Thursday 13 January 2022

HILANG 30 JAM SEBELUM DIJUMPAI


GUA MUSANG: Remaja lelaki yang hilang selepas membuang air kecil di kawasan semak di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, malam kelmarin, ditemui penduduk dalam keadaan kepenatan serta kebingungan di atas sebuah jambatan, petang tadi.

Mangsa, Muhammad Iznun Al-Azim Mahadi, 13, ditemui jam 5.30 petang pada jarak dua kilometer dari lokasi dia dipercayai hilang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata remaja berkenaan berjalan dalam keadaan kepenatan serta kelihatan kebingungan ketika ditemui penduduk yang kebetulan melalui kawasan kampung itu.

"Penduduk yang menemuinya segera membawa remaja itu pulang ke rumah keluarganya. Melihat keadaannya yang membimbangkan, kami akan membawa mangsa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, keluarga remaja berkenaan bersyukur kerana anak mereka ditemui selamat selepas lebih 24 jam dilaporkan hilang," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, remaja lelaki dipercayai hilang selepas membuang air kecil di kawasan semak jam 10 malam. Mangsa dikatakan sedang bermain bersama rakannya di gelanggang sepak takraw yang terletak berhampiran rumahnya sebelum masuk ke kawasan semak untuk membuang air kecil.

Bagaimanapun, mangsa tidak keluar semula menyebabkan rakannya menyangka remaja berkenaan sudah pulang ke rumah.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/01/910867/remaja-hilang-ditemui-kepenatan-bingung

Friday 22 May 2020

WATCH SYIF MALAM RAYA (2020) : Full Movie Online


Watch Syif Malam Raya (2020) : Full Movie Online
Only On http://21.channelpro.xyz/movie/706618/syif-malam-raya…

While transporting a body to Ipoh, Zaid and Hisyam let Mera and Yoh, who are heading back to their hometown for Hari Raya, hitch a ride with them. Strange things begin to happen, and chaos ensues, when they reach a village that is supposedly haunted by a 'pocong', known as a shroud ghost.

Watch Syif Malam Raya (2020) : Full Movie Online
Hanya Di http://21.channelpro.xyz/movie/706618/syif-malam-raya?language=en-US

Sambil membawa jenazah ke Ipoh, Zaid dan Hisyam membiarkan Mera dan Yoh, yang akan pulang ke kampung halaman mereka untuk hari raya, bersama mereka. Perkara-perkara pelik mula berlaku, dan huru-hara, apabila mereka sampai ke kampung yang kononnya dihantui oleh 'pocong', dikenali sebagai hantu kafan.

Filem Syif Malam Raya lakonan bintang YouTube Syahmi, Asif dan Yoe sudah boleh didapati di Astro First, saluran 480 mulai 21/05/2020.

Walaupun masih kurang 24 jam ditayangkan, file mini sudah mula mendapat sambutan hangat dari penonton yang sudah lama ingin melihat lakonan tiga sekawan itu.

Ternyata filem ini tidak mengecewakan apabila ramai yang sudah mula memberikan komen-komen positif terhadap Syif Malam Raya.

Menerusi tinjauan di media sosial, rata-ratanya menyukai jalan cerita dan lawak bersahaja yang ditunjukkan oleh Syahmi, Asif dan Yoe bersama kumpulan Zero yang dianggotai oleh Atu, Sharif dan Syaiful.

Tuesday 18 February 2020

MISTERI LALUAN GUA SEJUK #GuaMusang #Kelantan #misteri #kemalangan #mistik #gua #BigData #500pxrtg @nyonyacyber @norehamohd @TheAirTimes @twt_pkb @CaptRahmat @TabibFaisal @sambeema @sikri_mohd @hasrigm1 @JKRMalaysia @JPJ_Malaysia @PDRMsia @PDRMsia_Trafik


































"Balik kampung nanti kita wajib ikut  LALUAN GUA SEJUK", Inilah ayat yang selalu disebut-sebut oleh mak ayah kalau orang Kelantan yang berhijrah pulang ke kampung halaman (Utara Kelantan). Misteri Gua Sejuk mempunyai cerita-cerita yang tersendiri, ada juga kes-kes kemalangan yang melibatkan nyawa. Cerita yang paling populor adalah penampakan kelibat wanita bertubuh kecil membawa anak kecil di kaki bukit. Korang ada cerita best tak pasal laluan-laluan misteri di Gua Musang.

JOM KONGSIKAN DI RUANGAN KOMEN!

dan admin akan masukkan dalam artikel alaminimisteri.blogspot


NAMPAK MAK TAK ACAP? MISI PENCARIAN ACAP MASIH BUNTU



MISTERI kehilangan Mohamad Ashraf Hasan, yang sudah memasuki hari ke-11 ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung, Perak masih menjadi tanda tanya seluruh rakyat Malaysia yang bimbang dengan nasib yang menimpanya.

Lebih menghibakan, video rintihan ibu kepada pemuda berusia 29 tahun yang lebih mesra dengan sapaan Acap yang memanggilnya ketika menyertai pasukan mencari mengundang sebak netizen.

Kehilangan Acap sejak 23 Mac lalu juga telah menimbulkan pelbagai versi dalam kalangan netizen yang membincangkan punca dia 'ghaib' tanpa sebarang petunjuk termasuk dikatakan disembunyikan oleh bunian.
Usaha, doa dan tawakal kepada Allah menjadi pegangan kepada sukarelawan dalam usaha mencari Acap  Foto Ihsan Facebook TOK ANJANG

Malah turut diceritakan pelbagai kejadian misteri berlaku kepada sukarelawan yang menyertai misi pencarian Acap di lokasi kejadian seperti diganggu makhluk halus serta penampakan kelibat serta pelbagai lagi.

Salah seorang sukarelawan itu, Amiruddin Daud, 58 ketika dihubungi mStar Online turut berkongsi pengalaman menyeramkan sepanjang beberapa hari misi pencarian itu.

Amiruddin atau lebih dikenali sebagai Tok Anjang berkata, gangguan di dalam hutan sebenarnya adalah perkara biasa, tambahan pula ia menjadi tempat tinggal makhluk yang tidak dapat dilihat mata kasar manusia.
Sukarelawan giat mencari Acap sehingga ke Bukit Batu Putih Gopeng.

Enjin motosikal, lagu berentak Inang peneman pencarian Acap

Pun begitu kata Tok Anjang, ketika misi pencarian Acap, beberapa kenalannya yang turut mengikuti misi itu telah berhadapan dengan situasi cemas termasuk didatangi oleh seorang lelaki tua yang cuba memberi alamat tentang keberadaan Acap.

"Ada rakan Tok Anjang ni tidak percaya kepada perkara mistik tetapi akhirnya dia sendiri yang kena apabila didatangi seorang lelaki tua ketika kami sedang khusyuk membaca al-Quran dan berdoa agar diberi petunjuk oleh Allah.

"Tidak mengesyaki apa-apa, lelaki itu mendekatinya dan cuba memberi petunjuk tentang keadaan dan tempat Acap disembunyikan sebelum menghilangkan diri.

"Lebih pelik tiada siapa di antara kami yang perasan akan kehadiran lelaki tua itu sebelum dia hilang dari pandangan rakannya itu," ceritanya lagi.

Tidak cukup dengan itu, kata Tok Anjang, sepanjang berada dalam hutan terdapat kejadian mereka tiba-tiba disentuh pada bahagian kepala atau bahu.

"Terlihat kelibat makhluk mungkin biasa tetapi ketika mencari Acap kami pernah terdengar bunyi enjin motosikal serta lagu tradisional berentak Inang yang membuatkan kami saling berpandangan antara satu sama lain.

Kumpulan 30 ustaz masuk hutan bantu cari Acap
Bacaan Surah Al-Baqarah dan ayat Ruqyah sentiasa diamalkan ketika memulakan misi pencarian.

"Pada akhirnya kita berpegang pada satu bahawa misi kami adalah untuk membawa Acap pulang dengan selamat dan semua gangguan itu anggap sahaja ujian daripada Allah," katanya yang mempunyai pengalaman luas dalam aktiviti mendaki gunung dan merentas hutan.

Bercakap mengenai misteri kehilangan Acap kerana disorok bunian, Tok Anjang tidak menolak kemungkinan itu kerana ia pernah berlaku sebelum ini.

