Tuesday 15 April 2014

Resepi Ayam Mentega Telur Masin ( Salted Egg Butter Chicken)

Resepi Ayam Mentega Telur Masin ( Salted Egg Butter Chicken)

photo (2)

Bahan-bahan

1. Isi ayam
2. Mentega
3. Sedikit Daun Kari
4. 3-4  Cili padi hiris
5. 3-4 ulas bawang putih dihiris
6. 3 biji telur masin ( direbus dan diambil bahagian kuning telur sahaja)
7. 1/4 cawan kecil susu cair/susu biasa ( ikut suka, jika mahu banyak kuah, tambah kuantiti susu cair )
8. Minyak untuk menggoreng
9. Bahan perasa ( garam, lada sulah )
10. Bahan goreng ayam ( tepung jagung, tepung biasa, air, sedikit garam ) atau tepung goreng KFC
11. 1-2 sudu serbuk kari jika mahu.
Cara-cara
1. Goreng ayam dahulu dengan bahan goreng ayam. Jika bahagian ayam terlalu besar, potong kecil-kecil.
2. Di dalam kuali lain, masukkan sedikit minyak dan 4-5 sudu mentega. Apabila mentega cair, masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari.
3. Apabila naik bau, masukkan telur masin kuning yang dihancurkan dan tunggu sehingga naik buih. Kemudian masukkan susu cair, garam, serbuk kari ( jika mahu ) dan bahan perasa lain. Apabila agak berbuih, masukkan ayam goreng dan gaulkan.
4. Tutup api dan boleh dihidangkan.

photo 2 (1)
photo 3

No comments:

Post a Comment