT, SECUKUP RASA.
MEMANG KENYANG RASA MACAM MAKAN 30 CUCUK JER..
HARGA SATAY BESAR RM1.50 BIASA RM 0.70.....

ABC DIA PUN NAMPAK MEMANG MENGIURKAN
HARGA RM 3.50.. 

MEE BANDUNG PUN OK JUGAK... HARGA RM 5.50


ANAK-ANAK TENGOK IKAN TERUS KENYANG..

Semoga info ini dapat berkongsi bersama anda semua..  restoran ini terdapat kemudahan surau dan tandas.. jadi jangan risau... cuma risau hari cuti memang jalan kat Tanjung Karang ni jem giler... hehe.. jumpa lagi.  

Friday, January 24, 2014

Chocolate Museum @ Kota Damansara - destinasiku bajet-bajet

Cuti-cuti sekolah tapi aku sekeluarga tak kemana... gaji cukup-cukup pakai jer.. sian plak kat anak-anak.. takkan duk kat rumah jer.. dapat idea cari dalam intenet... cari punyer cari.. terjumpa pasal muzium cokelat ni.. memey tak pernah pergi... bagitau org umah.. jom siap2 kita pi muzium cokelat.. start kereta.. terus menuju ke destinasi yang di tuju.. rupanya dekat dengan up town kota damansara... kat sini tempatnya...

                                                 PANDANGAN HADAPAN MUZIUM

PETA LOKASI
                                                                         

ALAMAT & LOKASI

Chocolate Museum by Fidani @ Kota Damansara.
Dr Group Holding Sdn Bhd.
No 2 Jalan Teknologi 3/4, Selangor Science Park 1, Kota Damansara.
47810 Petaling Jaya Selangor

 GPS : 3.156173 , 101.56892

                                                                   posing-posing dulu..

WAKTU OPERASI

 Setiap hari dari 1000hrs - 1700hrs masuk adalah percuma... stanby duit beli coklat jer..

My wife (wani) muka ada sunyum.... Alif dengan Aina teruja sangat.


DEMO BUAT COKLAT

Untuk makluman waktu demo chef membuat cokelat adalah pukul 1200hrs(tengahari)  dan 1500hrs(petang)... selepas chef buat demo... boleh rasa coklat yang dibuat... sedap juga coklat fidani ni....


last sekali shopping cokelat ler.... yang penting ada duit.... takder duit pakai kad kredit pun bolehlah... hehe
apa yang penting anak-anak dan wife happy... hasil dari trip ni... korang akan lebih menghargai coklat hehe.. ok jumpa lagi.. aina dah tak sabar nak makan coklat nyum2.....

Sunday, January 12, 2014

SALAM MAULIDUR RASUL 1435H

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
✅ SALAM RABI'ULAWWAL 1435H
 BIODATA RASULULLAH SAW
NAMA :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib.
TARIKH LAHIR :
Subuh Isnin,12 Rabi'ulawwal bersamaan 20 April 571 Masehi Tahun Gajah.
TEMPAT LAHIR :
Rumah Abu Talib,Maakatul Mukarramah.
Gelaran: AL AMIN
Pengasuh Pertama:
Ummu Aiman
Ibu Susu Pertama:
Thuwaibatul Aslamiah
Ibu Susu Kedua:
Halimah As Saadiah
Isteri-Isteri Rasulullah :
1] Khadijah bt Khuwailid.
2] Aisyah bt Abu Bakar.
3] Hafsah bt Umar.
4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5] Hindun bt Umaiyah.
6] Saudah bt Zam'ah
7] Zainab bt Jahsy.
8] Zainab bt Khuzaimah
9] Maimunah bt Harith.
10] Safiyah bt Huyai.
Anak-Anak Rasulullah :
1) Qassim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Az Zahra'
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)
SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H . ✅
Perpanjangkan kepada seluruh Umat ISLAM sebagai tanda kecintaan kita kepada
NABI MUHAMMAD SAW. 

Tuesday, December 31, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Alhamdulillah...
Segala pujian bagi Allah SWT...
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani....
Bersyukurlah... Dengan Izin Nya kita dapat melangkah ke Tahun 2014... dan meninggalkan Tahun 2013 yang meninggalkan pelbagai kenangan bagi kita...
Bersyukurlah.. Dengan Izin Nya juga kita masih bernafas.. untuk meneruskan kehidupan ini.. Semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati olehNya.. Amin..
Sentiasa berdoa kepadaNya... Doa adalah perkara yang paling kita suka kerna mengandungi harapan, rayuan,Kesyukuran,bisikan kepada Pencipta yang Maha Memberi, Maha Menyanyangi, Maha Mendengar. Kadang terlintas rasa malu kerana walau doa dilafaz tetapi terlalu banyak kegelinciran dalam menjalani kehidupan seharian, terlalu banyak perintah Nya yang kita tidak ambil endah..., terlalu banyak larangan Nya yang kita redah.. Namun, kita tetap berdoa. Berdoa memohon keampunan Nya. Berdoa agar diberi petunjuk dan hidayah. Berdoa agar diberi kekuatan untuk mengharungi hidup ini sebagaimana diredhai oleh Nya.... Aminn.. Syukur.

Monday, December 30, 2013

Mencari Ketenangan

Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohaninya terisi, subur dan sihat. Iaitu persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh-musuh batin, iaitu syaitan dan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah untuk ditumpaskan jika kita tidak mempunyai persediaan asas yang lengkap Oleh itu hendaklah memperbanyakkan ibadah serta amalan-amalan sunat yang boleh membantu untuk meningkatkan diri di sisi Allah SWT. Jadikan rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah SWT sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan. Allah akan menilai semua usaha-usaha tersebut jika dilakukan dengan ikhlas. Ia Maha mengetahui akan segala rahsia-rahsia tersembunyi. Segala sesuatu yang di dalam hati manusia adalah milikNya. Berserahlah kepadaNya untuk mencapai ketenangan hidup didunia dan kebahagiaan di akhirat..