Selasa, 31 Mac 2015

Solat


Assalamualaikum wbt…

S O L A T

Jika disebut tentang perkataan solat, pasti yang terlintas di minda kita adalah ibadah yang kita lakukan 5 kali sehari. Ada yang 2,  ada yang 3 dan ada yang 4. Adakah itu yang kita ingat apabila disebut tentang solat???
Sesungguhnya, ketika solatlah saat Allah paling hampir dengan hamba-hambaNya.

Rasululllah SAW bersabda yang bermaksud:

“Allah itu paling rapat dengan hambaNya ketika hambaNya sujud”

Profesor Sa’id Ramadhan al-Buthy ada menyatakan , tuntutan solat 5 waktu sehari semalam adalah seakan-akan Allah hendak menyatakan kepada manusia bahawa:

“Rasul kamu telah naik ke langit dalam Mikraj, maka hendaklah kamu memikrajkan diri kamu 5 kali sehari umtuk bertemu dengan-Ku”

Hakikatnya, solatlah yang membezakan seorang mukmin dengan seorang kafir. Sebab itulah solat amat dititikberatkan oleh Islam kepada umatnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Perkara pertama yang dihitung ialah solat. Jika selesai solatnya, barulah dihitung amalannya yang lain. Jika solatnya tidak selesai, maka amalan lain menjadi tidak bermakna”.

Solat bererti menyembah Allah. Tetapi jika diperhatikan kembali, ibadah solat ini tidaklah memberikan apa-apa keuntungan kepada Allah melainkan keuntungan itu kembali kepada diri kita sendiri. Kehebatan Allah langsung tidak berkurang jika kita tidak menyembahNya, tetapi kitalah yang akan rosak dan rugi di akhirat kelak jika kita meninggalkan Allah.

Solat itu disiplinkan diri
masa & waktu ditepati
mengharap kasih Sang Ilahi
menyelusuri syariat yang diberi

“Wahai orang yang beriman, dirikanlah solat”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan