Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) mendesak kerajaan negeri menghentikan sebarang aktiviti pembalakan yang sedang dijalankan di kaki Bukit Fraser berhampiran perkampungan Orang Asli Kampung Bukit Telaga, Raub, Pahang.

Presidennya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, kedudukan aktiviti pembalakan tersebut amat merisaukan kerana dikhuatiri menjejaskan kualiti alam sekitar di kawasan Bukit Fraser dan kawasan persekitarannya.
"Pembalakan di kawasan berkenaan beri kesan negatif kepada penduduk setempat dan mengancam Bukit Fraser yang merupakan kawasan ekopelancongan terkenal dan mempunyai keunikan tersendiri.
"Pada ketika ini, hanya Bukit Fraser yang tinggal sebagai sebuah destinasi ekopelancongan tanah tinggi di Pahang yang tidak terusik dan masih mengekalkan identitinya," tegasnya.
Tambahnya, kerja pembalakan ini dijalankan adalah permulaan langkah bagi membuka kawasan perlombongan di kawasan tersebut.
“Peka khuatir Bukit Fraser akan mengalami nasib sama seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands yang telah banyak tercemar alam sekitarnya akibat pembangunan dan aktiviti pertanian sehingga kerap berlaku bencana banjir khususnya di Cameron Highlands,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau kawasan jalan pembalakan di kaki bukit Bukit Fraser di sini, semalam.
Terletak hanya 15 kilometer
Shariffa Sabrina memberitahu, kawasan aktiviti pembalakan ini terletak hanya 15 kilometer dari kaki Bukit Fraser dan berpotensi ancam persekitaran Bukit Fraser sekali gus memusnahkan ekosistem serta mempengaruhi keadaan iklim di situ.
“Jadi Peka mahu pembalakan di kawasan ini yang dihentikan sementara buat masa ini, diberhentikan terus dengan membatalkan lesen pembalakan yang dikeluarkan kepada syarikat pembalakan terbabit.
Tambahnya, Bukit Fraser adalah kawasan berbukit-bukau yang terletak di Banjaran Titiwangsa dan dikategorikan sensitif kepada sebarang aktiviti yang menjejaskan alam sekitar.
“Kawasan Bukit Fraser juga mempunyai cerun yang curam dan tanah di kawasan ini amat mudah terhakis seterusnya menyebabkan tanah runtuh sekiranya berlaku hujan lebat dalam jangka masa panjang.
“Pada masa ini hanya Bukit Fraser sahaja destinasi ekopelancongan tanah tinggi di Pahang yang masih tidak terusik berbanding Cameron Highlands dan Genting Highlands yang dah banyak terjejas,” katanya.
Ancam nyawa penduduk
Persatuan Perpustakaan Komuniti Bukit Tinggi, Dr Zubaidah Ibrahim berkata pihaknya pada mula tidak mengetahui terdapatnya aktiviti pembalakan yang berlaku di kawasan kaki Bukit Fraser.
Menurutnya, pihaknya agak terkilan dengan tindakan tersebut kerana Bukit Fraser sudah diwartakan sebagai bebas pembangunan.
“Kami dapat tahu berita ini dalam masa yang sangat singkat. Kami tahu apabila berita mengenai ada tauke balak mati tersebar dan ada penduduk bising kerana tempat pembalakan sudah dekat dengan Bukit Fraser.
“Kami adalah masyarakat kecil kurang daripada 1,000 orang yang penduduknya 90 peratus terdiri daripada pekerja di hotel restoran yang bergantung pada pelancongan.
“Saya harap perkara ini dihentikan kerana melibatkan nyawa penduduk dan pendapatan penduduk juga akan terjejas. Sekarang ni pun, kalau lalu di sepanjang laluan ke Bukit Fraser pun dah ada tanah runtuh berlaku,” katanya.
Lesen pembalakan diluluskan
Pegawai hutan daerah, Mohd Shukri Mohd Alip berkata, aktiviti pembalakan di kawasan itu dihentikan sementara 8 September lalu bagi menilai bantahan yang diberikan.
Beliau memberitahu, lesen pembalakan di kawasan itu diluluskan untuk pengambilan bermula Julai 2017 hingga Januari 2018 di kawasan seluas 106 hektar di kawasan Hutan Simpan Batu Talam.
“Pada masa ini hanya laluan balak yang merentasi kawasan Hutan Simpan Tranum dibina. Tiada lagi penebangan hutan di kawasan pembalakan,” katanya. Sumber : Sinar Harian Pahang

COMMENTS