Selasa, 6 November 2012

















ADAB DENGAN MANUSIA DAN MAKHLUK LAIN 





























ADAB REHLAH 



Rehlah itu pergi  melawat,

Pelbagai arah dan juga tempat,

Ciptaan Allah dapat dilihat,

Ambillah iktibar dengan cara yang tepat.














Berhati-hati memilih tempat,

Supaya sesuai serta selamat,

Berpakaian sopan menutup aurat,

Agar terhindar daripada maksiat.















Jika kita ingin berehlah,
Untuk melepaskan penat dan lelah,                                        

Jagalah adab jangan tersalah.

Niat yang baik kerana Allah.













Maruah diri dan juga keluarga,

Semasa berehlah perilaku dijaga,

Keselamatan diri paling berharga,

Daripada bencana yang tidak diduga.















PERKARA-PERKARA YANG PERLU
 DIELAKKAN KETIKA BEREHLAH



Bergaul bebas

Memakai pakaian yang mendedahkan aurat

Mengotorkan tempat rehlah

Merosakkan harta benda awam

Melakukan perbuatan maksiat















HIKMAH BERADAB KETIKA BEREHLAH



Mendapat keredhaan Allah
Memelihara keselamatan dan maruah diri
Mengambil iktibar daripada ciptaan Allah
Menambahkan keyakinan terhadap kekuasaan Allah






Sabtu, 3 November 2012





ADAB MENJAGA KEBERSIHAN SUNGAI DAN ALAM SEKITAR



Sungai dan alam sekitar banyak kegunaannya. Sungai merupakan sumber air, sumber tenaga, sumber rezeki dan laluan pengangkutan kepada manusia. Alam sekitar pula membekalkan udara yang bersih, tempat tinggal yang selesa dan tempat kita mencari rezeki.

Kita dilarang membuang sampah di merata-rata tempat, menebang pokok-pokok sesuka hati, mencemarkan sungai dan alam sekitar. Kedua-duanya anugerah Allah yang perlu kita pelihara.





      
       
    KEPENTINGAN MENJAGA KEBERSIHAN SUNGAI

     
      Selamat digunakan dan tidak memudaratkan kesihatan.

      Dapat mengelakkan bencana alam.                                        


      Memastikan udara bersih.                                                             

      Menjamin sumber alam yang mencukupi.                        

      Mengekalkan habitat haiwan dan ekosistem.


     
   AKIBAT MENGABAIKAN KEBERSIHAN


      SUNGAI
   
     Air tercemar.                                                                                     
     Punca rezeki rezeki berkurangan.
     Belanja perubatan meningkat.
     Sumber air bersih berkurangan.


    
   ALAM SEKITAR

     Udara tercemar.                                                                         
     Hidup tidak selesa.
     Hasil alam berkurangan.
     Penyakit mudah berjangkit.
     Hidupan semakin pupus.







ADAB MENCINTAI NEGARA

Menghormati undang-undang.
Taat kepada pemimipin.

Mematuhi Rukun Negara. 
Menjadi warganegara yang baik.





KEBAIKAN MENCINTAI NEGARA

Negara berada di dalam selamat.
Negara disanjung dan disegani di mata dunia.

Rakyat sentiasa sedia berkorban untuk negara.   
Keselamatan rahsia negara terjamin.                           

Rakyat dapat hidup dengan aman dan damai.




AKIBAT TIDAK MENCINTAI NEGARA

Perpaduan kaum akan tergugat.
Keselamatan negara tidak akan terjamin.

Negara akan menjadi lemah dan mundur.

Imej baik negara akan tercemar.                          







Sabtu, 27 Oktober 2012





ADAB TERHADAP HARTA BENDA AWAM


Membersihkan tandas awam selepas digunakan.

Tidak membuang sampah ke dalam mangkuk tandas.

Memungut sampah-sarap di tempat rekreasi dan taman permainan.

Menggunakan peralatan di taman permainan kanak-kanak dengan baik.

Menjaga kebersihan perhentian bas.

Menjaga kebersihan di dalam dan luar masjid, tandas masjid dan mengemas peralatan solat seperti sejadah, telekung dan sebagainya.

Menggunakan telefon awam dengan betul dan tidak merosakkannya.




CONTOH-CONTOH HARTA BENDA AWAM



                                                                           



          
                 

Isnin, 1 Oktober 2012

NOTA AKHLAK TAHUN 6



ADAB TERHADAP HARTA BENDA SEKOLAH

Menggunakan peralatan yang disediakan dengan cermat dan tidak merosakkannya.

Tidak menyalahgunakan harta benda sekolah .

Harta benda sekolah yang dipinjam mestilah  dipulangkan dalam keadaan baik.

Harta benda sekolah yang rosak atau hilang mestilah  diganti.`

Melaporkan segala kerosakan kepada guru untuk dibaiki

Menjaga dan menceriakan kelas dan persekitaran sekolah.

Menyayangi harta sekolah seperti harta sendiri.      


                     
  
KEBAIKAN MENJAGA HARTA BENDA SEKOLAH

Dapat belajar dalam keadaan yang selesa.
Pelajar akan disayangi guru.
Keindahan sekolah terpelihara.
Pelajar akan sentiasa bersemangat untuk ke sekolah.

AKIBAT TIDAK MENJAGA HARTA BENDA SEKOLAH

Pelajar tidak selesa untuk belajar.
Kemudahan tidak dapat digunakan sepenuhnya.
Mengganggu pengajaran dan pembelajaran.
Melahirkan pelajar yang tidak bertanggungjawab.
Akltiviti sekolah tidak berjalan lancar






Ingatlah wahai anak-anak didik satu Malaysia.. 
Sayangilah harta benda sekolah dan jagalah dengan baik.