Malah katanya, seramai 30 ustaz dan pakar dalam perubatan Islam telah dibawa masuk ke hutan tersebut dalam usaha membawa pulang Acap dengan selamat tetapi setakat ini masih gagal.

"Mungkin ada yang kata ia mengarut tetapi bunian ini memang wujud dan ia juga makhluk ciptaan Allah... Sebelum ini juga pernah ada kejadian dua minggu seorang lelaki hilang tanpa dikesan namun akhirnya dijumpai walaupun usaha mencari ditempat dia dijumpai dilakukan lebih awal lagi.

"Usaha adalah penting buat masa ini dan Alhamdulillah setakat ini sahaja 30 ustaz tampil membantu sama-sama masuk ke hutan, panjat bukit dalam misi mencari Acap.

"Beberapa siri perbincangan dengan bunian juga telah dilakukan, namun sehingga kini nampaknya usaha itu gagal kerana enggan melepaskan Acap," katanya.

Acap dari Muar, Johor bersama 485 peserta lelaki dan perempuan yang lain memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer sebelum kehilangannya disedari oleh rakannya meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas dalam pertandingan itu.

Kredit : mstar

ASHRAF SINCLAIR MENINGGAL AKIBAT SERANGAN JANTUNG


JAKARTA: Pelakon, Ashraf Sinclair, 40, suami kepada penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini.

Portal berita KOMPAS.com melaporkan, perkara itu disahkan pengurus BCL, Doddy.

"Serangan jantung," kata Doddy, melalui pesan ringkas awal pagi ini.

Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 pagi tadi di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), di Kuningan, Jakarta.

Berita kematian Ashraf atau nama penuhnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair, itu mengejutkan banyak pihak dan laman Instagram arwah dibanjiri ucapan takziah.

"Semoga dipermudah semua urusannya, semoga dikuatkan keluarganya. Still can't believe this is happening," tulis pelakon Dian Sastrowardoyo melalui akaun Instagram @therealdisastr.

Begitu juga di laman Instagram BCL, di mana ramai rakan artis menyampaikan ucapan takziah.


Ashraf dilahirkan di London, England pada 18 September 1979.

Abang kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.

Ashraf kemudian berkahwin dengan BCL pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.

Ashraf Sinclair kemudian meneruskan kariernya di Indonesia dan popular menerusi filem komedi romantis, Saus Kacang, pada 2008 dan beberapa siri sinetron (drama bersiri).

Perkahwinannya dengan BCL dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair. - Agensi

kREDIT : bharian

KISAH BENAR SERANGAN LANGSUIR DI KAMPUNG PENAGA, JERTEH


SEKITAR November 2013, penduduk Kampung Penaga Putar di Jerteh, Terengganu mendakwa terserempak dengan hantu langsuir yang terbang merayau sambil mengilai dengan suara menyeramkan di kawasan mereka.

Cerita kewujudan hantu itu pantas mencetuskan ketakutan dan rasa seram dalam kalangan masyarakat setempat sehingga menyebabkan mereka tidak berani keluar rumah pada waktu malam.

Penduduk yang melihat sendiri kelibat hantu itu menggambarkan makhluk halus terbabit dengan tinggi separas pinggang, berambut panjang, memiliki dua taring di bibir bawah dan badan berwarna merah serta menampakkan isi daging manusia. Hantu itu juga mampu terbang terawang sambil mengilai sehingga menyebabkan bulu roma sesiapa yang mendengarnya meremang.

Selain Kampung Penaga Putar, kelibat langsuir itu turut menakutkan penduduk Kampung Tasek dan tiga kampung daerah sempadan Pasir Puteh, Kelantan iaitu Kampung Gong Pasir, Kampung Gong Tinggi dan Kampung Gong Lapang.


Selepas beberapa hari cerita mistik itu mencetuskan rasa takut dan seram dalam kalangan penduduk, akhirnya akhbar tempatan melaporkan seorang bomoh berjaya menangkap empat langsuir terbabit. Menurut laporan, semua makhluk halus itu akan dihantar kembali ke alam mereka selepas 40 hari dipasung.

Kisah kewujudan langsuir di Jerteh itu bukanlah kali pertama diceritakan di negara ini kerana kepercayaan masyarakat terhadap pelbagai jenis hantu sudah berakar sejak ratusan tahun lalu. Malah, pegawai British di Tanah Melayu suatu ketika dulu, Sir William Maxwell, pernah merekodkan kepercayaan masyarakat Melayu silam terhadap langsuir dan kaedah khurafat untuk menanganinya seperti catatan beliau (terjemahan):

"Jika seorang wanita mati akibat melahirkan bayi sama ada sebelum atau selepas bayi itu dilahirkan dan sebelum tamat 40 hari tempoh pantang, dia akan menjadi langsuir iaitu hantu terbang berupa wanita putih atau roh perempuan.

"Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, beberapa biji tasbih kaca diletakkan dalam mulut jenazah, telur ayam diletak di celah ketiak dan jarum diletak di telapak tangan. Perbuatan itu dipercayai dapat mengelakkan jenazah wanita itu menjadi langsuir kerana dia tidak dapat membuka mulut untuk mengilai atau menggerakkan lengan dan tangannya untuk terbang".


Pontianak.
Dalam kepercayaan lama masyarakat Melayu, hantu langsuir berbeza dengan pontianak kerana pontianak atau turut disebut sebagai `matianak' atau `kuntilanak' adalah jelmaan hantu bayi perempuan yang mati ketika dilahirkan. Dengan erti kata lain, langsuir adalah hantu ibu kepada pontianak.

Pontianak dapat berubah daripada makhluk halus kepada jasad kekal dengan memaku lehernya dan ia berubah menjadi hantu sundel bolong yang berupa seperti gadis.


Pocong.
Selain langsuir dan pontianak, masyarakat Melayu lama turut mempercayai kewujudan pelbagai lagi jenis hantu, antaranya penanggal (hantu kepala perempuan yang menghisap darah wanita bersalin); pocong (hantu mayat berbalut kain kafan); toyol (hantu janin bayi), hantu air, hantu galah, hantu kumkum, hantu kubur dan pelbagai lagi. Ada juga hantu menjadi `makhluk suruhan' bomoh atau dukun ilmu hitam seperti polong, saka, pelesit dan hantu raya.

Pengasas Pusat Rawatan Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Ladzim AlAzhari, berkata hantu dalam alam Melayu sememangnya wujud tetapi hakikat sebenarnya, makhluk itu adalah jin.

"Tiada manusia boleh melihat wajah jin yang sebenar tapi jin boleh bertukar daripada rupa asal mereka untuk muncul di hadapan manusia. Ia dikenali sebagai jelmaan dan jelmaan inilah mewujudkan hantu seperti pontianak, pocong, langsuir dan sebagainya," katanya.


Toyol.
Mengulas kepelbagaian jenis dan bentuk hantu, beliau berkata, jin diberikan kelebihan oleh Allah SWT untuk berubah kepada pelbagai bentuk mengikut tanggapan manusia.

"Jin pun ikut peredaran zaman, zaman dulu orang takut hantu kubur, maka jin menjelma sebagai hantu kubur tapi zaman sekarang di atas kubur pun sudah ada tempat berehat. Sebagai contoh, wujud hantu pocong sebab dulu banyak hutan. Sekarang jarang sangat kes nampak hantu macam dulu. Sekarang jin ganggu macam lain pula seperti histeria atau sihir," katanya yang menubuhkan pusat rawatannya di Alor Setar, Kedah.

Katanya, hantu di negara Barat misalnya digambarkan berbeza dan tidak seperti gambaran hantu Melayu disebabkan jin terbabit menjelma mengikut budaya dan pandangan masyarakat di sana.

Beliau berkata, tujuan jin menjelma sebagai hantu sebenarnya supaya manusia lebih takut kepada mereka melebihi Allah SWT dan ia boleh menyebabkan seseorang itu syirik.

Beliau bagaimanapun berkata, terdapat gangguan hantu atau jin yang memudaratkan manusia, malah ada beberapa kes sehingga menyebabkan kematian terutamanya membabitkan sihir.

Katanya, gangguan hantu atau jin sebenarnya dapat diatasi manusia jika seseorang itu mempelajari ilmu perubatan Islam dan mengetahui hal ehwal makhluk halus.

"Nasihat saya, tuntutlah ilmu perubatan Islam sebagai pendinding dan jangan biar gangguan sudah terkena kepada anak dan isteri kita, baru hendak belajar. Ramai yang membaca al-Quran tetapi masih kena gangguan. Membaca al-Quran saja akan dapat pahala tetapi untuk menjadikan ayat al-Quran sebagai pendinding, kita perlu berguru. Guru dapat mengajar kita petua, cara baca, kaifiat dan tatacara untuk tujuan itu," katanya yang berpengalaman mengubati pesakit gangguan makhluk halus selama 15 tahun.

Kredit : bharian

[5TRAILER] FILEM PALING SERAM BAKAL DITAYANGKAN PADA TAHUN 2020

The Grudge: 3 Januari 2020
Jika kamu fikir filem original The Grudge ini sudah sangat menyeramkan, bayangkan bagaimana pula remake filem ini dengan kesan khas dan suntingan yang semakin hebat sejak tahun 2004.




The Turning: 24 Januari 2020
Filem ini diadaptasi daripada novel Henry James: The Turn of the Screw. Lakonan Finn sangat real untuk filem seram seperti ini.




The Invisible Man: 28 Februari 2020
Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita yang dihantui oleh bekas kekasihnya selepas dia membunuh diri. Dan dia ditawarkan sebanyak 5 juta dolar di dalam wasiatnya jika berjaya buktikan she’s mentally competent.




A Quiet Place Part II: 20 Mac 2020
Plot untuk sekuel filem ini masih belum diketahui, tetapi ia sudah habis penggambaran dan akan ditayangkan bermula Mac 2020.




The Organ Donor: 15 Mei 2020
Kamu peminat filem Saw? It’s back! Ini adalah filem ke-9 daripada franchise Saw dan ia dilaporkan akan memberi nafas dalam industri perfileman seram dunia.

[4 GAMBAR] SEJARAH PENEMUAN KAWAH PUTIH CIWIDEY, BANDUNG (VERSI INDONESIA)


Penemuan Kawah Putih Ciwidey pun mencatat, sekitar pada tahun 1837 kedatangan seorang yang bernama Dr Franz Wilhelm Junghuhn.

Pria berkebangsaan Belanda dan Jerman ini adalah merupakan seorang Naturalis, Doktor, Botanikus, Geolog sekaligus sebagai pengarang.

Pada saat kedatangannya, Junghuhn mendapati bahwa kawasan Kawah Putih Ciwidey ini benar-benar merupakan tempat yang sunyi dan sepi sekali.

Saking sepi dan sunyinya, bahkan tidak terlihat olehnya seekor biantang pun yang berada apalagi melintas di sana.

Berbekal rasa penasaran maka ia pun bertanya kepada penduduk sekitar Kawah Putih, dan mendapati jawaban bahwa tempat itu bagi masyarakat sekitar adalah tempat yang angker.

Mereka berkeyakinan bawah Kawah putih merupakan tempat bersemayamnya arwah para leluhur mereka dan menjadi pusat kerajaan bangsa Jin.

Sehingga menurut keyakinan mereka selama itu, berbahaya bagi mereka masuk ke sana, karena burung yang senagaja terbang di atasnya saja akan jatuh dan mati seketika.

Mendengar penjelasan demikian ternyata tidak lantas membuat Junghuhn ini merasa cukup, berbekal rasa pensaran yang semakin menjadi, akhirnya dia pun memutuskan pergi masuk hutan Gunung Patuha.

Hal tersebut dilakukan selain sebagai bagian tugas profesinya sebagai ahli botanik, juga untuk membuktikan ketidak yakinannya dengan keterangan masyarakat.

Dan benar saja, belum sampai di puncak Gunung Patuha, Junghuhn sudah menemukan sesuatu yang luar biasa, namuan bukan hal menakutkan tapi sebuah surga alam.

Ya, Junghuhn menemukan sebuah hamparan pemandangan alam yang sangat indah luar biasa di hadapannya, sehingga membuatnya mengentikan sejenak langkah kakinya.

Di depannya, dia melihat sebuah Danau nan begitu indah berwarna putih kehijauan yang cukup luas areanya.

Yang membuat Junhuhn terpesona juga adalah dari dalam danau tersebut, dia melihat keluarnya semburan lava dengan diiringi bau belerang yang sangat menyengat.

Dan dari pengamatan itu pulahlah akhirnya dia menyimpulkan bahwa kenapa tempat ini bagi masyarakat sekitar Kawah Putih Ciwisdey disebut sangat angker.

Terjawablah sudah misteri kenapa burung-burung yang melintas atau terbang di atas kawah putih ini selalu jatuh dan mati, ya karena bau belerang yang sangat menyengat di bawahnya.

Nah traveler’s, setelah penemuan sumber belerang yang cukup berlimpah di Kawah Putih oleh Junghuhn, akhirnya di sini pula awal berdirinya Pabrik pengolahan Belerang di sini.

Di zaman Belanda, Pabrik belerang ini bernama Zwavel Ontgining, sementara setelahnya di masa pendudukan Jepang, pabrik belerang berubah menjadi Kenzanka Yokoka.

Nah itulah sepenggal cerita Sejarah Kawah Putih yang harus anda ketahui sebelum mengunjungi tempat ini.

MITOS KAWAH PUTIH CIWIDEY
Sahabat traveler’s, hingga kini Cerita dan Misteri seputar Kawah Putih ini masih terjaga dan masih tetap diyakini oleh sabagian warganya.

Hal itu diperkuat oleh pendapat Kuncen Kawah Putih Ciwidey yang bernama Abah Karna yang berusia 105 tahun, yang tinggal di Kampung Hoe, Desa Sugih Mukti.

Menurutnya, di salah satu lokasi Puncak Gunung Patuha diyakini merupakan tempat rapat para leluhur yang dipimpin oleh Eyang Jaga Satru.

Hal tersebut diperkuat, dimana terdapat makam para leluhur seperti Eyang Jaga Satru, Eyang rangsa Sadana, Eyang Camat, Eyang Ngabai, Eyang Barabak, Eyang Baskom serta Eyang Jambrong di sana.

DAYA TARIK WISATA KAWAH PUTIH CIWIDEY
Kawah Putih Ciwidey Bandung

Nah sahabat traveler’s, jika di atas sudah kita bahas seputar Sejarah dan Mitos Kawah Putih yang sangat menarik bukan ?

Kini saatnya kang dian akan berikan anda informasi hal istimewa atau daya tarik kenapa anda akan rugi jika liburan ke bandung tidak mengunjungi Kawah Putih Ciwidey.

TEMPAT WISATA ALAM BANDUNG YANG INDAH
Sahabat traveler’s, Kawah Putih Ciwidey adalah tempat wisata yang berada di kawasan pegunungan dan memiliki ketinggian sekitar 2.400 mdpl.

Dengan ketinggiannya tersebut, maka dipastikan suhu kawasan ini tentu saja sangat sejuk di siang hari dan menjadi sangat dingin di malam hari.

Di siang hari suhu rata-tata di sini adalah 22 derajat celcius, sementara di waktu malam hari bisa mencapai 8 derajat celcius.

Pemandangan alam di tempat ini sangat begitu indah, masih tampak alami, terutama kawasan danaunya yang dikelilingi pegunungan di sekitarnya.

Yang menjadi sangat menarik dan unik dari kawah putih ciwidey ini adalah warna air danaunya yang selalu berubah warna.

Meski tampak berwarna putih kehijauan, namun warnanya akan selalu berubah menyesuaikan dengan kadar belerang yang ada air danaunya, serta cuaca dan suhu.

Tuesday 4 February 2020

NOVEL CORONA : WABAK PENYAKIT ANTARA 6 TANDA AKHIR ZAMAN, AZAB DARI KEJAHATAN MANUSIA


BERIMAN kepada Allah yang Maha Pencipta lagi Maha Pengatur sesuatu perkara merupakan satu rukun iman yang wajib dipercayai bagi setiap umat Islam. Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya sama ada kita mengetahui ataupun tidak. Setiap ujian yang Allah berikan kepada kita adalah untuk menilai sejauh manakah pergantungan kita kepada Allah selain mengajarkan untuk bersedia menempuh ujian akhir zaman sebagaimana yang pesan Rasulullah SAW.

Mutakhir ini, kita dapat melihat bukti kekuasaan Allah dengan tersebarnya koronavirus yang berpunca daripada kejahatan tangan-tangan manusia yang membuat kerosakan di atas muka bumi.
Ia terjadi kerana mereka tidak mengikut panduan yang telah ditetapkan Allah kepada kita.


Firman Allah di dalam Surah Ar-Rum ayat 41 yang maksudnya: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Tanda akhir zaman

Baginda Rasulullah juga telah mengkhabarkan mengenai peristiwa akhir zaman yang mana akan berlaku penyebaran wabak. Sabda baginda Rasulullah: Dari 'Auf bin Malik RA berkata: Aku pernah menemui Nabi SAW ketika terjadi perang Tabuk dan baginda sedang berada di dalam sebuah khemah yang terbuat dari kulit. Lalu baginda bersabda: Hitunglah enam perkara yang akan terjadi menjelang hari kiamat iaitu:

1. Kematianku

2. Pembebasan Baitulmaqdis (dalam riwayat lain: pemakmuran Baitulmaqdis)

3. Kematian yang menyerang kamu sekalian bagaikan penyakit yang menyerang kambing sehingga mati tiba-tiba

4. Melimpahnya harta benda sehingga ada lelaki yang diberi seratus dinar namun masih marah (kerana merasa kurang)

5. Timbulnya fitnah sehingga tidak ada satu pun rumah orang Arab (dalam riwayat lain: rumah orang Islam) melainkan ia akan memasukinya

6. Akhir sekali perjanjian yang akan berlaku antara kamu sekalian dan bangsa kulit kuning (Bani al-Asfar iaitu Rom), lalu mereka akan mengkhianati perjanjian tersebut dan mereka akan datang menghadapi kalian di bawah lapan puluh (80) panji-panji perang, di bawah setiap panji pula terdiri daripada dua belas ribu (12,000) tentera. - [HR al-Bukhari 2940].

Jika kita merenung dan bermuhasabah dengan apa yang berlaku maka kita akan mengetahui bahawa setiap yang berlaku adalah disebabkan perbuatan kezaliman kita sendiri.






Punca tersebarnya penyakit

Baginda Rasulullah pernah menyebut di dalam sebuah hadis mengenai azab yang Allah akan turunkan kepada umat manusia jika kita melakukan kerosakan itu.

Sabda Rasulullah: Wahai sekalian kaum Muhajirin, ada lima hal yang jika kalian terjatuh ke dalamnya, dan aku berlindung kepada Allah supaya kalian tidak menjumpainya.

1. Tidaklah nampak zina di suatu kaum, sehingga dilakukan secara terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah-tengah mereka taun (wabak) dan penyakit-penyakit yang tidak pernah menjangkiti generasi sebelumnya.

2. Tidaklah mereka menipu dalam timbangan kecuali akan ditimpa dengan kemarau berpanjangan serta kezaliman penguasa atas mereka.

3. Tidaklah mereka menahan zakat (tidak membayarnya) kecuali hujan dari langit akan ditahan dari turun ke atas mereka, dan sekiranya bukan kerana haiwan-haiwan (yang sentiasa berzikir kepada Allah), nescaya manusia tidak akan diberikan hujan.

4. Tidaklah mereka melanggar perjanjian mereka dengan Allah dan Rasul-Nya, kecuali Allah akan menjadikan musuh mereka dari kalangan orang kafir berkuasa atas mereka, lalu musuh tersebut mengambil sebahagian apa yang mereka miliki.

5. Dan selama pemimpin-pemimpin mereka (kaum muslimin) tidak berhukum dengan Kitabullah (al-Quran) dan mengambil yang terbaik dari apa-apa yang diturunkan oleh Allah (syariat Islam), melainkan Allah akan menjadikan permusuhan di antara mereka.” - [HR Ibnu Majah 4009].


Justeru, musibah menerusi penyakit ialah sesuatu wabak dan penyakit yang membahayakan tidak ada sesiapa yang mampu untuk menghapuskannya melainkan dengan izin Allah.

Firman Allah di dalam Surah Yunus ayat 107: Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurnia-Nya.

Allah melimpahkan kurnia-Nya itu kepada sesiapa yang dikendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Antara yang nabi anjurkan ketika berlakunya wabak dan penyakit berjangkit ini ialah bersabar atas ujian Allah serta tidak keluar daripada tempat wabak penyakit.

Sabda Rasulullah: Dari Aisyah berkata; "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah tentang masalah taun lalu baginda memberitahu kepada aku bahawa taun adalah sejenis seksaan yang Allah kirimkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Sesungguhnya Allah menjadikan hal itu sebagai rahmat bagi kaum muslimin. Tidak ada seorang pun yang menderita jika dia bertahan di tempat tinggalnya dengan sabar mengharapkan pahala dan mengetahui bahawa dia tidak terkena musibah melainkan kerana Allah telah mentakdirkan kepadanya maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang mati syahid". - [HR Bukhari 3215]2.


Kembali kepada Allah

Allah telah menurunkan al-Quran kepada baginda Rasulullah supaya disampaikan kepada umatnya. Oleh itu setiap apa yang diminta oleh Allah maka hendaklah kita melaksanakannya.

Jika kita melihat penularan wabak koronavirus disebabkan oleh makanan yang dimakan adalah tidak halal dan tidak baik seperti ular dan kelawar yang menjadi punca wabak.

Umum mengetahui Islam mempunyai garis panduan yang jelas mengenai soal makanan kerana tidak semua yang hidup itu boleh menjadi bahan santapan kerana ia ada mudaratnya kepada manusia tetapi mungkin tidak kepada makhkuk lain.

Oleh itu setiap makanan yang hendak dijamah bukan sahaja perlu halal bahkan hendaklah baik dan suci serta tidak memudaratkan.

Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 168 yang maksudnya; Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik.

Demikian juga firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 157 yang maksudnya: Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.

Contoh haiwan yang dianggap baik untuk dimakan seperti binatang ternakan antaranya, unta, lembu, biri-biri, kambing, kuda dan seladang.

Sementara itu semua binatang buas yang bertaring kuat untuk menangkap mangsa adalah haram.

Haiwan tersebut antaranya anjing, babi, serigala, beruang, kucing, ibn awi iaitu sejenis binatang yang besar sedikit daripada musang dan lebih kecil daripada anjing dan kukunya panjang.

Selain itu, gajah, singa, harimau, kera dan seumpamanya haram dimakan. - (Rujuk Kitab al-Fiqh al-Manhaji, 1/499).

Burung yang haram dimakan ialah yang mempunyai kuku yang kuat dan boleh melukakan, seperti burung hering, semua jenis burung helang, iaitu saqr, baz, syahin dan burung rajawali.

Daripada Ibn Abbas R.A beliau berkata yang maksudnya: Rasulullah SAW melarang memakan setiap binatang buas yang bertaring dan setiap jenis burung yang mempunyai kuku untuk mencengkam. - Riwayat Muslim (1934) dan Abu Daud (3803).

Dalam pada itu semua binatang yang disunatkan bunuh adalah haram untuk dimakan. Contohnya, ular, kala jengking, gagak, helang, tikus dan semua binatang yang memudaratkan.

Binatang tersebut dan seumpamanya adalah haram dimakan sama ada dianggap elok oleh orang Arab ataupun tidak. Ini kerana hadis telah menghukumkannya sunat dibunuh dan kebanyakannya pula menjijikkan orang Arab. (Rujuk Kitab al-Fiqh al-Manhaji, 1/500).

Daripada Aisyah R.A, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya; Kesemua lima jenis binatang adalah fasik, yang boleh dibunuh walaupun di Tanah Haram, iaitu gagak, helang, kala jengking, tikus, dan anjing ganas. - Riwayat al-Bukhari (1732) dan Muslim (1198).   



Berdoa kepada Allah

Nabi Muhammad SAW mengajarkan kepada kita supaya kita sentiasa berdoa kepada Allah agar terhindar daripada segala penyakit dan wabak.

Antara doa yang boleh kita amalkan ialah: Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ia dibaca sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga Subuh.

Dan barang siapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” - [HR Abu Daud 5088]

Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk. - [HR Abu Daud 1554].

Semoga Allah sentiasa memelihara kita di dunia dan juga di akhirat serta dijauhkan segala penyakit dan sentiasa menjadikan Negara Malaysia yang tercinta dalam keadaan aman dan damai.

***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim). Beliau juga merangkap Panel Rujuk Nadwah Ulama dan Ilmuan Malaysia, YADIM.

Monday 25 November 2019

KISAH BENAR THAI : NANG NAK




Bagi peminat cerita dan movie seram pasti ramai yang mengetahui ada diantaranya adalah berdasarkan kisah sebenar yang berlaku di sesuatu tempat.

Jika di Indonesia , popular dengan cerita Sundal Bolong contohnya, di Thailand antara yang mendapat perhatian ialah Nang Nak. Tahukah anda Nak Nak juga adalah berdasarkan kejadian sebenar yang berlaku di sana.

Nang Nak adalah satu tragedi dan seram filem romantis yang ditayangkan pada tahun 1999 di Thailand, juga berdasarkan sebuah kisah lagenda.

Menerusi perkongsian saudara John Mohamed, kisah disebalik filem Nang Nak itu didedahkan. Jom baca kisah legend ini.

Mengikut kisah lagenda yang diceritakan turun temurun di sana, Nak merupakan seorang wanita yang sangat cantik tinggal bersama suaminya yang bernama Mak. Nang Nak bermaksud ‘Cik Nak’. Mereka ini tinggal bersama di satu kawasan tebing sungai yang bernama Phra Khanong, terletak dalam kawasan Bangkok.

Kisah hantu ini bermula pada sekitar pemerintahan Raja Rama Keempat iaitu sekitar tahun 1800. Cerita lagenda ini dikisahkan apabila Mak dikerah untuk menyertai peperangan ketika itu, dalam peperangan yang sengit tersebut, Mak telah cdra parah dan dia telah mendapat rawatan di hospital tengah bandar Bangkok.



Malangnya ketika itu Nak dan bayi yang dikandung mennggal dunia akibat k0mplikasi semasa melahirkan anak sulung mereka, waktu tu Mak memang tak tahu yang isteri dia dah mennggal.

Bila sudah dapat rawatan di Bangkok, Mak balik ke kampung halaman dia. Mak rasa sangat gembira bila tengok isteri dia dah bersalin. Tapi apa yang Mak ini rasa tak senang bila orang kampung bercakap pasal mereka, katanya Mak ni sebenarnya tinggal bersama hantu.



“Di dalam kuil Wat Mae Nak itu ada patung kayu wanita memiliki rambut panjang sebagai simbolik seorang Nak.”

Hanya Mak sahaja yang nampak isteri dan anak dia dan itu sebabnya orang kampung kata dia tinggal dengan hantu. Jadi Mak pada mulanya rasa macam tak percaya, mungkin orang kampung ini iri hati dengan dia.

Namun pada satu hari, bila Nak tengah menyediakan makanan yang dipanggil Nam Phrik, lebih kurang macam sambal belacan juga lah. Bila Nak ni perah limau nipis, limau tu terjatuh, dan Nak ni memanjangkan tangannya untuk ambil limau tu.

Tanpa dia sedari, Mak tengah memerhatikan tangan dia yang panjang tu, dari situ lah Mak percaya cerita orang kampung yang sebenarnya isteri dan anak dia dah mti, bertukar menjadi hantu.

Dia tahu yang dia perlu lari dari rumah tu, bila waktu malam menjelma, Mak bagi tahu isteri dia yang hantu ini nak pergi tandas. Dia apa lagi terus berlari sekuat hati dan dia dikatakan menyorok dalam semak yang ditumbuhi dengan pokok Naat.



“Tempat Suci Mae Nak di Wat Mahabut di Sukhumvit Soi 77 di daerah Suan Luang, Bangkok.”

Orang Thailand percaya hantu atau roh jahat ni tak akan datang dekat bila ada pokok Naat ni. Mak pulak lari ke sebuah tempat nama dia Kuil Mahabut, dekat situ pun hantu Nak ini tak boleh masuk sebab orang sana percaya tempat ni merupakan tempat suci.

Nak dapat tahu yang suami dia dah larikan diri, akibat mulut orang kampung yang bercakap pasal kemtian Nak ini. Hantu nak mula mengganggu penduduk kampung tersebut sehingga keadaan kampung tak tenang.



Selepas hantu Nang Nak ni kacau penduduk kampung, pawang akhirnya berjaya menangkap roh hantu ini dan letak dalam tembikar tanah lalu dibuang dalam sungai.

Kalau nak tahu, penduduk di sana ada buat tempat sembahan kecil khas untuk Nang Nak ni. Berada dalam kawasan Kuil Mahabut tu, patung dan juga lukisan gambar Nang Nak dipamerkan dekat situ.

Ada orang yang datang untuk meminta hajat dengan membawa kain berwarna dan juga buah, bunga serta colok.

Sumber: John Mohamed

Friday 21 December 2018

MISTERI GANGGUAN DI JALAN GUA MUSANG, KELANTAN

GAMBAR HIASAN
Cerita ini dikatakan telah terjadi kepada seorang pemuda yang memandu seorang diri dari Kuala Lumpur ke Machang, Kelantan. Beliau mendakwa telah diganggu oleh ‘sesuatu’ ketika berada di kawasan Bukit Tinggi antara Kuala Lipis Gua Musang dan juga Bukit Tujuh. Berikut merupakan pengalaman yang dialami oleh beliau. Tarikh keramat 3 Jun, pada masa tu, aku memang dah bersiap sedia untuk bertolak dari Kuala Lumpur ke Machang, Kelantan, sempena majlis perkahwinan sepupu aku. Mak dan adik beradik sekeluarga dah pun berlepas dari Kuantan ke Machang, cuma tinggal aku dan abang aku sahaja yg melalui Kuala Lumpur – Machang.


Bermulalah episod perjalanan jauh jam 12 tengah malam sehingga 7.30 pagi dan aku memandu sendirian sahaja dengan mengekori kereta abangku bersama isteri, adik ipar dan anak kecilnya Melalui Karak Highway kemudian ke Bentong dan Raub serta melalui Kuala Lipis tidak langsung menggambarkan masalah, cuma menuju ke kawasan Bukit Tinggi antara Kuala Lipis Gua Musang dan juga Bukit Tujuh sedikit sebanyak meresahkan dengan adanya lori-lori berat menghalang laluan.. Betul-betul berada di atas bukit tinggi kereta aku menyusur perlahan2 mengekori kereta-kereta lain..memang aku rasa tak sedap hati sangat tambahan kiri dan kanan sangat-sangat gelap cuma diterangi lampu kereta-kereta…. Kemudian, aku terdengar bunyi mendengus sekali dari belakang..mulanya langsung aku tak hiraukan..aku fikirkan mungkin bunyi tayar kereta..lepas selang 5 saat bunyi mendengus sekali lagi seakan-akan bunyi kucing yg bergomol, dan pada saat itu lah tiba-tiba bulu roma aku berdiri tegak 90 darjah, darah aku menyirap dari tapak kaki terus naik ke ubun-ubun kepala..masa tu aku rasa macam nak pitam.

GAMBAR HIASAN
Semestinya aku rasa seperti ada benda kat belakang aku…memang aku tak nampak tapi aku boleh rasa …Sebelum kejadian ni aku tak penah langsung terfikir kan hantu malah aku cuma risau dengan lori-lori berat yg perlu memandu dengan hati-hati .. Aku mula kuatkan bunyi lagu-lagu mp3 yg dipasang..masa tu cd ayat-ayat al quran abang aku dah ambik awal-awal lagi. Jadi, aku hanya pasang mp3 lagu-lagu lama dengan kuat sambil mulut membaca ayat-ayat al-Quran… Lepas je aku memotong lori, aku masih lagi rasa benda tu kat belakang..aku capai telefon nak dail abang aku tapi masa tu signal pula takde. Aku kena habiskan jalan bukit-bukit dulu dengan benda tu..memang terasa sangat aura dari belakang aku..kereta tak berat tapi tekanan tu datang dari kepala dan belakang aku… Kereta abg aku di depan dan aku di belakang..pelik….lori-lori berat tadi ke mana? tiba-tiba gelap ajer …memang pelik ..baru sahaja aku melepasi lori tersebut.

GAMBAR HIASAN
Apa lagi, aku terus high beam dan memecut melintas kereta abang aku, abang aku masa tu katanya dah perasan ada something wrong dengan aku, jadi dia bagi aku pintas dia…..masa tu lah bila abang aku high beam lampunya, dia nampak benda hitam macam kucing besar (sebesar kambing tapi rupa macam kucing) kat bahagian belakang keta aku…abang aku terus high beam …last-last benda tu hilang dengan sendirinya… Kami tak berhenti di tepi jalan malah teruskan sahaja perjalanan sehingga sampai di ruang rehat Gua Musang… Masa tu lah abang aku bagi tau ada benda kat belakang kereta aku, aku memang tak nampak benda tu… Peristiwa ini sedikit sebanyak mengajar aku betapa mencabarnya perjalanan dari Kuala Lumpur-Kelantan…bukan hanya cabaran dengan lori-lori berat, namun cabaran ini tidak kurang hebatnya.

KREDIT : orang kelantan

[9 GAMBAR] MISTERI GEMPA BUMI PALU TERUNGKAI, MALAYSIA TAK TERKECUALI

Ujian oleh Allah SWT

Disaat bumi digoncang dan diterbalikkan.

Banyak misteri yang muncul di balik gelombang ‘maut’ yang menewaskan ribuan nyawa tersebut. Setelah lebih dari sepekan berlalu, satu per satu misteri tsunami Palu mulai terjawab.

Allah swt jadikan kematian di Palu satu kematian yg amat dahsyat. Mereka sendiri tidak pernah terfikir akan terkena bencana sedemikian rupa. Para alim ulama sudah tegur agar Pesta Pemujaan Pantai dihentikan, tapi ianya dibantah oleh pemerintah mereka sendiri.





















Acara Pesta Pemujaan Pantai ini dijalankan dengan merodok lembu hidup, kemudian dicampakkan ke dalam laut, sebagai sembahan makanan pada penjaga laut. Pesta ini dihidupkan kembali pada tahun 2016 sbg upacara rasmi dan dimasukkan dalam tourism Indonesia.

Ketika kali pertama mereka menyambutnya, iaitu pada tahun 2016, Allah turunkan hujan lebat sbg teguran, tapi mereka tidak mengambil iktibar.

Pada tahun 2017, Allah jadikan ribut kencang dan petir yg menyambar, tapi mereka tetap kekal meneruskan upacara tersebut.

Pada tahun 2018, Allah tegur mereka dengan gempa. Gempa pertama terjadi pada pukul 2 ptg, diiukuti gempa kedua pada pukul 4 petang, manakala gempa yg ketiga pada pukul 6 ptg, saat berkumandangnya azan maghrib.


 Bencana datang pada mereka dalam 3 bentuk.

Keadaan yg pertama, di Kampung Balaroa. Satu kampung yg jauh dari kawasan pantai dimana Allah kisar dan Allah gulungkan tanah tersebut.

Seorang saksi mata memberitahu dia nampak anak dan isterinya dikisar di dalam tanah. Tanah itu menyedut mereka kemudian dicampak ke atas dan tenggelam kembali ke dalam tanah tersebut.



Keadaan yang kedua, Allah hantar tsunami kepada mereka. Jarak kampung dr pantai lebih kurang 1/2 jam – 45 min jika menaiki kenderaan.

Allah gerakkan air tsunami dgn kelajuan 800km/jam, yg sama dengan kelajuan kapal terbang merempuh manusia yg berada di pantai.

Saksi mata memberitahu saya, bila mana berkumandangnya azan maghrib di masjid, hanya 4 org shj yg bersolat di masjid. Selebihnya berada di pantai menunggu upacara rasmi Pesta Pemujaan Pantai.

Bilal itu selamat selepas 2 hari terperangkap dalam timbunan runtuhan masjid. Makanannya hanyalah zikir “La illaha illa anta subha naka inni kun tu minadz’zalimin…”

Masjid di kawasan itu ada 4 buah, semua Allah runtuhkan kecuali menaranya.




















Timbunan runtuhan tersebut membentuk bukit yg tinggi. Saya berdiri di atas timbunan tersebut, dan mengetuk di bahagian atasnya. Terdengar suara-suara sayup org meminta tolong, tapi kami tidak mampu berbuat apa-apa.


Keadaan yang ketiga di Kampung Petoba. Jaraknya juga jauh, mengambil masa dlm 45 min perjalanan. Di kampung ini, bila bergegar sahaja, Allah terus sedut semua masuk ke dalam bumi. Tenggelam semua rumah-rumah besar di situ sedalam 7-10 meter. Yang tinggal hanyalah padang jarak padang tekukur. Terdapat lebih 10 ribu jenazah yg tidak disentuh lagi.



















Kenapa terjadi begitu?

1- Kerana terlampau percaya pada adat. Adat mengatasi ibadat.

2- Kerana fahaman Islam liberal. Liberal menjadikan semua benda halal. Fahaman ini sangat bahaya, sama yg sedang masuk ke negara kita skg ini.

3- Kerana L-G-B-T. Penyokong persatuan gay di FB mereka Ada dalam 1,400 lebih. Dengan 1,400 lebih shj Allah dah musnahkan mereka begitu.

Di tempat kita, penyokong L-G-B-T di FB ada 32,000 orang. Kita ni tunggu masa je utk Allah musnahkan (Nauzubillah).

Kalau kita berterusan begini, memang akan turun bala dari Allah.

Sekarang ini jajaran Puchong sudah termasuk dalam jajaran gempa. Shah Alam juga begitu. Yang paling kerap berlaku gempa adalah di Bukit Tinggi, 3.2 skala Richter, 2.7 skala Richter…

Satu saya nak sebut, jangan Kita mati dalam keadaan hina. Berdoalah biar Kita mati dalam keadaan kita hijrah kepada Islam, dalam keadaan kita kembali kepada Allah.

Dalam Al Quran Allah dah sebut dengan jelas bagaimana Allah lakukan pada org yg berbuat dosa (rujuk Surah Al Ankabut, ayat 40).

Jangan hina ulama. Ulama adalah pewaris Nabi. Setiap kali kita hina ulama, Allah akan terasa hati.




















Allah berfirman :

” Siapa yang buat khianat pada wali-wali Ku, aku isytihar perang pada dia…”

Saya datang pada hari yg ke-4 dan ke-5, bau mayat buat saya pening, hilang selera hingga menyucuk2 hidung. Mayat bergelimpangan tidak terurus. Bantuan dari Jakarta tidak sampai kerana jarak yg jauh.


Orang-orang di kawasan itu menjadi trauma kerana tidak pernah melihat keadaan yg sedemikian. Allah goncang dan balikkan bumi sehingga mereka rasa seperti hari sudah kiamat.

Saya tengok seorang suami yg duduk memegang tiang, menangis teresak2 kerana kehilangan anak2 dan isteri.

Saya tengok seorang kanak2 perempuan yg menangis sehingga bengkak mata kerana kehilangan keluarga.


Allah berfirman “Aku tidak membuat zalim padamu, tapi kamulah yg menzalimi diri sendiri..”

Bila Saidatina Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah saw,

“Apakah kita akan musnah sama disaat mereka melakukan kemungkaran, sedangkan dikalangan kita ada orang soleh..?”

Rasullullah saw menjawab,

“Ya, akan musnah semuanya, Allah matikan semua..”

Lalu Aisyah berkata,

“Bagaimana keadaan mereka itu?”

Jawab Rasulullah saw,

“Mereka tidak menegur amal makruf nahi mungkar, mereka tidak cegah kemungkaran tersebut, lalu mereka dimatikan…”

Allah jadikan Palu sebagai pengajaran kita bersama. Jangan kalian Rasa seronok dan terlalu selesa. Kalau Allah nak buat sesuatu, Allah kata jadi, maka jadilah..
















Nota kaki: Kisah ini saya tulis berdasarkan ceramah Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani.

Credit Penulis : Yuhanis Azam

Saturday 27 October 2018

KETURUNAN NIK,WAN,TUAN, CHE, TENGKU KELANTAN, MALAYSIA BERASAL DARI MANA?

Ini plak misteri mencari Sayyid Hussein Jamadil Kubra (www.forum.cari.com/)

WonBin:
Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara. Terlalu penting sehingga nama beliau DIPADAMKAN oleh British dan DIPADAMKAN DARIPADABUKU SEJARAH DI SEKOLAH.

