CARIAN ANDA

Wednesday, April 13, 2011

CUKAI PINTU OH CUKAI PINTU






Sebelum buat entri ni Cik Kak dah gelak2 guling2 kat opis semalam. Alkisahnya ada seorang public datang bising2 sebab beliau tak puashati dengan Notis Cukai Pintu yang dikenakan padanya. 

Pak Incik: Apa ni,  rumah saya pakai pintu plywood saja cukai pintu mahal macam ni ke???

Kakitangan Awam: :) :) :) (muka kontrol gelak). Sbenonya tak tahu nak bagi jawapan apa.
Macam ni Encik. Cukai pintu ni takde kene mengene ngan pintu apa yang ada kat umah encik tu. Cukai pintu ni adalah cukai taksiran yang dikenakan kepada penduduk sesebuah kawasan. Kadar cukai pintu ni ditetapkan berdasarkan nilai rumah kediaman dan kawasan tempat Encik tinggal. Rumah Encik di kawasan membangun jadi mahal la sedikit.

HUuhuhhuhu rupanya masih ada juga yang tak tahu apa itu Cukai Pintu... hehehe Cik Kak dulu kalau tak koje sini pun tak tahu gak...hahahahahah...moga2 info yang tak seberapa nih boleh membantu...kalau ada sebarang pertanyaan ...boleh tanya kaunter pertanyaan...muahahahahahahah....

Cukai pintu atau Cukai Taksiran merupakan sejenis bayaran tahunan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke atas para penduduk sesebuah kawasan perbandaran. PBT akan menggunakan hasil pungutan cukai pintu ini bagi membiayai kos penyelengaraan bandar seperti kos mengangkut sampah, membersihkan longkang, mengindahkan lanskap, membayar bil lampu jalan, menyelenggara lampu-lampu isyarat dan sebagainya.

Kadar cukai pintu ditetapkan berdasarkan nilai hartanah atau rumah kediaman penghuni. Nilai cukai di sesebuah bandar besar adalah lebih berbanding di bandar kecil. Kebiasaannya, bayaran cukai pintu adalah dalam lingkungan 9 peratus hingga 10 peratus daripada nilai harta.

Menurut undang-undang, mereka yang tidak menjelaskan cukai pintu boleh didenda atau pada akhirnya harta mereka dirampas(sita). Cukai pintu biasanya perlu dibayar 2 kali setahun dan hendaklah dibayar sebelum/pada 28 Februari bagi setengah tahun pertama dan  sebelum/pada 31hb Ogos bagi setengah tahun ke dua.

Sekiranya anda masih tidak mendapat bil-bil tersebut lajul2lah datang ke Ibupejabat Pihak Berkuasa Tempatan dikawasan anda untuk mendapatkan bil. Jangan tunggu last minit baru nak pergi bayar. LAgipun bayar awal kan bagus tak jem orang pun tak ramai.

Apakah perbezaan di antara Cukai Tanah dengan Cukai Taksiran yang perlu dijelaskan dalam negeri Selangor? 

 Cukai Tanah ialah jumlah wang tertentu yang perlu dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai cukai sewa di bawah Kanun Tanah Negara. Cukai Taksiran / Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak di kawasan Majlis seperti kediaman, perniagaan, perindustrian dan tanah kosong.Dibayar  Setahun sekali sahaja dan pembayaran berakhir pada 31 Mei dan masuk 1 Jun bayaran denda lewat akan dikenakan.



 

No comments:

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts