Pantun Percintaan Jahit setangan pinggirnya dikelim Baik dikelim kembang kelapa Rindu dendam kemana nak dikirim Nak dikirim kepada siapa
Segak menawan datuk penghulu Mahir berlawan langkahnya tangkas Kirimkan saja diangin lalu Atau melalui SMS pesanan ringkas
Hijau daun diranting kayu Mayang ditabuh bulir hamburan Hajat dikirim di angin lalu Sayang dihembus balik haluan
Bukan kacang sembarang kacang Kacang melilit kayu jati Bukan datang sembarang datang Datang melihat sijantung hati
Apa guna pasang pelita Jika tidak dengan sumbunya Apa guna bermain mata Kalau tidak dengan sungguhnya
Ambil gendang di kampung Kandis Ditabuh ramai ditingkah biola Makin dipandang semakin manis Dilabuh hati menyala cinta
Dipanah semata Indera Sakti Seekor dara dipohon keranji Sudah sama menaruh hati Diekor mata konon berjanji
Pat-pat nya Siapa cepat dia punya.
Lain padang lain belalang Belalang kunyit dilihat jarang Asik dok pandang-pandang Bunga terlepas dikebas orang
Belalang Kunyit dilihat jarang Kinantan lelah lagi lunglai Kononnya pula terok bertarung Bunga terlepas dikebas orang ? Ditangan Raja lagi diungkai Kononlah pula ditangan orang   Minum air, air dijerang Untuk dibuat si air ketum Rasa mabuk tidur belekor Apa dilihat di tangan orang Bunganya bukan sekuntum Kumbangnya bukan seekor
Batu loyang buat asahan Batunya hitam seruas jari Bimbang siang boleh ditahan Bimbang malam serasa mati
Banyak orang mengetam pulut Saya sendiri mengetam padi Banyak orang karam dilaut Saya sendiri karam dihati
Balam mendengut tengah rimba Balam serati jambul merah Karam dilaut boleh ditimba Karam dihati bilakan sudah
Biskut dalam peti Ambil satu hendak rasa Kalau diikut hati; mati Ikut rasa, habis binasa
Rumput manis cemperai hidup Lada muda perca kain Jangan menangis bercerai hidup Sama-sama mencari lain
Ikan belanak hilir beren ang Burung reruak menata sarang Makan tak enak tidur tak tenang Konon teringat dinda seorang
Kumbang menyumbang bunga berseri Bunga ditaman puteri raja Entahkan benar demikian peri Atau sekadar cakap sahaja
Api-api unggunan kandis Damar tumpah dikulit tengar Laki-laki mulutnya manis Jika bersumpah jangan didengar
Habis jalan, bangunan bergegar Tanda bencana yang amat berat Kalau sumpah selalu dilanggar Tidak selamat dunia akhirat   Dimana tempat murai berbunyi ? Pokok kekabu ditepi kolam Dimana tempat kita berjanji ? Dalam kelambu diatas tilam
Pelbagai penangan telah dibeli Buat jamuan lepas berzanji Kerbau dipegang pada tali Manusia dipegang pada janji
Anak raja mendaki bukit Patah galah dalam perahu Pegang tangan jeling sedikit Hati didalam Allah yang tahu
Buah jering diatas para Diambil budak sambil berlari Hingga kering lautan Melaka Barulah saya mungkir janji
Kalau roboh kota Melaka Papan di Jawa saya dirikan Kalau sungguh bagai di kata Badan dan nyawa saya berikan.
Ke teluk sudah, ke siam sudah Ke Mekkah saja saya yang belum Berpeluk sudah bercium sudah Menikah saja saya yang belum
Si Luncai bermain rodat Memukul tetawak pelbagai lakunya Tidak sopan menyalahi beradat Berbulu mata lihat lakunya
Terang bulan cahaya berseri Nampak dilihat dari saujana Siksanya tuan cinta birahi Semua dibuat serba tak kena
Terang bulan cahaya berseri Berbalam-balam diperdu rotan Kalau sungguh cinta birahi Hantarkan utusan sempurnakan ikatan
Mahu dihitung bilangan bintang Tidak terkira jumlah adanya Jika dihitung kasih dan sayang Tidak terukur sebesar mana
Pinggan tak retak nasi tak dingin Kalau tak salah orang tak tegor Orang tak hendak, kenapa awak masih ingin? Bunga tak sekuntum, kumbang tak seekor
Anak beruk duduk bersanding Cari makan dalam hutan Tujuh teluk sudah dibanding Mana sama padamu tuan
Published: 0000-00-00 Hit: 15 Laman Asal
Perkahwinan Nadia Pantun Klasik Khazanah Melayu
Waypoint SADRI adalah titik akhir kehilangan MH 370 dari RADAR KETAHANAN MINYAK 8 jam + extra 1/2 jam = 8 jam 30 minit           &n .. ..
Kisah Percintaan Agung Adam Hawa
Muqaddimah “Syurga yang serba nikmat…Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang .. ..
Status Percintaan Nabi Dan Rasul
Notakepala: Terlebih dahulu entri ini ditulis atas dasar kesedaran yang tinggi terhadap rasa cinta kepada Rasulullah. Rasa tidak puas hati atau menyampah atau dengki sila berurusan .. ..
Cari Jawapan Bagi Pantun Teka teki Di Bawah
Cari Jawapan Bagi Pantun Teka-Teki di Bawah. Kalau Tuan pergi ke kedaiBelikan saya buah keranjiKalau tuan bijak pandaiApa binatang keris di kaki? Ada sebiji ro .. ..