Tuesday, June 22, 2010

AHLI PAS : JOM FIKIRKAN SEJENAK ...

Dalam aku sepi menulis & update AloQStaQblog ni, aku secara tak sengaja (kadang-kadang aku sengaja juga) pergi ke markas-markas PAS di sekitar daerah-daerah negeri Kedah ni untuk bertemu muka rakan taulan dan kenalan lama ... melihatkan kelibat aku, ada yang terus memelukku kerana lama tak berjumpa dan ada yang bila nampak kereta burukku parking depan muassasah / markaz , depa teruih start motor lari ntah kemana ... siap hantaq SMS kat aku lepas tu mintak maaf sebab katanya terpaksa balik cepat, bini dia baru call suruh beli barang dapur ... Tak apa lah, aku masih bersangka baik dengan sahabat2 lamaku ...

Cuma yang aku nak kongsikan di sini, hanyalah mengenai tahap kesedaran ahli-ahli PAS khususnya di Kedah yang masih "mencintai" perjuangan PAS walaupun kelihatan jelas sudah tersasar jauh dari prinsip asal sebelum kemenangan mereka di PRU12 tahun 2008 dulu.

Beberapa rakan yang aku temui di markas, aku boleh simpulkan bahawa kebanyakan mereka sudah mula mengeluh dengan apa yang berlaku pada masa ini terhadap parti PAS.

(Gambar di atas hanyalah sekadar gambar hiasan semata-mata)

Sebelum PRU12 khususnya pada PRU11 & PRU10, kawan-kawan aku mengakui tahap perjuangan PAS terhadap perlaksanaan Hukum Islam amatlah tinggi dan paling hebat ! Siapa tak kenal PAS sejak zaman selepas Merdeka ? Satu-satunya parti Islam yang memperjuangkan perlaksanaan Hukum Allah secara total di mukabumi Tanah Melayu ini. Prinsip yang tidak pernah luntur dan tidak pernah berganjak walaupun selangkah ke belakang ....

TETAPI SAYANGNYA, sejak bersekongkol dengan kepimpinan Anwar sebagai De'Facto PAKATAN RAKYAT (khasnya PKR), disedari secara jelas dan sedar, PAS sudah tidak lagi berani menyebut secara terbuka kehendak asal parti ini adalah untuk menguasai Malaysia dan menjalankan hukuman Islam secara total. PAS sudah tak berani sebut langsung !

Yang PAS berani sebut adalah untuk berkebajikan bersama-sama PAKATAN RAKYAT menuju ke Putrajaya! Adakah itu kehendak asal para pemimpin dan arwah-arwah pemimpin PAS terdahulu ? ....

Adakah itu menjadi asas perjuangan Parti Islam Semalaysia sejak ditubuhkan? ... Apakah dengan berjaya menginap di singgahsana Putrajaya, impian asal parti PAS untuk menjalankan Hukum Islam di Malaysia akan terlaksana (di bawah kepimpinan PM pada masa itu - Mungkin ANWAR ataupun Mungkin WAN AZIZAH atau Mungkin ZAID IBRAHIM?) ... PAS DI MANA WAKTU ITU ? ... PRINSIP ASAL PAS DIMANA WAKTU ITU ????

Itu yang menjadi kegusaran sahabat-sahabat aku yang aku temui di markas-markas sebulan dua ini. Mereka sedar itulah penghujung perjuangan PAS dalam menjadi barisan kepimpinan Malaysia di Putrajaya ...

Padahal matlamat utama PAS tidak mungkin akan tercapai selama-lamanya. Sayang sekali di kala itu, segalanya sudah terlewat untuk diputar kembali ... PAS hanya menjadi batu loncatan bagi pemimpin PKR & DAP memuaskan nafsu menjadi pentadbir negara ini.

Apakan daya ... kata sahabat2ku yang aku temui itu ... demi bermusuh dengan UMNO, biaq pi lah apa saja nak jadi nanti selepas PRU13 ... Kalau PAS tak puaih hati nanti, kami lari la dari Pakatan Rakyat, biaq lingkup semua waktu tu ... asalkan UMNO/BN dah tak ada kuasa, prinsip asal PAS boleh dilupakan sementara waktu ... ini saja yang ahli-ahli PAS buleh katakan pada masa ini untuk menyedapkan hati sendiri.

Kepada sahabat2ku yang mencintai PAS sejak sekian lama ... pikir pikirkan dengan Iman & Taqwa, adakah perjuangan PAS kini masih diredhai oleh Allah berbanding perjuangan menegakkan prinsip asal PAS dulu ? ...

TINGGALKAN PAKATAN RAKYAT SEKARANG. PASTI PAS AKAN SELAMAT.

Al-Fatihah kepada seluruh arwah-arwah pejuang ASAL PAS ... khususnya Almarhum Syeikh Fadzil Noor ...


AloQStaQ
22 Jun 2010
10:10 Pagi
On da way ke Kulim (Shortcut ikut jalan Sidam) ...

23 komen:

Wake UP! June 22, 2010 at 2:28 PM  

Al Juburi kini mengetuai Pakatan Rakyat. Di manakah prinsip Islam PAS selama ini jika mereka sanggup menjulang seorang yang mengamalkan homoseksual sebagai ketua mereka?

Harsher penalties.

AnakKedah007 June 22, 2010 at 3:29 PM  

so far tak ada apa yg nak dirisaukan rasanya..cuma segelintir ahli yg kurang sabar dan tak nampak apa yg sebenarnya sedang diolah oleh ustaz azizan...

inilah pentingnya tamrin dan usrah..jika banyak yg datang sini mereka akan tahu dasar yg dibawa oleh ustaz sebenarnya..

mai sikit aku nak habaq kat hang..dulu masa PAS mula menang di KELANTAN... apa jadi dengan enakmen HUDUD nie.. KELANTAN boleh dikatakan negeri yg solid penyokong PAS..dan menang kalah bertukar batton dgn BN sudah biasa..jadi disini tok guru draff undang hudud nie dan nak laksanakannya..dan ada pertentangan dari BN..pertentangan ini sampai dihantar surat kat MB Kelantan jangan laksanakan HUDUD tersebut... namun dengan kecekalan dan tempoh pemerintahan yg lama maka ianaya diluluskan....so far diluluskan enakmen hudud nie bukannya naik setahun terus lulus..ianya pon mengambil masa...bila dah faham dan BN dah tak boleh nak buat apa maka enakmen itu berjalan tapi perlaksanaan mcm dok ada skrg nie laa...

mai masa T'ganu menang pulak.. lepas menang terus buat enakmen tersebut.. maka disini dilihat ada penolakkan dari rakyat yg kurang faham dengan dimanipulasikan oleh BN...disini enakmen tersebut juga lulus tetapi perlaksanaan tak ada masih dok gitu saja...

disini dilihat akan ketidak gopohan ustaz azizan akan perkara nie.. w/pon hakikatnya ia mesti diutamakan dan dilaksanakan....

disini ustaz ambik mana yg perlu dilaksanakan dahulu masa pemerintahan dia... 1st dia ambik nak menstabilkan pemerintahan beliau... dgn gabungan 3 parti dan dgn keterkejutkan Bn yg kalah maka disini penting kena bagi stabil pentadbiran negeri... nanti dok gila nak buat hudud tapi pegawai yg dok kerja tak paham setabok.. maka akan jadi kucar kacir.... disini ustaz tekankan amanah bekerja... kerja bkn kerana pemerintah tapi mereka kena ingat mereka pegawai kerajaan yg berkhidmat dgn amanah rakyat... disini dilihat setahun lebih ustaz nak fahamkan pekerja2 yg nak laksanakan dasar2 yg akan dikeluarkan oleh k'jaan negeri... mau tau laa kalau tak ditekankan begini nanti apa2 arahan tak akan dibuat jadi yg nak kena balik k'jaan negeri....

bila dah semua dapat menerima corak pentadbiran ustaz azizan maka diwaktu yg sama beliau cuba menampung kebocoran kewangan negeri... ini jugak yg utama diberi perhatian... nanti dok gila nak buat enakmen hudud tapi pegawai kerajaan yg dok kerja berserta dgn rakyat negeri tak ada duit nak dibelanjakannya....

