Followers

Nuffnang

Thursday 30 August 2012

Sakitnya Sakaratul Maut - 4,000 Tahun RASA SAKIT Itu Belum Tentu Hilang


Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: “Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300 kali tetakan pedang.”


Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.  

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya.  


Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu.  Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. 


Antaranya:- 


Sebelum tidur: 

1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali 
2] Selawat ke atas Nabi 
3] Membaca tasbih 

Amalan harian: 

1] Sentiasa membaca Al-Quran 
2] Memelihara solat terutama solat fardu 
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan 
4] Membaca tasbih 
5] Membanyakkan sedekah 
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah 

Amalan yang perlu dijauhi: 

1] Dusta 
2] Khianat 
3] Mengadu domba 
4] Kencing berdiri  

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil.”  


Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris A.S lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris A.S mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. 


Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.  


Setelah di dapati Nabi Idris A.S sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: “Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?” 


Jawab Nabi Idris: “Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya.” 


Kata malaikat maut: “Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun.”  


Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa A.S telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: “Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu.”  


Kata Nabi Isa A.S: “Cubalah kamu pilihkan?” 


Mereka berkata: Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh A.S (Sam Bin Nuh).”  


Maka Nabi Isa A.S pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam Bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban.  


Nabi Isa A.S hairan kenapa jadi begitu. 


Berkata Sam Bin Nuh: “Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa A.S: “Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?” 


Kata Sam: “Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut.”  


Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail. Justeru itu tidak hairan jika ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidupnya.  


Walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.  


Sebuah hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah Bin Abbas R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.” 


Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.  


Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi S.A.W yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut. Meskipun mata manusia hanya mampu melihat alam benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.  


Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabi’e biasa sebagai pendapat golongan atheis, dan tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebabnya yang zahir sahaja.  


Dia mengambil logik bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan juga kemalangan sama ada di udara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya. Selain itu mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, ta’un dan sebagainya.  


Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang disebut di atas. Jika berlaku kematian di kalangan mereka, lantas mereka bertanya, “Sebab apa si pulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?” 


Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.  


Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan mala petaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.  


Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat. Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah SWT jadikan pelbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya.  Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingat mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.  


Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna. Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. 


Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu.  


Selain itu Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janjiNya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas R.A dalam sebuah hadis Nabi yang panjang.  


Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah, iaitu para rasul S.A.W., para nabi-nabi, para wali-wali dan orang-orang solihin.  Selain itu malaikat maut mengadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.  


Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab-sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam. Sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka.  Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.  


Ketika itu Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat mala petaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.  


Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya.  


Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak, sebagaimana yang dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu.  


Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar. Firman Allah Taala Yang bermaksud: “Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya.” (Surah Al-A’raf: ayat 34)  


Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.  


Sumber: anjunginspirasi

Syaitan Mengecil Seperti Lalat


Suatu ketika seorang sahabat mengekspresikan sakit hatinya dengan memaki syaitan apabila haiwan tunggangan Rasulullah S.A.W tersandung. “Celaka syaitan.”

Rasulullah S.A.W yang kebetulan mendengarnya menasihati, “Jangan berkata ‘celaka syaitan’, kerana jika kamu berkata seperti itu, syaitan menjadi angkuh dan berkata: Dengan kekuatanku akan ku buat dia jatuh. Ketika kau berkata, ‘Bismillah’, syaitan akan menjadi sekecil lalat.” (Hadith Riwayat Ahmad).

Diriwayatkan dari Abu Malih dari seorang lelaki, dia berkata, “Ketika aku dibonceng Nabi S.A.W. tiba-tiba unta beliau tergelincir. Serta-merta aku katakan, “Celakalah syaitan.” Lalu beliau bersabda, “Jangan kamu katakan, ‘celakalah syaitan,’ sebab jika kamu katakan seperti itu maka syaitan akan membesar sebesar rumah dan berkata, ‘Demi kekuatanku,’akan tetapi ucapkanlah ‘Bismillah,’ sebab jika kamu ucapkan lafaz tersebut, syaitan akan mengecil hingga sekecil lalat.” (Shahih, Hadith Riwayat Abu Dawud).


Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A, dari Nabi S.A.W beliau bersabda, “Janganlah kalian mencela syaitan tetapi berlindunglah kepada Allah dari kejahatannya.” (Silsilah Ahadaits ash-Shahihah)

Wallahualam

Wednesday 29 August 2012

Rezeki Kurniaan Allah SWT

rehlah

Kita selalu beranggapan rezeki itu wang ringgit. Pada hal sebenarnya wang ringgit hanyalah secubit daripada limpahan rezeki kurniaan Ilahi buat hambanya. Marilah terangkan pada anak makna sebenar rezeki agar mereka tidak tersalah tanggap tentangnya.

“Mama, kenapa Atuk Man tu masih miskin walaupun dia baik, suka tolong orang, Danish nampak dia rajin sembahyang dan doa minta murah rezeki. Allah tak sayang kat dia ke mama?” tanya Danish, 5 tahun pada ibunya, Fairuz.

“Bukan macam tulah Danish. Rezeki ni luas maknanya. Bukan duit semata-mata. Tak sakit dan rasa tenang pun rezeki,” terang Fairuz.

Sebagai ibu bapa, kita bertanggung jawab memberitahu anak apa yang sebenarnya dimaksudkan tentang rezeki. Setelah faham erti rezeki (yang nyatanya bukan wang semata-mata), barulah mereka mampu mensyukuri segala nikmat yang dititipkan oleh Allah SWT. Sebaiknya, beri contoh yang ada di sekeliling atau yang dekat agar mereka senang faham.

Misalnya tentang wang ringgit yang Allah SWT beri pada orang kaya. Pada zahirnya mereka memang nampak senang dan banyak duit tetapi sebenarnya sama sahaja dengan orang berpendapatan sederhana. Dalam kehidupan seharian, banyak benda yang perlu dibayar. Sama ada orang kaya ataupun berpendapatan sederhana, mereka perlu membayar ansuran kereta, ansuran rumah, bil elektrik, bil air, minyak kereta, bil telefon dan banyak lagi. Cuma yang membezakannya ialah jumlah wang yang dikeluarkan itu untuk membayar itu. Hal ini kerana orang kaya walaupun banyak duit, kena bayar ansuran kereta mewah tetapi orang yang berpendapatan sederhana hanya perlu membayar ansuran kereta buatan tempatan yang jauh lebih murah. Begitu juga dengan bil elektrik, rumah orang kaya biasanya besar, maknanya kuantiti elektrik yang mereka digunakan juga banyak berbanding kos elektrik apartmen ataupun rumah teres setingkat bersaiz sederhana.

Untuk menceritakan konsep sebenar rezeki kepada anak, ada baiknya kita buat perbandingan menggunakan dua keluarga yang sama jumlah ahli keluarga dan pendapatan agar mereka lebih jelas. Contohnya keluarga Ahmad dan keluarga Ali. Masing-masing bekerja di tempat yang sama dengan gaji yang sama, tetapi kenapa keluarga Ahmad nampak lebih ‘senang’ berbanding keluarga Ali.

Di sinilah konsep sebenar rezeki muncul. Ceritakan serba sedikit tentang keluarga Ahmad. Mereka jarang sakit, selalu makan bersama-sama di rumah, membeli hanya barang yang perlu, rajin bercucuk tanam, ikut perintah Allah dan tinggalkan yang dilarang. Manakala keluarga Ali sering tidak sihat kerana En. Ali kuat merokok, kerap berkunjung ke restoran makanan segera, suka membazir dan sering bertelagah serta menyalahkan antara satu sama lain.

Perbezaan kesenangan hidup yang dinikmati oleh kedua buah keluarga inilah yang perlu dilihat dan dikaitkan dengan konsep rezeki. Walaupun wang ringgit yang diperoleh sama tetapi cara dibelanjakan jelas berbeza. Di sini juga letaknya keberkatan duit yang diterima. Banyak atau tidak bukan perkara utama tetapi nilai sebenar yang terkandung dalamnya. Misalnya, RM10 jika digunakan untuk membeli makanan seisi keluarga jauh lebih baik dan berkat daripada digunakan untuk membeli rokok yang bukan sahaja memudaratkan kesihatan malah salah di sisi agama.

Tanya pada anak, antara kedua-dua keluarga ini, mana satu yang menjadi pilihannya? Beritahu anak, Allah SWT menjanjikan rezeki bagi orang Islam melalui amal solehnya. Yang pentingnya mestilah yakin dan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Jangan lupa beritahu juga pada anak, banyak mana pun rezeki yang Allah beri, kita mestilah bersyukur.

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” surah Ibrahim ayat 7. Pun begitu, bersyukur bukan sekadar ucapan Alhamdulillah tetapi dengan perbuatan. Mentaati segala yang diperintah dan meninggalkan yang ditegah.

Istidraj
Istidraj adalah pemberian Allah SWT kepada hambanya atas apa yang diingininya di dunia agar bertambah sesat, bodoh dan durhaka. Setiap hari dia semakin jauh dari Allah SWT. Istidraj merupakan kelebihan atau keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk seperti dikehendaki-Nya. Bagaimanapun anugerah itu bukan disebabkan Allah menyayangi mereka tetapi tanda kebencian Allah. Dengan kata lain, Allah menginginkan mereka menjadi lebih sesat melalui kelebihannya itu dan akhirnya kaum tersebut termasuk ke dalam golongan yang tidak mendapat hidayah-Nya. Daripada Nabi SAW bersabda, mafhumnya: “Apabila kamu melihat Allah memberi seorang hamba apa yang diinginkannya, padahal hamba itu selalu berbuat maksiat, maka sesungguhnya itu adalah istidraj dari Allah untuknya”. (HR. Ahmad dan Thabrani, dalam kitab as-Syu’ab).