1. Sayyid Hussein Jamadil Kubra dikatakan sebagai datuk kepada Wali Songo.

2. Adik beliau merupakan Adi Putera, Guru Hang Tuah.

3. Keturunan beliau ialah Sultan Brunei sekarang.

4. Keturunan beliau adalah Sultan Kelantan sekarang.

5. Beliau dikaitkan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut.

6. Keturunan beliau di Kelantan memakai gelaran Tengku, Nik dan Wan.

7. Beliau ketua Wali 7.

8. Beliau menetap agak lama di Kelantan sebelum meneruskan misi dakwah bersama-sama Wali Songo di Jawa. Bukit Panau di Tanah Merah Kelantan merupakan tempat pertapaan beliau dan tempat Wali Songo berkumpul sebelum ke Jawa.

WonBin:
WALI 7



Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan); telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 Masihi besama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Syekh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar). Sudah menjadi takdair bahawa keturunan Rasulallah dizalimi, ditindas, dibunuh dan merantau meninggalkan Kota Mekah untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Husein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin (Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu kotanya bernama ‘Jiddah’ terletak 3 batu dari Bukit Panau. Kota tersebut telah terbenam ke dalam bumi dan ditenggelami oleh air, kini dikenali sebagai Danau Tok Uban.

Anak sulong beliau, Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) merupakan pelopor dan ketua Wali Songo. Maulana Malik Ibrahim merupakan anak Saiyid Husein hasil perkahwinan dengan Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang). Siapa sangka bahawa Wali Songo adalah anak buah (anak saudara) Cik Wan Kembang yang tersohor di Kelantan itu.

Salah seorang anak beliau, dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan di Brunei bergelar Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja Brunei sekarang. Inilah jawapan kepada Misteri kenapa Sultan Brunei telah membina sebuah masjid yang cantikdan besar di gigi tasik Danau Tok Uban, sedangkan tempat ini ‘tersorok’ dan orang kelantan sendiri ramai yang tidak tahu kewujudan tasik yangagak luas sayup mata memandang.

Shaik Thanauddin pula menetap di Bukit Panau (Tanah Merah, Kelantan) sebagai tempat pertapaannya yang mana di sinilah Laksamana Hang Tuah datang untuk berguru semasa usia awal remaja sekitar tahun 1400. Pada zaman dahulu kala, Bukit Panau merupakan landmark bagi pelaut antarabangsa kerana bentuknya yang unik seperti piramid itu dapat dilihat dari laut ketika berada di perairan Laut China Selatan. Pada zaman dahulu, Bukit Panau diakses melalui Sungai Kelantan yang cuma disebelahnya. Kapal-kapal mudah sahaja melalui Sungai Kelantan yang luas itu. Inilah perkampungan Wali Songo dan tempat di mana mereka merancang dakwah di Tanah Jawa. jangan keliru, sebenarnya Bukit Panau ini bersebelahan sahaja dengan tasik Danau Tok Uban dan Masjid Sultan Brunei. Anjung Masjid Sultan Brunei di Tasik Danau Tok Uban di Pasir Mas Kelantan.

Semua informasi yang disampaikan oleh Wonbin ini agak menarik tetapi terlalu banyak informasi yang perlu dikaji selidik. Masalahnya data sejarah kita tak lengkap, hanyalah melalui cerita lisan. Kalau adapun penulisan seharusnya dalam tulisan jawi dan penulisannya tidak boleh sewenang-wenangnya diambil tanpa dikaji asal-usul naskah tersebut. Mungkin ini semua boleh terlerai jika diperincikan dan dibuat satu kajian perbandingan dengan sejarah di Jawa dan juga tulisan Arab dan China. Sudah tentulah sejarah2 sebegini tidak disimpan oleh pihak kolonial, kalau tidak pastinya sudah ditimbulkan oleh Mubin Sheppard dan Richard Winsteadt.

Selain Kota Salor, Kota Jelasin dan Puteri Saadong, aku juga terpanggil untuk mencari hubungan Puteri Saadong dengan kerajaan Perak. Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 4 ratus hingga 8 ribu tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa.
Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama ‘Perak Man’.Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.

Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Reman(Reman ini asalnya adalah sebahagian daripada Kerajaan Pattani Besar sbelum ianya berpecah-pecah). Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.

Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Long Jaafar. Di kelantan dan Pattani juga mempunyai keturunan raja-raja yang memakai gelaran yang sama sehingalah Raja Kelantan di zaman Kelantan moden Long Yunus. Pendekata ini tidak mustahil. Apalagi bila Pattani dikatakan terhubung dengan Perak dan kedah dan adanya Sunga Petani yang seharusnya dipanggil Sungai Pattani, merujuk kepada sejarah.

Kota Jelasin terletak kira-kira 4.8 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Kota ini terkenal semasa di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang dari tahun 1548 sehingga 1580. Kota Jelasin dibuka pada tahun 1663 dan dibina dengan kayu-kayu tebal serta diukir dengan baiknya oleh tukang-tukang ukir yang masyhur. Kubu-kubu pertahanan dibina berhampiran dengan kota tersebut. Parit-parit digali dengan dalamnya serta timbunan tanah yang tebal dibuat sebagai benteng pertahanan.
Semasa pemerintahan Puteri Saadong, kota ini bertambah maju dan kota ini dijadikan sebagai kubu pertahanan negeri Kelantan daripada serangan dan ancaman luar. Mengikut sejarah, Kota Jelasin pernah diserang oleh Raja Siam disebabkan iri hati dengan kemajuan Kota Jelasin. Akhirnya, Kota Jelasin binasa dan Puteri Saadong juga menghilangkan diri. Semenjak itu berita daripada Puteri Saadong tidak diketahui dan keadaan Kota Jelasin semakin kucar-kacir tanpa pemerintah.

Kini Kota Jelasin hanya dikenali dengan nama Kota sahaja. Kesan peninggalan kota lama itu hampir lenyap kerana kurang perhatian untuk memeliharanya dan kawasan sekitar kota tersebut kini ditumbuhi belukar.

RAJA ABDULLAH (1663-1671)
Makam Raja Abdullah
Makam Raja Abdullah yang terletak di Kampung Padang Halban, Kota Bharu.
Raja Abdullah adalah suami kepada Puteri Saadong

Raja Abdullah adalah putera kepada Raja Bahar. Baginda telah dikahwinkan dengan sepupunya Puteri Saadong, Puteri kepada Raja Loyor oleh Paduka Cik Siti Wan Kembang. Perkahwinan ini adalah untuk mengelakkan angkara dari Raja Siam yang juga berhasrat untuk memperisterikan Puteri Saadong.

Selepas istiadat perkahwinan tersebut, Paduka Cik Siti Wan Kembang telah menabalkan Raja Abdullah menerajui Kota Tegayung. Perkahwinan ini juga secara tidak langsung telah menamatkan sejarah pemerintahan di Jembal. Kemudiannya Cik Siti Wan Kembang telah meninggalkan Kota Tegayung. Kota yang baru ini dinamakan Kota Jelasin (sekarang Kampung Kota, Kota Bharu). Kota Jelasin juga kemudiannya diserahkan kepada Raja Abdullah dan Puteri Saadong.

Pemerintahan Raja Abdullah dan Puteri Saadong tidak lagi berpusat di Jembal tetapi di Kota Jelasin. Besar kemungkinan kuasa pemerintahan Raja Abdullah ini meliputi kerajaan Jembal. Andaian ini berdasarkan kepada keadaan di Jembal yang tidak mempunyai pemerintah selepas kemangkatan Raja Loyor dalam tahun 1663.

Dalam tahun 1671 baginda Raja Abdullah telah mangkat. Baginda dikatakan mati ditikam oleh isteri baginda Tuan Puteri Saadong dengan penyucuk sanggul dalam satu pergaduhan di Kota Mahligai. Pergaduhan ini berpunca daripada sikap marah Tuan Puteri Saadong terhadap suaminya Raja Abdullah yang tidak setia terhadap janji.

Baginda Raja Abdullah telah dimakamkan di Padang Halban, dalam daerah Melor kira-kira 17 km dari bandar Kota Bharu.
BUKIT MARAK, PERINGAT, KOTA BHARU
Pemandangan di sekitar Bukit Marak :
Tempat ini dipercayai merupakan tempat istirehat lagenda Puteri Saadong.
Di sebelah kirinya ialah Sekolah Menengah Bukit Marak..
Batu-batu timbul yang menarik terdapat di Bukit Marak
yang sering dikunjungi oleh pelawat-pelawat
dan ahli-ahli kaji sejarah.

Bukit Marak terletak kira-kira 20 km daripada bandar Kota Bharu. Menurut sejarah, Cik Siti Wan Kembang, pernah bersemayam di sini sewaktu Pengkalan Datu menjadi pelabuhan yang penting sekitar tahun 1605.

Bukit Marak juga menjadi tempat bersemayam Puteri Saadong selepas kemangkatan suaminya Raja Abdullah dalam tahun 1761M. Kota Mahligai yang menjadi pusat pemerintahan pada masa itu telah diserahkan kepada Raja Abdul Rahim yang ditabal menggantikan Raja Abdillah.

Semasa berada di Bukit Marak, Puteri Saadong amat disayangi oleh rakyat jelata kerana kemurahan hati baginda. Baginda sering menjadi tempat rakyat jelata meluahkan perasaan terhadap kezaliman yang dilakukan oleh Raja Abdul Rahim. Peristiwa ini membuat baginda sering berdukacita dan akhirnya menyebabkan baginda memencilkan diri ke Gunung Ayam.

Hingga kini kesan-kesan peninggalan Tuan Puteri Saadong di Bukit Marak masih lagi dapat dilihatnya. Antaranya kesan-kesan istana tempat baginda bersemayam dan bahagian bawahnya pula terdapat satu kawasan yang dipercayai tanah perkuburan pengikut-pengikut baginda.
Daripada maklumat yang didapati ternyata Kota Salor mempunyai dua cerita yang berbeza, satunya ia diserang oleh Siam dan satu lagi ianya diserang oleh Sultan Muhamad Mulut Merah, iaitu Sultan Muhamad II, bapa kepada Long Ghafar. Kedua-duanya merujuk kepada abad yang berbeza, mungkin juga kedua-dua peristiwa tersebut terjadi pada zaman yang berbeza, tetapi pada zaman Sultan Muhamad II Kota tersebut lenyap atau dilenyapkan kerana kekuasaannya serta usahanya menghapuskan raja-raja kecil yang ada diseluruh negeri.



JEMBAL DALAM LIPATAN SEJARAH

Pengenalan
•Negeri Kelantan terletak di pesisir Pantai Timur Semenanjung.
•Menjadi tumpuan pedagang berulang alik dari timur dan barat.
•Kedudukannya yang strategik, menyebabkan wujudnya kerajaan yang besar di situ yang
mengawal aliran perdagangan dan politiknya.
•Salah sebuah kerajaan yang masyhur di abad ke 17 dan 18 ialah Kerajaan Jembal.


Sejarah Awal Kelantan

•Sejarah awal Kelantan sukar dikesan.
•Ada pendapat mengatakan Kelantan sudah wujud diabad yang pertama lagi dengan panggilan ‘Medang Kemulan’.
•Dalam abad ke 5, Kelantan dikenali dengan nama’Kalatana’ atau ‘Tanah Kala’.
•Catatan Shen Yao (414 – 512) ada menyebut negeri ‘Ho-lo-tan’ atau ‘Kou-lo-tan’.



Kelantan Abad Ke 15

•Tahun 1411 Kelantan diperintah oleh Raja Kumar (Islam).
•Menjalinkan hubungan dengan negeri Cina.
•Sultan Iskandar memerintah sehingga tahun 1465.
•Tahun 1465 Sultan Mansur menggantikan ayahyandanya yang mangkat.
•Tahun 1477, Kelantan diserang oleh Melaka di bawah Sultan Mahmud Syah.
•Sultan Mahmud Syah akhirnya berkahwin dengan puteri Sultan Mansur.
•Tahun 1526 Raja Gombak menggantikan Sultan Mansur.


Kelahiran Cik Siti Wan Kembang

•Cucu Raja Gombak iaitu Raja Ahmad berkahwin dengan Cik Banun Puteri Sri Nara D’Raja iaitu
sepupu Raja Hussin.
•Baginda dikurniakan seorang puteri bernama Cik Wan Kembang.
•Sultan Ahmad mangkat ketika Cik Wan Kembang berusia 4 tahun.
•Raja Hussin dari Johor dilantik sebagi pemangku raja.

Kerajaan Cik Siti Wan Kembang

•Tahun 1610, Raja Hussin mangkat.
•Cik Wan Kembang ditabal menjadi raja.
•Pusat Pentadbiran di Gunung Cinta Wangsa, Ulu Kelantan.
•Kerajaan Cik Wan Kembang sangat masyhur.
•Ramai pedagang datang berniaga, termasuk dari Arab.
•Orang-orang Arab memanggil baginda dengan panggilan ‘Paduka Cik Siti’.
•Dari situ baginda lebih dikenali dengan nama ‘Cik Siti Wan Kembang’.

Asal-usul Kerajaan Jembal

•Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar.
•Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.
•Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri.
•Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka.
•Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar.
•Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.

Pertabalan Raja Sakti

•Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya.
•Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu;
~ Raja Adiluddin (Raja Loyar)
~ Raja Bahar (Raja Udang)
~ Raja Omar (Raja Ekok)
~ Raja Sungai
~ Puteri Sayu Bari
~ Puteri Unang Melor
~ Puteri Cempaka Bongsu


Kelantan Di Bawah Raja Loyar

•Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.
•Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara.
•Raja Omar sebagai Raja Muda.
•Raja Sungai sebagai Temenggong.
•Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya.
•Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu
roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.

Hubungan Dengan Kerajaan Cik Siti Wan Kembang

•Di bawah Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah maju dan makmur.
•Hubungan dengan kerajaan Cik Siti Wan Kembang adalah baik.
•Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang
puteri bernama Puteri Mariam.
•Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong.
•Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat.
•Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.
•Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.


Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah

•Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya.
•Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong.
•Namun pinangan itu ditolak.
•Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.
•Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota
sekarang).
•Cik Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.
•Di sini Cik Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di
sana.
•Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.


Peperangan Dengan Angkatan Siam

•Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah.
•Baginda menghantar angkatan menyerang Kota Jelasin.
•Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana.
•Angkatan Siam mara pula ke Melor.
•Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.

Kemangkatan Raja Loyar

•Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat.
•Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang.
•Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar

Puteri Saadong Berangkat Pulang

•Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat.
•Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai.
•Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.
•Satu pertengkaran telah berlaku.
•Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong.
•Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.

Pemerintahan Raja Abdul Rahim

•Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai.
•Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak.
•Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim.
•Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong.
•Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.

Kemangkatan Raja Abdul Rahim

•Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah
di Kota Mahligai.
•Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik
Lelayang Mandi.
•Baginda mangkat di situ.

Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar

•Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar.
•Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran.
•Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri.
•Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.
•Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa.
•Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu.
•Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah.


Kedatangan Anak Raja Pattani

•Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.
•Mereka ialah;
~ Tuan Sulong (Long Sulong)
~ Tuan Senik (Long Senik)
~ Tuan Besar (Long Bahar)
•Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda baginda, Raja Pah.
•Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri.
•Sultan Omar membina Kota Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya.

Sultan Omar Mangkat

•Sultan Omar memerintah selama 46 tahun.
•Baginda mangkat pada tahun 1721
•Jenazah baginda dimakamkan berhampiran Kota Seneng.
•Sekarang dikenali sebagai Kg Senenag.
•Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri Cina.

Raja Kecil Sulong

•Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong.
•Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’.
•Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu.
•Baginda memerintah 5 tahun sahaja.
•Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda.

Peranan Raja Pah

•Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih kecil.
•Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan.
•Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman.
•Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal.
•Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.
•Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.

Jembal Hari Ini

•Nama Jembal kekal sehingga tahun 1922 sahaja.
•Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang.
•Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).
•Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat.
•Suasana itu kekal hingga ke hari ini.


Usaha Mempertabatkan Keturunan Jembal

•Keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri Kelantan.
•Terdapat juga di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri.
•Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan dan Nik.
•Ada juga yang mengugurkan gelaran nama itu.
•Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan bagi mempertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal.
•AJK membuat lawatan dan memberi penerangan di merata tempat dan ceruk rantau bagi merealisasikan usaha murni ini.
•PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ‘KOTA JEMBAL’.

Lain-lain