alhamdulillah sepanjang 2 tahun nie benda nie yg ditekankan oleh ustaz... dan diwaktu yg sama cuba lihat majlis ilmu yg dilakukan... merata-rata dah ada kuliah dan syarahan agama..kat masjid, kat surau, kat taman-taman dan sampai kerumah MB di metalon pon ada majlis ilmu.... cuma kita sahaja yg tak mau nak pie dengaq majlis2 sebegini.....

penting disini majlis ilmunya ialah bila dilihat rakyat ditekankan dengan ILMU AGAMA dan mereka sudah faham maka nak buat apa pon senang dah bukan kata enakmen hudud..nak laksanakan hukum hudud tu pon tak ada hal punya...

insya'allah sebenaqnya tak ada masalah pon yg ada masalah skrg BN/UMNO kedah sahaja...sebab apa dilihat ustaz buat semua tak kena dimata mereka... dulu kewangan negeri bocoq sana bocoq sini tak ada siapa yg nak bantah kaa... dulu majlis agama sana sini kena sekat...tak boleh... tak ada siapa nak bantah kaa... dulu cukai dipenaik sampai 300% taka ada siapa nak bantah kaaa... dulu ayaq tak ada serupa tuu juga...tak ada siapa nak bantah kaaa..sdgkan lanie dah dibina loji2 baru nak atasinya....

jadi pakat2 istifar la tengok mana tak kena cuba bantu dan komen tapi kalau semua buat tak kena mesti ada benda yg kesumat dalam jiwa tuuu...

AloQStaQ June 22, 2010 at 4:09 PM  

TQ Wake Up!, memang depa dah terlalu menyimpang dari prinsip asai ... dulu depa yang dok gaduh Anwar (masa dalam UMNO) tu kaki penipu, kaki betina, kaki juboq dan macam2 tohmah lagi depa hina Anwar atas pentas ceramah, bila Anwar DIKELUARKAN (bukan KELUAR SENDIRI) dari UMNO, serta merta Anwar itu bersih murni suci halal ... Inikah cara politik parti Islam? Cakap berdolak dalik? ... Wal Halal Ku, Wal Haram Mu ...

AnakKedah007,
buat apa la tulih panjang berjela-jela hanya kerana nak tegakkan benang yang basah ? ... Kalau betui PKR & DAP tu akan sokong hang & parti hang cap bulan purnama tu untuk MENJALANKAN HUKUM ISLAM SECARA TOTAL & MELAKSANAKAN NEGARA ISLAM SECARA MUTLAK, buat hapa sekarang ni PAS tak berani nak mendabik dada untuk menyatakan secara terbuka perkara itu? Seperti dulu ... aku ingat lagi, ceramah Tuan Haji Hadi & Presiden PAS waktu itu di Muassasah Pokok Sena, KITA (PAS) AKAN MENJALANKAN HUKUM HUDUD & MELAKSANAKAN KONSEP NEGARA ISLAM YANG SEBENAR! Mana ayat ni sekarang ??? ...

Ada hangpa berani SEBUT semua ni SEKARANG di depan LIM KIT SIANG / LIM GUAN ENG / KARPAL SINGH / R.SIVARASAH / NGEH KOO HAM / ZAID IBRAHIM mahupun ANWAR IBRAHIM SENDIRI ?????????????????? .... Jawab la wahai AnakKedah007 yang mulia! ...

Hang kena ingat, tu semua adalah PRINSIP ASAL PERJUANGAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (zaman semasa aku dulu pun sokong Pas sama macam mak bapak dan tok wan hang!) ...

La Nie sudah tukar ka? kerana apa ? Kerana Anwar suruh jangan SEBUT ka ?????? .....


AloQStaQ

AnakKedah007 June 22, 2010 at 4:33 PM  

he he he lantak kami la berani sebut ka tak berani sebut.. janji benda tu berjalan.. insyaallah... dia macam nak lawan umno zaman dulu2... kalau PAS dok semangga berjuang sorang tak ada masa nak tawan kedah nie... jadi bila dah ada kawan maka tunggin BN kedah niee... jadi bila dah tunggin tuu kita buat dasar step by step laa.. itu serah kat kami la nak buat camna.. kalau rasa tak puas hati 5thn ambik la balik bukan susah pon... he he he...

Anonymous June 22, 2010 at 6:30 PM  

Tak kisah lah apa pun... aku pengundi bebas yang tak ada parti sangat berharap PAS teruskan perjuangan bersama DAP dan PKR untuk menghancurkan UMNO.... saat kejatuhan UMNO sangat kunantikan...

adnanAStar June 22, 2010 at 6:36 PM  

UMNO BOLEH BLAH LA!!!
52 TAHUN MEMERINTAHKAN, MELAYU TAK KE MANA JUGA, SEKARANG KITA BAGI PELUANG KAT PAS-PKR-DAP PULA, PUAK2 UMNO KELUPOG SEBAB DEPA SUSAH NAK CARI MAKAN (SONGLAP DUIT RAKYAT), AKU SANGAT BERHARAP DAN BERDOA KPD TUHAN AGAR: DAP TERUS KEKAL DI PENANG, PAS TERUS DI KEDAH DAN KELANTAN, PKR TERUS KEKAL DI SELANGOR DAN PRU KE-13 NANTI KITA TAWAN BEBERAPA NEGERI LAGI, ANWAR IBRAHIM TAK ADA BAGI KAMI, KALAU ANWAR TAK ADA PUN, PERJUANGAN MENENTANG UMNO TETAP DITERUSKAN.

SyahUUM09 June 22, 2010 at 6:38 PM  

Hidup Pakatan Rakyat Demi Kesejahteraan Rakyat!

Anonymous June 22, 2010 at 6:43 PM  

tak payah pikiag sejenak, ahli pas tak kelapag kat umno. aku mak bapak aku dulu hangit sokong umno, tapi aku dgn adik beradik aku 11 semuanya, tobat lahum, haram keturunan kami sokong umno. bangsa tak boleh pakai.

RempitBOY June 22, 2010 at 6:44 PM  

YO!!!! kedah sejahtera!!!

ChaSgTiang June 22, 2010 at 6:48 PM  

Hang muhong, mana ada orang pas mau berkawan dengan hang, kalau nama orang umno ni, org pas meluat tak dak dah, tok sah dok terhegeh-hegeh pi markas pas la, buat teruk depa nak cangkui buang bekas tapak kaki hang.

Pak Tam Kobah June 22, 2010 at 8:58 PM  

relax la bro...nak tazkiran umno yg beragama islam nie pon bukan main susah nak paham akan hukum allah nie..

sedangkan pulak nak tazkirah cina DAP tuuuuu...

kita umbuk pelan2 laa

hangpa tak mau buat.. tengok diam-diam kami nak buat...tak payah dok hingaq...

DAP yg hangpa dok kalut tu pon sekurangnya nak jgk dia hapus RASUAH dan mahu PEMERINTAHAN YG ADIL.....

p/s: tengok sahabat kita kat mesir sana...IKHWAN MUSLIMIN depa menang dengan cara macamana... kalau dok pakai akai bodoh hangpa nie sampai bila ISLAM dok kena pelece macam tu laa...

Anonymous June 23, 2010 at 1:35 AM  

UMNO parti judi... he he ....

AloQStaQ June 23, 2010 at 8:51 AM  

Salam sahabat2ku AnakKedah007, Anon 6:30PM, adnanAstar, syahUUM09, Anon 6:43PM, RempitBOY, ChaSgTiang, Pak Tam Kobah, Anon 1:35AM ...

Aku sedaq, aku bukan sesiapa untuk hangpa atau kaum kerabat hangpa nak ikut cakap atau nak ikut nasihat aku ... nasihat aku ni, mungkin NOTHING aja bagi semua ahli2 PAS.

Aku hanya mampu sekadar menyatakan sesuatu dari perspektif MUSUH POLITIK yang mungkin perspektif itu bagi hangpa dan kawan2 ahli2 PAS lain tak nampak (macam aku nampak).

Aku hanya dok bagitau 1 saja. Sedar. atau bahasa kedah kita sebut SEDAQ.

Kalau hangpa rasa dah sedaq, itu mungkin kesedaran dari pihak / perspektif hangpa sendiri.

Bagi aku, hangpa dan kawan2 ahli PAS yang lain tidaklah sesedaq mana, sebab aku nampak jelas perjuangan menggadaikan maruah & kuasa yang ada merupakan satu perjuangan yang membawa kehancuran kepada segenap lapisan generasi akan datang.

Betapa susahnya kita untuk mendapatkan kekuatan yang ada macam sekarang, tetapi nampaknya dengan mudah ianya hendak dihancurkan oleh perjuangan Pakatan Rakyat khususnya Anwar Ibrahim (ketua hangpa semua).

SEDAQ. Itu yang aku harapkan hangpa semua buat ... kalau tak sedaq sejurus sehingga sebelum memangkah di kertas undi pada PRU13 nanti, padahnya akan tertanggung ke atas batu jemala anak cucu cicit kita nanti.

Jangan sampai kita pula menanggung dosa kerana membiarkan depa semua sengsara di bumi sendiri nanti. (Macam yang kita tengok dok jadi di Palestin). Harap faham & SEDAQ.


AloQStaQ
(Terima Kasih di atas segala komen sahabat2 yang ayatnya memang sedap dibaca ... )

AnakKedah007 June 23, 2010 at 11:45 AM  

Sapa suruh hangpa khianati amanah orang MELAYU.. bila org melayu beralih arah hangpa kalut pulak dgn slogan MELAYU....

itu la org bagi amanah hangpa khianat... perabih harta melayu... kaut selagi mampu... sampai melayu dok tangtu sahaja...

jadi siapakah yg bersalah sebenaqnya... siapa yg tak sedaq diri sebenaqnya...

dah kalah 2008 sampai ranap pon masih ada yg tak sedaq diri... dok buat perangai yg sama sahaja...

jadi tanggung ambik la kerja buat hangpa tuuu....

p/s: tak payah nak bagi org sedaq laa.. skrg nie hang SEDAQ kan dulu pimpinan dan ahli umno yg tak sedaq2 lagi negeri KEDAH nie dah org lain perintah dah... he he he

AloQStaQ June 23, 2010 at 12:19 PM  

Kalau yang salah kita sama-sama perbetulkan supaya jadi elok semula ...

Kalau yang tergelinciaq, kita sama-sama tulong bagi berjalan elok balik ... TAPIIII ,

Jangan di bakar kelambu yang ada hanya kerana SEEKOR DUA NYAMUK DAN LALAT DI DALAMNYA ...

Jangan di curah air ditempayan hanya kerana mendengar janji auta si Guruh di Langit yang menjanjikan HUJAN EMAS & PERMATA ...

Jangan di bunuh seorang budak yang memberi idea benteng batang pisang hanya kerana takut kepada bayang-bayang sendiri ...

Jangan jadi seperti ANJING DENGAN BAYANG-BAYANG ... YANG DIKEJAR TAK AKAN DAPAT ... YANG DIKENDONG BERCICIRAN HILANG NTAH KEMANA ...

Yang rugi ? Anak Cucu Cicit kita juga wahai AnakKedah007. Beringat la sebelom kena. Ni pesan tok guru.

AKU BERJANJI, KALAU MEMANG PAS TU BETUL-BETUL NAK PERTAHANKAN ISLAM , DAN PAS PULA ADALAH KUASA PEMUTUS (MAJORITI), AKU AKAN SOKONG PAS ! Ini tidak! PKR yang lekeh tu pun hangpa biaq jadi Ketua Pembangkang ! Apa punya lemah la PAS nie ....

Anonymous June 23, 2010 at 1:36 PM  

aku sokong aloqsetaq..dia bukan suruh kita sokong UMNO..dia mintak kita yg jadi ahli Pas ni tengok balik peranan kita dalam PR..aku dari dulu tak setuju Pas masuk PR.. Pas kini ada kekuatan untuk bertanding di semua Parlimen dan ADUN..aku yakin dengan izin Allah, pilihanraya akan datang Pas akan menang mudah di banyak kawasan sebab depa dah ada Dewan harian penyokong pas yg bukan Islam..takan tu pun hang pa tak faham..bukan suruh sokong UMNO..lepas tu..kalau hang betul2 penyokong Pas..guna la ayat yg baik..tunjukkan yg hang tu orang Islam..ni tak..guna ayat dan perkataan yg entah apa2..mana hikmah?

Anonymous June 23, 2010 at 2:16 PM  

AloqStaq,

Teruskan usaha kamu utk menerangkan kpd kawan2 kamu, mereka masih ditakuk lama, hanya menanti masa utk sedaq...

Aku dari remaja, iyelah semenjak dah pandai pikir utk diri sendiri mempunyai perasaan yang tidak selesa dgn pas, menjadik darah daging orang pas utk mengutuk, mencaci, menghina dan mengadu domba terhadap sesama bangsa & agama bersulamkan ayat2 suci Al-Quran pulak tuh...aku pelik dgn perangai dan sifat tersebut yg mana 'holier than thou'...

Ada ajer tindakan kerajaan berasaskan Islam dikutuk dicaci dan bila kerajaan meluluskan sesuatu yg konon2 bertentang dgn prinsip agama mereka (sori aku tak pernah anggap orang pas nih Islam sebenarnya) mereka canang cukup2 satu negara bahawa kerajaan kapir, contohnya terdekat pemberian lesen judi bola, tapi bila negeri mereka beri lesen arak, anjing takpe, aku buat ok ko buat siap ko aku kutuk kaw kaw...apa punya perangai la...Islam ke tuh namanya???

Sekarang bersekongkol dgn dap lak, mcm kita orang Melayu boleh lupa kejadian 13May, mcm mana manusia2 durjana ini mengapi-apikan konsep perkauman, samala dgn situasi sekarang, mereka masih lagi ditakuk kuno menggunakan perkauman sebagai alat utk menghancurkan kerajaan (yg terkandung semua kaum & agama)...tidak sedaq ke atau buat tak sedaq bahawasanya dap mempunyai niat utk menidakkan kuasa Melayu dan melebihkan bangsanya sendiri, ambil Selangor & Perak, siapa secara proksi memerintah negeri2 tersebut, Khalid & Nizar hanyala boneka...habis segala kemudahan diberi kpd kaum sendiri sahaja, kpd bangsa lain pandai2 ko la...

Satu lg bangsa dap nih mmg pandai bermuka-muka, hanya umno sahaja biasa dgn kepura-puraan mereka dan tahu mcm mana utk handle situasi tersebut, kdp pas aku ucapkan selamat maju jaya atas perkongsian kamu dgn dap dan aku berharap kamu berjaya mentarbiah mereka2 ini, tapi apa gunanya agama kamu lain dari Muslim yg lain, jadiknya tak kemana la tarbiah kamu...

cukup sampai disini...

kay rules

AloQStaQ June 23, 2010 at 2:31 PM  

TQ Anon 1:36PM, yer tak yer gak yer ... dalam posting aku tu, tak pun sekali aku sebut dalam tu suruh masuk UMNO yer ... ahaksss ! aku just suruh PAS tinggalkan PR aje ... hmmm ... memang itulah niat aku, TAK MASUK UMNO PUN TAK APA. ASALKAN JANGAN JADI BALACI KEPADA ORANG YANG DULU PAS ANGGAP MUSOH ISLAM (DAN MUSOH PAS!) iaitu ORANG YANG MELULUSKAN LESEN JUDI KE SELURUH SABAH ! ... Aku antara orang yang bersama-sama pemimpin PAS yang marah pada dia waktu tu! ...

Padahal, sekrang PAS jilat bersih orang itu ! Mana prinsip PAS !? ...

kay rules,
TQ bro atas komen panjang lebar ... kita sama-sama cuba sedarkan semua pengikut PAS supaya meninggalkan Pakatan Rakyat yang PASTINYA AKAN MENJAHANAMKAN MASA DEPAN ANAK CUCU KITA ! ... Kuasa hilang kerana kesilapan kita sendiri. Jangan ulangi !


AloQStaQ

orang awam June 23, 2010 at 3:29 PM  

Aku nampak semua penyokong2 tegar pas sini cerita pasal kampung dan negeri sendiri yg merupakan negeri majoriti Melayu.