Info berguna untuk tambah rezeki :

♦ Luangkan beberapa minit waktu pagi untuk sembahyang Dhuha.
♦ Rajin-rajinlah bersedekah.
♦ Bertaubatlah atas segala kesalahan lalu dan perlu banyak beristighfar.
♦ Ingat Allah SWT sentiasa.
♦ Bertawakallah selepas berusaha bersungguh-sungguh.
♦ Berdakwah dan berjihad ke jalan Allah


Sumber

Tuesday 28 August 2012

Golongan VIP Di Akhirat



Rasulullah S.A.W menjelaskan suatu keadaan yang amat menggerunkan pada hari Kiamat dalam sepotong hadis baginda yang bermaksud ;
“ Didekatkan matahari pada hari Kiamat kepada makhluk sehingga jaraknya satu batu (samada ukuran sekarang atau akhirat), maka ketika itu manusia berada di dalam peluh masing-masing menurut kadar amalan jahat yang dilakukan. Ada di kalangan mereka yang mengharungi peluhnya sekadar buku lali, ada yang sampai ke lutut, ada yang sampai ke pinggang dan ada yang sampai ke mulutnya (sambil baginda menunjukkan isyarat ke mulutnya).” ( Muslim & Tarmizi )

Pada saat ini, manusia mencari-cari tempat berteduh untuk berlindung daripada kepanasan tersebut. Segala harta kekayaan ketika di dunia dahulu sudah tidak dapat berfungsi kecuali yang telah dibelanjakan dengan cara yang diredhai oleh Allah. Walaubagaimanapun ada golongan ‘VIP’ tertentu yang dijanjikan oleh Rasulullah S.A.W untuk mendapat ‘grand stand’ berbumbung pada saat genting itu. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa baginda bersabda yang bermaksud;


“ Tujuh golongan yang Allah akan naungi mereka pada hari yang tiada teduhan melainkan teduhan yang diberikan oleh Allah”.

Mereka ialah :
1) PEMIMPIN YANG ADIL
Golongan ini diletakkan pada senarai yang pertama kerana ia bakal melahirkan ramai lagi calon untuk mengisi enam golongan seterusnya. Di dalam kitab Dalil al-Faalihin, diterangkan bahawa makna adil ialah mematuhi segala perintah Allah dengan meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Pemimpin yang adil akan meletakkan Allah dan Rasulullah S.A.W sebagai rujukan utama di dalam setiap keputusan dan tindakan yang diambil. Golongan ini diketuai oleh Rasulullah S.A.W yang menjadi Perdana Menteri Negara Madinah selama 10 tahun, diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin dan setiap pemimpin yang berusaha mencontohi mereka di dalam kepimpinannya.

2) REMAJA YANG MEMBESAR DALAM KETAATAN
Usia remaja amatlah mencabar. Pelbagai pengaruh menghantui para remaja samada melalui rakan-rakan sebaya, media cetak, elektronik dan lain-lain. Jiwa remaja sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru terutamanya yang kelihatan menyeronokkan seperti mempunyai pasangan kekasih, merokok, merempit, berkaraoke dan pelbagai aktiviti yang ada kalanya menyebabkan kesan yang sangat negatif kepada masa depan mereka sendiri. Walaubagaimanapun di celah-celah keributan gejala sosial ini, masih ada remaja yang menjaga agama mereka. Mereka berkawan, berseronok, dan beraktiviti seperti biasa, namun batasan agama sentiasa dipatuhi. Halal dan haram menjadi pertimbangan terpenting dalam kehidupan sehingga ada kalanya dipandang asing oleh rakan sebaya. Mereka ini yakin dengan janji Rasulullah S.A.W bahawa naugan Allah sedang menanti di akhirat kelak sebagai ganjaran terhadap kekuatan ‘antibodi’ yang menepis segala pujuk rayu maksiat pada usia remajanya.

3) PENCINTA MASJID
Sepanjang sejarah Islam, ada golongan manusia yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Mereka sanggup berkorban apa sahaja yang dimiliki demi menghidupkan fungsi masjid di atas muka bumi ini. Setiap kebaikan yang berlaku di masjid pasti menggembirakannya dan sebarang usaha atau tindakan untuk mengganggu institusi masjid bakal menyentap emosi mereka secara spontan. Golongan ini mempunyai 5 sifat sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Taubah, ayat 16 iaitu keimanan yang kukuh kepada Allah dan hari Akhirat, serta sentiasa mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak pernah gerun di dalam menjalankan tanggungjawab agama, melainkan hanya kepada Allah.

4) DUA INSAN YANG BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
Berkasih sayang adalah soal hati. Ia merupakan suatu perasaan yang tidak boleh dilakonkan atau dibuat-buat oleh seseorang. Setiap insan pasti ada orang yang dikasihinya samada ahli keluarga, sahabat handai ataupun tokoh yang dikagumi. Persoalannya, atas dasar apakah kasih sayang itu dibina ? Sekiranya kerana wajah yang jelita, harta yang melimpah atau kepentingan-kepentingan duniawi yang lain, maka masih belum layak untuk mendapat naungan Allah di akhirat nanti. Perasaan mengasihi kerana Allah lahir apabila melihat seseorang yang sangat bersungguh di dalam mentaati Allah dalam segenap urusan hidupnya. Persahabatan terjalin sehingga menjadikan setiap pertemuan dan perpisahan sesudah itu adalah untuk urusan agama.

5) DIGODA BERZINA
Golongan kelima yang dijanjikan naungan Allah ialah seorang pemuda yang digoda berzina oleh perempuan yang cantik lagi berpangkat, lalu ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’. Nafsu dan keinginan orang muda pastinya sentiasa hangat, tambahan pula digoda oleh perempuan cantik lagi mengiurkan, di samping pangkat yang dimilikinya boleh dimanfaatkan untuk mengelak sebarang hukuman atau tindakan daripada pihak tertentu. Dalam keadaan ‘line clear’ ini, anak muda tersebut masih ada Allah di hatinya lalu dengan tegas membuktikan kegerunannya terhadap murka Allah mengatasi gejolak nafsunya. Ia pasti bersama panji Nabi Yusof A.S di akhirat kelak bersama para bidadari yang disediakan oleh Allah.

6) MENYEMBUNYIKAN SEDEKAH
Ada insan yang sentiasa berurusniaga dengan Allah. Pelaburannya sentiasa dijuruskan untuk mendapat ‘profit’ akhirat yang kekal abadi lalu sentiasa bermujahadah untuk mencapai martabat kemuncak keikhlasan sehingga Rasulullah S.A.W mentamsilkan bersedekah tangan kanan, tangan kiri tidak mengetahui apa yang diberikan. Tidak pernah terdetik di hati untuk mendapat pujian daripada manusia sekeliling sehingga menyebabkan nilai pahalanya begitu tinggi walaupun jumlah sedekahnya kecil pada penilaian manusia. Apatah lagi ketika mereka bersedekah dengan jumlah yang besar di samping hatinya yang sangat suci, pastinya melayakkan mereka di akhirat nanti untuk bersama para hartawan dari kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W.

7) MENGINGATI ALLAH SEHINGGA MENITISKAN AIR MATA
Golongan terakhir ialah insan-insan yang begitu tekun bermuhasabah tentang diri mereka sehingga menitiskan air mata di kala berseorangan. Mereka memikirkan dosa-dosa lampau dan juga betapa banyaknya perintah Allah yang belum tertunai. Si ayah dan ibu memikirkan anak-anaknya yang tidak menunaikan solat dan tidak menutup aurat, si peniaga yang teringatkan tipu helahnya dalam melariskan jualan, si anak mengimbau dosa-dosa terhadap kedua ibu bapanya dan pelbagai situasi lagi yang akhirnya menyebabkan mutiara-mutiara jernih mengalir di pipi, semata-mata kerana Allah.

Monday 27 August 2012

Didik Keluarga Benci Syaitan


rehlah
Syaitan merupakan musuh manusia yang paling utama. Syaitan telah berjanji kepada Allah SWT untuk menyesatkan seluruh umat manusia. Jadi, jomlah kita ajak seluruh ahli keluarga kita agar terus membenci syaitan dan jangan sesekali termakan hasutannya.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa : 117-120 bermaksud, “Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan syaitan yang derhaka yang telah dilaknat oleh Allah, dan yang telah mengatakan: “Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku).” Dan Demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah”. dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata. Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.”

Ketahuilah bahawa syaitan telah berikrar untuk menggoda manusia pada enam tahap. Tahap tertinggi godaannya bertujuan untuk menjadikan manusia kufur, syirik dan memusuhi Allah SWT dan Rasul-Nya. Diikuti pula dengan tahap kedua tertinggi iaitu menjadikan manusia gemar melaksanakan bidaah yang sesat, ketiga, menggalakkan manusia supaya melakukan dosa besar, keempat, menggalakkan manusia berterusan melakukan dosa kecil dan keempat tertinggi ialah menggalakkan manusia supaya melakukan kerja yang tidak mendatangkan apa jua pahala. Tahap paling rendah godaan syaitan ialah tingkah laku syaitan yang kita ikut. Yang paling utama ialah sikap membazir.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah Al-Isra’ : 27) Ketika mandi terutamanya ketika memberus gigi, kita biarkan sahaja air paip terbuka tanpa digunakan kerana kita sedang asyik memberus gigi. Alangkah baiknya jika kita gunakan gayung atau cawan untuk menadah air tersebut bagi mengelakkan pembaziran.

Begitu juga dengan lampu-lampu yang terpasang di rumah. Memang jadi kebiasaan, hampir semua lampu di rumah akan dipasang pada waktu malam. Tidakkah ini membazir namanya? Didiklah seluruh ahli keluarga agar membuka lampu yang diperlukan sahaja. Jika berada di ruang tamu, tutup lampu di bilik lain. Samalah juga halnya dengan peralatan elektrik yang lain. Jika sudah memasang kipas, tutup penyaman udara. Jika mendengar radio, tutup televisyen. Semasa membeli belah pula, beli hanya barangan yang perlu. Kalau ke pasar, beli sekadar untuk kegunaan seisi keluarga bukan beberapa keluarga. Jadi, tunggu apa lagi, jom tinggalkan sifat syaitan.

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sambilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia.

1. Pembaziran ilmu pengetahuan
Ilmu yang tidak diamalkan pada jalan kebaikan.

2. Pembaziran amalan
Amalan yang tidak dilakukan dengan ikhlas.

3. Pembaziran kekayaan
Harta yang dibelanjakan kepada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.

4. Pembaziran hati
Hati tidak kasihkan Allah SWT.

5. Pembaziran tubuh badan
Tubuh yang tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.

6. Pembaziran cinta
Cinta yang dicurahkan kepada selain Allah SWT atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Pembaziran masa
Masa yang tidak diurus dengan sebaiknya.