Pendekatan politik dalam negeri2 majoriti Melayu tak sama malah jauh berbeza dengan pendekatan negeri2 bercampur.Kita jangan mementingkan diri sendiri,mementingkan negeri sendiri.Macamana pula dengan negeri bercampur yg lain.Lebih baik kita bercakap dalam konteks Malaysia bukan Kedah atau Kelantan atau Terengganu.

Bagaimana dengan kedudukan pas sekarang dalam pakatan mahu melaksanakan hudud di Malaysia?Adakah pas mampu melobi pkr dan dap yg jauh lebih vokal dan berkuasa untuk melaksanakan hudud?

Lihatlah sekarang,sedangkan untuk menyebut hudud saja,pemimpin pas termasuk hj hadi dan nik aziz dah tak berani,inikan pula nak membawa hudud ke pusat sebagai perlemagaan negara.

Kita jangan menipu diri sendiri,inilah hakikat sebenarnya,perkongsian kuasa pas dengan kafir harbi dap dan pkr yg liberal tidak akan menguntungkan Islam dan Melayu tapi cuma menguntungkan pas saja.

Apalah ertinya merampas kuasa dr BN kalau hak2 Melayu dan Islam tergadai?Melayu akan jadi minoriti saja dalam pemerintahan PR.Bagaimana mahu mendaulatkan Islam dalam sistem demokrasi dimana majoriti adalah segala2nya.

Ada lebih baik sekiranya pas menarik diri dari pakatan dan maintain dengan perjuangan asal.Pas akan lebih dihormati dan boleh diharapkan sebagai alternatif umno.Dalam keadaan sekarang ramai pengundi simpatisan pas dulu sudah beralih arah kerana kecewa dengan pas yg kelihatan lemah dan tidak mampu mendominasi PR.

Ini cuma pandangan aku sebagai seorang bekas penyokong pas asal yg tidak pernah gagal mengundi pas selama ini.PRU13 nanti sekiranya pas masih di dalam pakatan dan sanggup diperkudakan dap dan pkr terutamanya anwar ibrahim aku tak teragak2 untuk mengundi BN buat pertama kalinya.Buat masa ini aku lebih suka menganggap aku sebagai golongan atas pagar dan ramai orang2 seperti aku sebenarnya.

joehan June 23, 2010 at 3:41 PM  

salam...sblm ni aku xpnh pon msk blog ni..rmainye penykong sipeliwat tegar tu kt sini..aku pon dlu penykong pas jgk..tp aku jijik utk bersm nuar juburi n dap bersm2 utk bermusuhn sesama islam..korng sedar x byk sgt bukti2 nuar juburi dgn yahudi..bukti2 liwat n mcm2 lg bukti penipuan n pembohongn die..pembohongn 16sept yg terang2 korng sume dh tau..pembohongn yg kate mp/adun PR kuar sbb bn rasuah n mcm2 lg pembongn...tp korng still berdiri kukuh blakang si peliwat tegar tu...ape mslhnya dgn korng ni...matlamat tidak menghalalkn cara..walaupon korng dlm pas tp ketua korng adalah nuar juburi..xmalu ke korng berketuakn raja munafik malaysia sedangkn korng membawa agenda islam..

nik ajis pon dgn rela mengakui nuar juburi seorg yg layak serba serbi..nape rendah sgt iq nik ajis tu

pastu ade rmai aku tgk dok mengeluh yg melayu xmaju la...hidup miskin la..tu jela yg korng tau..dok merungut tiap ari..org indon dtg mlysia pon blh kaya..tp korng mmg dasar pemalas...kje korng siang mlm asyik merungut je...mmg la hidp sush..pastu slhkn org lain..slhkn kerajaan kate xbantu org melayu...woi pemalas2 sume..usaha la utk berjaya dlm hidup..bkn asyik dok merungut..Islam xajar pon kite asyik merungut..korng je yg pemalas!!

ni komen anak kedah007 ""Sapa suruh hangpa khianati amanah orang MELAYU.. bila org melayu beralih arah hangpa kalut pulak dgn slogan MELAYU....
itu la org bagi amanah hangpa khianat... perabih harta melayu... kaut selagi mampu... sampai melayu dok tangtu sahaja""

hang tu yg pemalas keje wahai anak kedah007..keje nk yg senang..lps tu gj nk mahal..tau merungut je siang mlm..hang la melayu yg hang ckp dok tangtu sahaja tu..dasar pemalas!!!