8. Pembaziran akal
Akal yang tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

9. Pembaziran zikir
Zikir yang tidak memberi kesan kepada hati.

Sumber

Sunday 26 August 2012

Doa Ayah Dan Ibu Buat Anak


pix z
Anak adalah amanah dari Allah SWT. Ibu bapa wajib mendidik amanah tersebut menjadi insan mulia mengikut jalan yang benar dan diredai. Namun lumrah seorang kanak-kanak yang semulajadi memiliki sifat-sifat nakal sepanjang perjalanan tumbesaran mereka kadang kala menguji kesabaran ibu dan ayah.
Jangan cepat melenting menghadapi kerenah anak-anak kerana sebagai seorang Muslim kita sebenarnya mempunyai penyelesaian yang boleh dijadikan amalan seharian. Berdoalah kerana doa itu senjata orang mukmin.
Dalam Islam kita disuruh berdoa untuk memohon apa yang dihajati. Doa juga memainkan peranan penting untuk memohon kesejahteraan dan kebahagiaan diri sendiri dan keluarga. Sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa mendoakan untuk kebaikan anak dan tidak mengatakan yang buruk-buruk kepada anak-anak kerana apa yang lahir dari mulut seorang ibu adalah satu doa.
  •  Doa untuk semua
Setelah semua usaha dilakukan untuk meminta sesuatu, kita diminta berdoa kepada Yang Maha Esa agar dimakbulkan apa yang telah diusahakan. Demikian yang harus kita lakukan sebagai ibu dan ayah kepada zuriat sendiri.
1. Amalkan membaca ‘Ya Latif’ sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.
2. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud:
“Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambaNya: Ia mengurniakan kepada siapa yang dikehendaki. Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah.”
Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
3. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah al- Imran ayat 200 yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”
4. Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang. Kesemua ini adalah doa pelembut hati.
5. Amalkan juga membaca Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani anak mengulangkaji buku-buku dan membaca al-Quran.
6. Bagi ibu-ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik elok amalkan surah al-Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud:
“Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa.”
7. Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
8. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari surah al-Furqan-74 yang bermaksud, “ Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa” dan surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud:
“Wahai Tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami.”
9. Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.
Jadikanlah doa antara teknik berkesan membentuk peribadi anak-anak.
Doa-doa amalan
Antara ayat Al-Quran yang boleh diamalkan:
  1. Saat anak-anak bergaduh - Baca surah al-Baqarah, ayat 102, yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
  2. Anak-anak pandai belajar – Baca surah al-Anbiyaa, ayat 79, yang bermaksud, “Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu, dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.”
  3. Anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran – Baca Surah al-Anbiyaa, ayat 69, yang bermaksud, “Kami berfirman, hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim.”   Sumber: Pa&Ma

Saturday 25 August 2012

Bagaimanakah Syurga Dan Ahlinya - Tanbihul Ghafilin



Abul Laits As-Samarqandi dalam kitab beliau Tanbihul Ghafilin atau Peringatan Bagi Yang Lupa. Menceritakan perihal syurga.
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah R.A. berkata, “Ya Rasullullah, dari apakah dibuat syurga itu?” 

Jawab  Nabi Muhammad S.A.W, “Dari air.” 

Kami bertanya, “Beritakan tentang bangunan syurga.”  

                    Jawab Nabi Muhammad S.A.W, “Satu bata dari emas dan satu bata dari perak, dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan yakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya.” 
                        Kemudian Nabi Muhammad S.A.W. bersabda, “Tiga macam doa yang tidak akan tertolak: Imam (pemimpin, hakim) yang adil, dan orang puasa ketika berbuka dan orang yang teraniaya, maka doanya terangkat di atas awan, dilihat oleh Tuhan lalu berfirman: “Demi kemuliaan dan kesabaranKu, Aku akan bela padamu walau hanya menanti masanya.” 
                       Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah R.A. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya di dalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan di bawah naungannya selama seratus tahun tidak putus naungannya, bacalah: Wa dhillin mamdud (Yang bermaksud) Dan naungan yang memanjang terus. Dan didalam syurga kesenangannya yang tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia. Bacalah kamu: Fala ta'lamu nafsun maa ukh fia lahum min qurrati a'yunin jazza'an bima kanu ya'malun (Yang bermaksud) Maka tidak seorang pun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka dari kesenangan yang memuaskan hari sebagai pembalasan apa yang telah mereka lakukan. Dan tempat pecut di dalam syurga lebih baik dari dunia seisinya. Bacalah ayat: Faman zuhziha aninnari wa udkhillal jannata faqad faza (Yang bermaksud) Maka siapa dijauhkan dari api dan dimasukkan dalam syurga bererti telah untung.” 
                        Ibn Abbas R.A. berkata, “Sesungguhnya di dalam syurga ada bidadari yang dijadikan dari empat macam iaitu misik, ambar, kafur dan za'faran, sedang tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan), dan setelah dijadikan maka semua bidadari asyik kepadanya, andaikan ia berludah dalam laut tentu menjadi tawar airnya, tercantum di lehernya (barangkali seperti kalung atau lokek): Siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku, maka hendaklah taat kepada Tuhanku.” 
                        Mujahid berkata, “Bumi syurga dari perak, dan tanahnya dari misik, dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, sedang daun dan buahnya di bawah itu, maka siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar, dengan duduk juga tidak sukar, dan sambil berbaring juga tidak sukar, kemudian membaca ayat: Wa dzulillat quthufuha tadzlila. (Yang bermaksud) Dan dimudahkan buah-buahnya sehingga semudah-mudahnya. Sehingga dapat dicapai oleh orang yang berdiri maupun yang duduk dan berbaring.” 
                        Abu hurairah R.A. berkata, “Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi Muhammad S.A.W. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu di dunia bertambah tua.”
                        Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shuhaib R.A. berkata, “Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud, “Apabila ahli syurga telah masuk ke syurga dan ahli neraka telah masuk ke neraka, maka ada seruan: Hai ahli syurga, Allah akan menepati janji-Nya kepada kamu. Mereka berkata: “Apakah itu, tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami dan memasukkan kami ke dalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka. Maka Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihatNya, demi Allah yang jiwaku ada ditanganNya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat zat Allah.”
                        Anas Bin Malik R.A. berkata, “Jibril datang kepada Nabi Muhammad S.A.W. membawa cermin putih yang di tengahnya ada titik hitam, maka Nabi Muhammad S.A.W.  bertanya kepada Jibril, “Apakah cermin yang putih ini?”  

Jawabnya, “Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang ada di hari Jumaat, telah dikurniakan untuk mu dan untuk ummat mu, sehingga ummat-ummat yang sebelumnya berada di belakangmu, iaitu Yahudi dan Nashara (kristian) dan saat dihari Jumaat, jika seorang mukmin bertepatan berdoa untuk kebaikan pada saat itu pasti ia akan diterima oleh Allah, atau berlindung kepada Allah dari suatu bahaya, pasti akan dihindarkannya, dan hari Jumaat di kalangan kami (Malaikat) dinamakan Yaumal Mazid (hari tambahan).” 
                        Nabi Muhammad S.A.W. bertanya lagi, “Apakah Yaumal Mazid itu?”  

Jawab Jibril, “Tuhan telah membuat lembah di syurga Jannatul  Firdaus, di sana ada anak bukit dari misik kasturi dan pada tiap-tiap hari Jumaat di sana disediakan mimbar-minbar dari nur (cahaya) yang diduduki oleh para Nabi, dan ada mimbar-mimbar dari emas bertaburan permata yaqut dan zabarjad di duduki para siddiqin, suhada dan solihin, sedang orang-orang ahli ghurof (yang di bilik syurga) berada di belakang mereka di atas bukit kecil itu berkumpul menghadap kepada Tuhan untuk memuja-muji kepada Allah, lalu Allah berfirman, “Mintalah kepadaKu.” Maka semua minta (Kami mohon keredhaanMu) Jawab Allah, “Aku telah redha kepadamu, keridhaan sehingga kamu Aku tempatkan di rumahKu dan Aku muliakan kamu.” Kemudian Allah menampakkan kepada mereka sehingga mereka dapat melihat zatNya, maka tidak ada hari yang mereka suka sebagaimana hari Jumaat kerana mereka merasa bertambahnya kemuliaan dan  kehormatan mereka.
                        Dalam lain riwayat: Allah menyuruh kepada Malaikat, “Berikan makan kepada para waliKu”, maka dihidangkan pelbagai makanan maka terasa pada tiap suap rasa yang lain dari semuanya, bahkan lebih lazat sehingga bila selesai makan, diperintahkan oleh Allah, “Berikan minum kepada hamba-hambaKu.” Maka diberi minum yang dapat dirasakan kelazatannya pada tiap teguk dan ketika telah selesai maka Tuhan berfirman, “Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh minta, nescaya Aku berikan permintaanmu.” Jawab mereka, “Kami minta ridhaMu. kami minta ridhaMu.” dua tiga kali. Dijawab oleh Allah, “Aku ridha kepadamu bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku muliakan kamu dengan penghormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima.” Maka dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat dzat Allah yang Maha Mulia sekehendak Allah, maka segera mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah sehingga Allah menyuruh mereka, “Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat.” Maka di situ mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat dzat Allah yang Maha Mulia. Kemudian mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah Arsy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan di atas kepala mereka, di atas ubun-ubun kuda mereka, maka  apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya terlihat bertambah indah lebih dari semula ketika mereka meninggalkan mereka sehingga isteri-isteri mereka berkata, “Kamu kini lebih elok dari yang biasa.
                        Abul-Laits berkata, “Terbuka hijab, bererti hijab yang menutupi mereka untuk melihat-Nya. Dan erti melihat kepadaNya iaitu melihat kebesaran yang belum pernah terlihat sebelumnya tetapi kebanyakkan ahli ilmu mengertikan: Melihat dzat Allah tanpa perumpamaan.
                        Ikrimah berkata, “Ketangkasan ahli syurga bagaikan orang berumur 33 tahun lelaki dan perempuan sama-sama, sedang tingginya enam puluh hasta, setinggi nabi Adam A.S. muda-mudi yang masih bersih halus tidak berjanggut, bola matanya, memakai tujuh puluh macam perhiasan, yang berubah warnanya tiap-tiap jam, tujuh puluh macam warna, maka dapat melihat mukanya di muka isterinya, demikian pula di dadanya, di betisnya, demikian pula isterinya dapat melihat wajahnya di wajah suaminya, di dada dan di betisnya, mereka tidak berludah dan tidak berhingus, lebih-lebih yang lebih kotor, maka lebih jauh.
                        Dalam lain riwayat, “Andaikan seorang wanita syurga menunjukkan tapak tangannya dari langit nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.”
                        Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya Zaid Bin Arqam R.A. berkata, “Seorang ahlil kitab datang kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan bertanya, “Ya Abal-Qasim, apakah kau nyatakan bahawa orang syurga itu makan dan minum?” 

Jawab Nabi Muhammad S.A.W, “Ya, demi Allah yang jiwa Muhammad ada di tanganNya, seorang ahli syurga diberi kekuatan seratus orang dalam makan, minum dan jimak (bersetubuh).” 

Dia berkata, “Sedang orang yang makan, minum ia lazimnya berhajat, sedang syurga itu bersih tidak ada kekotoran?” 

Jawab Nabi Muhammad S.A.W, “Hajat seseorang itu berupa peluh yang berbau harum bagaikan kasturi.” 
                        Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Mu'tah Bin Sumai mengenai firman Allah S.W.T, “Thuba lahum wa husnu ma ab.” 
                        Thuba ialah pohon pokok di syurga yang dahannya dapat menaungi tiap rumah di syurga, di dalamnya pelbagai macam buah dan dihinggapi burung-burung besar sehingga bila seorang ingin memakan burung dapat memanggilnya dan segera jatuh di atas meja makannya, dan dapat makan sayap yang sebelah berupa dinding (kukus, sup terlebih kurang serupa) dan yang lain berupa panggangan, kemudian bila telah selesai ia terbang kembali.
                        Dari Al'amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah R.A. berkata: Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud, “Rombongan pertama akan masuk syurga dari ummatku bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang amat terang di langit, kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak hingus, sisir rambut mereka dari emas dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan peluh mereka kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam A.S. enam puluh hasta.”
                        Ibn Abbas R.A. berkata, “Nabi Muhammad S.A.W bersabda, “Sesungguhnya ahli syurga itu muda semua, polos, halus, tidak ada rambut kecuali di kepala, alis dan idep (di kelopak mata), sedang janggut, kumis, ketiak dan kemaluan polos tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam A.S. enam puluh hasta, usianya bagaikan Nabi Isa A.S 33 tahun, putih rupanya, hijau pakaiannya, dihidangkan kepada mereka hidangan, maka datang burung dan berkata, “Hai waliyullah, saya telah minum dari sumber salsabil dan makan dari kebun syurga dan buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan yang sebelahnya gorengan, maka dimakan oleh orang itu sekuatnya.”
                        Dan tiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan, tiap perhiasan berbeza warna dengan yang lain, sedang jari-jarinya ada sepuluh cincin, terukir pada yang pertama: Salam alaikum bima shobartum, dan yang kedua: Ud khuluha bisalamin aminin, yang ketiga: Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun, yang keempat: Rufi'at ankumul ahzana wal humum, yang kelima: Albasakum alhuli wal hulal, yang keenam Zawwa jakum ul hurul iin, yang ketujuh: Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun, yang kelapan: Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin, yang kesembilan: Shirtum syababa laa tahromun dan yang kesepuluh: Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran.
Ertinya:
1. Salam alaikum bima shobartum (Selamat sejahtera kamu kerana kesabaran kamu).
2. Ud khuluha bisalamin aminin (Masuklah kesyurga dengan selamat dan aman).

3. Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun (Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu).

4. Rufi'at ankumul ahzana wal humum (Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita). 
5. Albasakum alhuli wal hulal (Kami berimu pakaian dan perhiasan).
6. Zawwa jakum ul hurul iin (Kami kahwinkan kamu dengan bidadari).
7. Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun (Untuk mu dalam syurga segala keinginan dan menyenangkan pandangan matamu).
8. Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin (Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan Siddiqin).
9. hirtum syababa laa tahromun (Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya).
10. Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran (Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya).
                        Abul-Laits berkata, “Siapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah menepati lima perkara ini iaitu:
   1. Menahan dari maksiat kerana firman Allah S.W.T.: “Wa nahannafsa anil hawa fainnal jannat hiyal ma'wa yang bermaksud, “Dan menahan nasfu dari maksiat maka syurga tempatnya.”
   2. Rela dengan pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis: “Harga syurga itu ialah tidak rakus pada dunia.”
   3. Rajin pada tiap taat dan semua amal kebaikan sebab kemungkinan amal itu yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga seperti firman Allah S.W.T.: “Itu syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.”
   4. Cinta pada orang-orang yang soleh dan bergaul dengan mereka sebab mereka diharapkan syafa'atnya sebagaimana dalam hadis: “Perbanyaklah kawan kerana tiap kawan itu ada syafa'atnya pada hari kiamat.”
   5. Memperbanyakkan doa dan minta masuk syurga dan husnul khotimah.
                        Sebagaimana ahli hikmah berkata, “Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidak pernah istirehat di dunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan di dunia, dan cukup dengan kesederhanaan yang ada di dunia.”
                        Ada seorang zahid makan sayur dan garam, lalu ditegur oleh orang, “Kamu cukup dengan itu tanpa roti?”

Jawabnya, “Saya jadikan makanan ini untuk syurga sedang kau jadikan untuk w.c, kau makan segala yang lazat dan akhirnya ke w.c, sedang saya makan sekadar untuk menguatkan taat, semoga saya sampai kesyurga.”
                        Ibrahim Bin Adham ketika masuk ke tempat permandian dilarang oleh penjaganya, “Jangan masuk kecuali jika membayar wangnya.” Maka dia menangis dan berdoa, “Ya Allah, seorang untuk masuk ke rumah syaitan tidak diizinkan tanpa wang, maka bagaimana saya akan masuk ke tempat para Nabi dan Siddiqin tanpa upah?”
                        Tersebut dalam wahyu yang diturunkan pada sebahagian para Nabi itu, “Hai Anak Adam, kau membeli neraka dengan harga mahal dan tidak mau membeli syurga dengan harga murah.” Ertinya: Adakalanya pengeluaran untuk maksiat itu banyak dan ringan, tetapi untuk sedekah kebaikan sedikit dan berat.
                        Abu Hazim berkata, “Andaikata syurga itu tidak dapat dicapai kecuali dengan meninggalkan kesukaannya di dunia, nescaya itu ringan dan sedikit untuk mendapat syurga, dan andaikan neraka itu tidak dapat dihindari kecuali dengan menanggung semua kesukaran-kesukaran dunia, niscaya itu ringan dan sedikit disamping keselamatan di neraka. Padahal kamu dapat masuk dan selamat dari neraka dengan sabar menderita satu peratus dari kesukaran.” 
                        Yahya Bin Mu'adz Arrazi berkata, “Meninggalkan dunia berat tetapi meninggalkan syurga lebih berat, sedang maharnya syurga ialah meninggalkan dunia.” 
                        Anas Bin Malik R.A berkata, “Nabi Muhammad S.AW. bersabda, “Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa, “Ya Allah, masukkan ia ke syurga” dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali maka neraka berdoa: “Ya Allah, hindarkan ia dari neraka.”
                        Semoga Allah S.W.T. menghindarkan kami dari neraka dan memasukkan kami kedalam syurga. Dan andaikan di dalam syurga itu tidak ada apa-apa kecuali bertemu dengan kawan-kawan nescaya itu sudah enak dan baik, maka bagaimana padahal di syurga itu segala kehormatan dan kepuasan itu semua ada.
                        Anas Bin Malik R.A. berkata, “Nabi Muhammad S.A.W. bersabda, “Di dalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika di dunia, dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan si kaya, dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai ke syurga.”
                        Abul-laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah Bin Mas'ud R.A. berkata, “Manusia semua akan berdiri di dekat neraka, kemudian mereka menyeberang di atas sirat (jambatan) di atas neraka, masing-masing menurut amal perbuatannya, ada yang menyeberang bagaikan kilat, ada yang bagaikan angin kencang, ada yang bagaikan kuda yang cepat larinya, dan seperti lari orang, dan ada yang bagaikan terbang burung, dan ada yang seperti unta yang cepat dan yang akhir berjalan di atas kedua ibu jari kakinya, kemudian tersungkur dalam neraka dan sirat itu licin, halus, tipis, tajam semacam pedang, berduri sedang di kanan kirinya Malaikat yang membawa bantolan (seperti cemeti yang bercangkuk-cangkuk) untuk  membantol (menyeret) orang-orang, maka ada yang selamat, ada yang luka-luka tetapi masih selamat dan ada yang langsung tersungkur ke dalam api neraka, sedang para Malaikat itu sama-sama berdoa, “Robbi sallim saliim” (Ya Tuhan, selamatkan, selamatkan) dan ada orang yang berjalan sebagai orang yang terakhir masuk ke syurga, maka ia selamat dari sirat, terbuka baginya pintu syurga dan merasa tidak ada tempat baginya di syurga, sehingga dia berdoa, “Ya Tuhan, tempat saya disini.” Jawab Tuhan, “Kemungkinan jika Aku beri kamu tempat ini lalu minta yang lainnya.” Jawabnya, “Tidak, demi kemuliaanMu.” Maka ditempatkan di situ, kemudian diperlihatkan kepadanya tempat yang lebih baik, sehingga dia merasakan kerendahan tempat yang diberikan kepadanya, lalu ia berkata, “Ya Tuhan, tempatkanlah aku disitu.” Dijawab oleh Tuhan, “Kemungkinan jika Aku beri kamu tempat ini lalu minta yang lainnya.” Jawabnya, “Tidak, demi kemuliaanMu.” Kemudian diperlihatkan kepadanya syurga yang lebih baik, sehingga ia merasa bahawa tempatnya masih rendah, tetapi ia diam tidak berani minta beberapa lama sehingga ditanya, “Apakah kau tidak minta?” Jawabnya: “Saya sudah minta sehingga merasa malu.” Maka firman Allah S.W.T, “Untukmu sebesar dunia sepuluh kali, maka inilah yang terendah tempat disyurga.”
                        Abdullah Bin Mas'ud berkata, “Nabi Muhammad S.A.W. jika menceritakan ini maka tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya.”
                        Dalam hadis: “Di antara wanita-wanita di dunia ini ada yang kecantikannya melebihi dari bidadari kerana amal perbuatannya ketika di dunia.”
Firman Allah S.W.T.: “Inna ansya'nahunna insya'a, fija'alnahunna abkara uruban atraba li ash habil yamin.” Yang bermaksud: “Kami cipta mereka baru dan Kami jadikan mereka tetap gadis yang sangat kasih dan cinta, juga tetap sebaya umurnya, untuk orang-orang ahlil yamin.”