AloQStaQ June 23, 2010 at 4:52 PM  

orang awam,

TQ atas komen tuan yang nampaknya ikhlas dan terbuka.

Memang ramai yang dalam PAS tak setuju dengan apa yang PAS lalui sekrang iaitu meletakkan PRINSIP ASAL PARTI PAS ditempat ke-2 padahal meletakkan Pakatan Rakyat ditempat yang Pertama.

Buktinya :
[1]PAS sanggup berbaik (berlakon kot?!) dengan DAP setelah dulu musuh yang kuat - satu nakkan Negara Islam, satu lagi tak mahukan Negara Islam. Pelik kan?

[2]PAS menerima Anwar yang dulunya depa sendiri benci dan meluat, dan siap depa kata Antara Mahathir & Anwar jadi PM, Anwar lebih merbahaya. Sekrang PAS pula perjuangkan Anwar sebagai PM Malaysia (buktinya : PKR ada majoriti lemah pun, PAS sanggup terima Anwar sebagai Ketua Pembangkang) Betoi2 tak de maruah PAS ni !

[3]Membiarkan calon/penceramah bukan Islam memberi Salam & membaca ayat suci di atas pentas PAS !? Gila betoi ! Puak kafir DAP & PKR sekrang ramai dah pandai cakap macam Tok Guru PAS ! Ini yang PAS banggakan ? Percayalah, puak depa inilah yang akan paling awai menentang PAS jika PAS sebut nak jadikan Malaysia NEGARA ISLAM!

[4] Baculnya PAS sehingga langsung tak berani sebut nak tubuh Negara Islam & Jalankan Hukum Hudud pada Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Shah Alam dulu ... Kalau betul nak buat jugak selepas PRU13 dimenangi oleh PR, PAS mesti bagitau kehendak prinsip parti yang diperjuangkan selama ini oleh arwah2 presiden PAS yang dulu !

[5] Nik Aziz terlalu mempercayai Anwar. Ini antara kelemahan PAS. Sebab semua orang PAS percayakan Nik Aziz ... Jadi, siapa yang sebenarnya orang PAS ikut/patuh ? ... tak lain dan tak bukan = ANWAR. Adakah Anwar MAHUKAN NEGARA ISLAM ??? Jawab lah sendiri wahai orang2 PAS ! ...

joehan,
TQ kerana sudi masuk blog aku ni ... memang sini ramai geng PR masuk nak tibai aku ... tak pa, aku doakan dan aku harapkan lama-lama nanti depa semua akan SEDAQ ... jangan depa SEDAQ selepas Nasi dah Jadi Bubur dah ler ... masa tu, rugilah semua UMAT MELAYU & ISLAM DI MALAYSIA ...


AloQStaQ

Anonymous August 22, 2010 at 8:37 PM  

aku tertarik dengan aktikel di atas dan komen-komen di atas ...

di sini ingin aku berkata sesuatu ... aku berasal dari kawasan Matang Paku Air HItam Kedah .. sebelum tahun 1987 keluarga aku buleh kata berada dalam kelompok PAS .Namun tahun 1987 keluarga aku di pulau oleh PAS dengan alasan keluarga aku menyokong UMNO .Alasan yang mereka guna masa itu kerana atas desakkan beberapa kerat yang kononnya ketua PAS dalam kampung yang mahu memulau seseorang . Lantas keluarga aku menjadi mangsa .

lantaran dari itu aku ingin bertanya .. adakah ada dalam ajaran Islam yang boleh memulaukan sesama Islam , yang anehnya dalam kampung Matang Paku itu ada juga keluarga Cina namun tidak di pulau kan pula.

Adakah ini ajaran PAS yang patut di sokong . Aku tidak akan sokong PAS selagi ada kumpulan yang jumud dan bahlol yang bertopengkan agama untuk kepentingan diri sendiri .

Anonymous September 5, 2010 at 7:02 PM  

Perjuangan PAS terawal memang menegakan dan berteras kan islam yang AD'DIN dan tidak boleh di nafi kan
Perjuangan PAS yang sekarang kerana duitan, al-maklumlah zaman la ni..

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP