Friday, January 14, 2011

Mari-Mari Cultural Village Sabah::Retreat MTM 2010/2011


Kali ni Lina nak bercerita pasal trip Lina ke Sabah bulan Jun tahun lepas. Oh trip ni merupakan retreat MTM yang baru naik board. Plan untuk ke Sabah ni dibuat dalam jangka masa yang singkat, kesian kat junior-junior MTM waktu tu sebab final year year MTM tak dapat tolong due too internship for 2 month. Masing-masing sibuk mencari sponsor untuk menaja program kami ni. By the way, program ni tetap berjalan dengan lancar dan memuaskan hati kami semua. Good Job!!!

Lawatan ke Mari-mari Cultural Village ni ditaja oleh Sabah Tourism Board (STB) & kami bertolak ke Mari-mari Cultural Village selepas mendengar taklimat dari Tengku Zainal Adlin selaku Pengerusi Sabah Tourism Board di STB. Tengku Zainal nie peramah & ceria orangnya, banyak pengalaman yang beliau kongsi bersama kami. Tengku Zainal menceritakan tentang keindahan dan keunikan negeri Sabah. Seriously Sabah is full with uniqueness, kepelbagaian diversiti spesis haiwan dan tumbuhan yang unik dan tak dapat di negara-negara lain serata dunia. Kalau dah tumbuhan & haiwan dah pelbagai microbes pon mesti pelbagai'n...hahahaha...Tiba2 teringat microbes, best friends budak2 fakulti kami. By the way, Tengku Zainal love travel & now I also love travel. Jauh perjalanan luas pemandangan (^_^)


So, jom baca story pasal Mari-Mati Cultural Village nie.‘ Mari-Mari Cultural Village’ terletak di Inanam yang mana 25 minit dari Kota Kinabalu. ‘Mari-Mari Cultural Village’ merupakan suatu tempat pelancongan yang menarik yang mana menyediakan kemudahan bagi para pelancong untuk mengetahui dan mempelajari tentang etnik-etnik di Sabah antaranya ialah etnik Bajau, Lundayeh, Murut, Rungus dan Dusun.

Kami tiba di ‘Mari-Mari Cultural Village’ pada jam 5.30 petang dan telah disambut oleh kakitangan ‘Mari-Mari Cultural Village’ dengan baik dan mesra sekali. Sebelum memulakan pengembaraan di Mari-Mari Cultural Village, kami telah diberi taklimat oleh pegawai yang akan mengiringi kami sepanjang pengembaraan kami. Setelah taklimat diberi, kami memulakan pengembaraan bagi mempelajari tentang etnik-etnik di Sabah. 

"Hensem lah plak mamat yang bagi taklimat nie,,,hahaha(ketawa gatal)"

Sebelum kami mengexplore Mari-mari Cultural Village ni, kami diingatkan supaya tidak memasukkan tangan di dalam poket dan membuat bising if not kami akan diserang oleh  penduduk di sana. Glurppppppp...telan air liur sekejap. 

Q:Kenapa tangan x boleh masuk dalam poket???
A:Sebab nanti penduduk kat situ akan ingat kita bawa sesuatu yang yang boleh mengancam nyawa mereka. (Okey da mula rasa nak balik semula ke bas, rasa cuak lah plak.)

Kami dibahagikan kepada dua kumpulan besar. Maka bermulalah penjelajahan kami,,,hahaha..eh x boleh ketawa la, nanti orang Murut marah. Silent mode seketika. Tiba-tiba muncul wanita berpakaian hitam bertongkat dan menutup mukanya jalan sekeliling kami sambil membaca mentera. (Dalam hati bermonolog: Ni ke nenek kebayan???),,,,Gurllllpppppp....telan air liur sekali lagi, aku baru nak seluk poket ambil hp tapi x jadi...Dah la waktu da nak masuk maghrib, memang rasa nyawa terancam bila tiba2 beberapa orang lelaki keluar dengan muka yang bengis dan bercakap dalam bahasa yang kami x faham. Tempat apa nie???Gambarannye seperti korang tersesat di dalam hutan yang mana korang ditangkap oleh sekumpulan kanibal yang dahagakan darah manusia...Apa nie???Kecuakkan mengganda,,,huhuhuhuhu

OK FINE!!!!Gimik pembukaan rupanya. Kurang asam betol, lina ingat lina dah berada dalam situasi filem The Hills Have Eyes dah tadi..Memang mantap dan terbaik lah lakonan korang. Kalau masuk Istana Budaya ni memang pecah panggung laa,,,hahahaha

Mula-mula kumpulan kami dibawa ke tempat penyediaan arak beras. Ingat ye kawan-kawan, muslimin & muslimat tak boleh minum. Haram.!!!!Menariknya arak tu dituang dalam cawan yang diperbuat dari buluh, sesuatu yang jarang kita jumpa di zaman moden nie.

Kami nampak gadis-gadis cantik sedang memasak sesuatu. Demostrasi memasak rupanya, dalam kumpulan kami, Dayah, Mentor & Osama volunteer nak try masak. Kami pon sama2 tolong masak ayam dalam buluh, makanan tradisonal orang Murut mungkin. Ok tinggalkan seketika makanan itu untuk dimasak seperti lemang & gadis-gadis cantik akan tolong hidangkan makanan tu at the end of journey. hehehe

Ok, seterusnya ke rumah panjang. First time masuk rumah panjang dan kami disambut oleh beberapa demonstrater yang berpakaian tradisional.Kat sini kami diajar cara-cara menghidupkan api menggunakan buluh. Bukan sembarangan buluh tau. Geseran antara buluh tu akan menghasilkan haba dan bila haba semakin panas maka api dapat dihidupkan ...Haa betul ke???hahaha..Lina pun ingat2 lupa ja,,wink3~~Hmmm kali ni Mentor berjaya hidupkan api, apa lagi memang kecoh la budak sorang nie...Bagilah tepukan sikit'n, bukan senang nak hidupkan api tu'n..hahaha
Kami juga berkesempatan belajar cara-cara menyumpit. Biasanya tengok dalam TV je tapi kali ni real punya. Pastinya lina teruja nak cuba, then finally sasaran x mengena. Cuba lagi tahun depan...hehehe


Lina try minum air pandan yang di masak atas dapur kayu...Sedap gak,,,Khasiatnya lina dah lupa laa,,yang pasti kalo yang susah tido tu ley try minum air ni, maybe membantu untuk korang dpt tidu yang berkualiti..nnt kat rumah lina nak try buat & tengok effectnye ye, (^_^)

Kami join permainan tradisonal mereka tau.Memang riuh rendah dan gamat suasana waktu tu. Main lompat-lompat dalam rumah, seronok sangat tapi lina x join sebab lina x larat nak lompat sebab perut dah lapar. Huhuhu..Tapi lina tetap enjoy tengok kawan-kawan main, happening sangat. Haaa lagi satu kat sini ada demonstrasi buat tatu jugak tau, nasib baik tatu temporary..  Tatu nie unik ukirannya tapi yang ni pun lina x try sebab yang buat tatu tu lelaki.

Kemuncaknya, kami telah dihiburkan pula dengan persembahan tarian tradisional etnik-etnik di Sabah. Tarian-tarian macam nie memang kita jarang jumpa di semenanjung, memang bertuah kami dapat join program macam ni. At the end tu, kami pon menari sekali.Semangat mencuba tu penting ok (^_^) Selain dari kami, ramai juga pelancong-pelancong dari luar yang datang, memang gamat malam tu. Enjoy sangat (^_^)

Setelah itu, kami dijamukan pula dengan jamuan makan malam yang mana kami dihidangkan makanan tradisonal etnik-etnik di Sabah. Tepu gila perut waktu tu, banyak gila kami makan lebih2 lagi makanan free nie. Hehe,,Eh makanan yang kami masak tadi dah dihidangkan, not bad la masakan budak-budak MTM ni. Family MTM Lina nie memang suka memasak, baik girls mahupun boys, masing-masing ada skill memasak. Dah jadi hobi kami di masa lapang sekarang,,,(^_^)
Bagi kami peluang untuk mengembara di ‘Mari-Mari Cultural Village’ amat kami hargai dan pengalaman kami disini tidak dapat kami lupakan dan semestinya akan kami kongsikan bersama rakan-rakan yang lain...Itu janji kami kepada pihak penganjur...Semoga kawan-kawan dapat sedikit sebanyak info tentang masyarakat di negeri Sabah ni ye (^_^)


Oh sebelum tu Lina nak beritahu mamat hensem yang bagi taklimat masa mula2 & speaking English fluently tu rupanya budak lepasan SPM..OMG, adik lagi...Hahaha..X de jodoh la ngan orang Sabah nampaknya T_T   

Thank You Sabah Tourism Board Kerana Sudi Menaja Kami (^_^)

Wednesday, January 12, 2011

::::RajAwALi & Me in MeMoRy::::


Tahukah Anda bahawa burung rajawali adalah burung yang paling panjang usianya?
Seekor burung rajawali bisa mencapai umur hingga 70 tahun. Tapi untuk mencapai umur tersebut adalah sebuah pilihan bagi seekor rajawali, apakah dia ingin hidup sampai 70 tahun atau hanya sampai 40 tahun
Oppsss,,,itu fakta tentang burung Rajawali,,,Apa kaitan Rajawali dgn aku???

Fakta lagi: Nama-nama blok di Kolej Kedua UPM dipilih berdasar'n nama2 burung,,,Burung apa???Burung Rajawali, Raja Udang, Enggang, Merpati & Helang,,,Blok aku kat mana???Hmmm sekarang aku berada di Merpati,,,Hahaha,,,Tiba2 je'n???Keputusan yang berat untuk aku,,,Rajawali sebahagian dari diri aku, blok yg aku tinggal'n di saat akhir semester pengajiaanku
Kenangan Masak Bubur Lambuk Masa 1st Year (^_^)
Again but during my Second Year

Ramai yg tertanya-tanya kenapa aku pindah blok???Ko ingat ko MTM ko boleh wat sesuke hati ke???Takkan sebab x tahan ngn bdk blok kot???Huh,,,,Aku ada sebab aku sendiri & apa yg aku buat aku x nak org pertikaikan,,,Ingat senang ke aku nak wat keputusan macam ni,,,sepanjang semester aku fikir nk wat keputusan ni n sampailah satu masa aku kena padamkan apa yang aku cetuskan,,,Nasib kau la Amalina:::

Moto Rajawali: Born To Be Excellent (^_^)

1st time aku sampai Rajawali aku mmg suka blok ni,,,1st time rasa hidup ada kakak senior yang mulanya agak garang tp sbnrnya sgt2 baik,,,Ake selalu kena tegur ngn deorg sbb x senyum,,,Yela muka aku mmg nmpk sombong,,,Nak senyum tu mmg susah ckt,,,Pergi meeting blok pertama pakai baju kelawar, t'buat hujan buatan (mengamuk senior), guna washing machine b4 Malam Rantaian Kasih & macam2 lg peraturan blok yg aku langgar,,,Teruk gak'n,,,hahaha,,mana ada manusia yg x prnh wat silap, tapi kita perlu belajar dr kesilapan n bukan mengulang kesilapan:::
  
My Ex-Roommate Kak Mina during Konvokesyen Day

Bilik pertama aku di Rajawali R/W 175 & roommate ku Kak Noor Amalina Yahaya,,Sama nama ngn senior bilik (^_^) ,,,Menariknya Kak Mina ni Setiausaha 2 Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej Kedua UPM 2008/2009 & pelajar biotech tahun akhir..Akak ni sangat2 baik dan memahami,,,Aku jenis yang tak banyak cakap sangat tapi aku happy dapat roommate macam Kak Mina,,,Ingat lagi waktu aku kena jadi ketua Ajk Makanan Open Blok, waktu tu mmg aku x diam wat keje sampai nk iron baju pon x sempat, then kak Mina tolong gosok'n baju aku, masa aku demam dia beli'n bubur McD untuk aku & macam2 gak la dia buat untu aku,,,Banyak yang aku belajar dari dia secara langsung dan tidak langsung,,,Thanks Kak Mina (^_^)
R/W 075: My Study Table & Board

R/W 075: My Cupboard

R/W 075: My Bed (Saya Suka Tido)

1st jawatan yg aku dapat : AJK protokol Malam Rantaian Kasih tapi on the event aku ada silat gayong lah plak,,,huhuhu

Big task kt blok: masa kene jadi mama Pizza,,,kene berlatih catwalk, dance MAFI & nyanyian duet sbb dah x de org lain yg nak masuk::sayangnya latihan dah buat tapi.........................biarlah rahsia.....

Mas as Maskot Pizza
Family Pizza
Mama Pizza & Mama Burger
Perasmian Family Day Blok by En Rohaizat
Mama Fries & Mama Pizza


Then masa 2nd year aku dilantik jadi ketua aras oleh Haziqah,,,Bilik aku R/W O63...Mencabar gak sebab dalam masa yang sama aku S/U 1 Sekretariat Kebudayaan Kolej + jadi AJK untuk banyak program kolej,,,Tugas tetap tugas, ada masa aku dapat bagi komitmen & ada masa aku terpaksa serah'n tugas aku kt org lain,,,Bila da jadi ketua aras ni mcm bese la, setiap kali meeting blok mesti aku bangun & tegur budak2 nie,,membebel je akak nie'n,,,,hahaha
Kenangan bersama Di, Ija & Arini
Mas, Diba, Tirah, Lin, Saba & Jira
R/W 072: My Pink View
My room with bedsheet yang tak tegang
Masa tengah rajin masak sendiri


Roommate aku waktu 2nd Year, Fadzlin Mardiyana,,,Ngan lin ni aku mmg banyak cakap,,,hari2 ada je benda yg nak cerita...Dia ni caring orangnya,,Selalu tolong belikan makanan untuk aku & selalu gak belanja aku makan,,pengetahuan aku tentang agama pun bertambah sebab dia banyak buku2 agama & buka laman web agama...Kalau nak minta tolong ngn dia memang senang,  tak kira la tolong apa pun t'masuk la bab2 duit..since roommate ngn dia kerap gak la aku pegi surau,,bila nk exam pergi study kt surau tp sekarang ni da jarang la plak'n pegi surau,,,huhuhu,,,teruknya aku,,,sibuk memanjang,,
My lovely ex-Roommate Lin

Day Yg Comel
Ain yang Cun

Hmmm masa kat Rajawali, Day lah kawan yang paling rapat ngan aku...Sekarang ni jarang2 je dapat jumpe dia coz masing-masing bizi ngn fyp & x de class yg sama ngn dia,,,Day ni sempoi je, kalo ada masalah aku cite kt dia...Ingat lagi last sem aku mmg bizi gler smpai nk photostate notes pon x sempat, malam b4 test paper bioinformatic tu plak aku ada meeting...aku sampai bilik je tengok ada notes terselit bawah pintu,,,rupa2nya Day yang letak notes tu, pe lg m'gelabah la aku study notes tu,,,hahaha,,,thank u Day (^_^)
Hadiah dari kawan-kawan

My Birthday last year mmg aku kena kaw2 ngn budak2 nie,,,Haziqah, Di, Ija, Arini & Day simbah air busuk kat aku (ingredient: telur, bedak, air tin yg dah buka 2,3 ari b4 tu & entah apa lg)...Abes cardigan baru aku, bape kali aku softlan nak kasi hlg bau telur tu,,,hahahaha,,,nakal la korang tapi aku suka, xpernah org nk wat naughty2 kat aku sbb sume ingat aku nie x tahan lasak,,,last2 masing2 kene peluk & share bau busuk tu,,,memori yang takkan dilupakan sampai bila2 & thanks hadiah'n aku snowball,,,sweet sangat,,,ehmmm dan x lupa juga kepada Tasha & Lin yg turut b'komplot kena'n aku + pengarah FESTIK encik parau...hahahahaha...aku rasa tu je sekali aku dapat pegalaman camtu, birthday day tahun lepas aku x sempat celebrate sbb bizi ngn meeting,,,sob3::dan kita semua semakin jauh walaupun duduk satu kolej tapi berlainan blok::macam derhaka je aku rasa bila tinggalkan Rajawali
Sorry Arini, kami x beritahu awal2 pasal kami nak pindah blok tu...nak cakap tapi bila jumpa lupa plak:::
Friends at Rajawali
::12th January: Happy Birthday Haziqah::

To All Rajawalian: I'M SORRY IF I MAKE MISTAKES WITH YOU GUYS:::MAY ALLAH BLESS YOU:::I LOVE RAJAWALIAN SO MUCH:::Kalau ada yang terasa hati ngn aku, aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki,,,halalkan makan minum aku sepanjang kat blok tu,,,

Untuk junior2 second year & first year kat Rajawali:
Actually , akak bangga ngn korang sebab korang banyak bagi komitmen pada blok & kolej & support aktiviti yang MTM buat::Akak2 senior pernah pesan kat akak: "Lina, Jaga dan tengok2'n budak2 blok dengan harapan Rajawalian BORN TO BE EXCELLENT..Pe2 pon akademik perlu diutamakan ye::Peringatan untuk diri sendiri juga(~_^)
Farhah & Roi My Juniors
2 Farhanas & Tasha
Rajawalian kesayanganku

GOOD BYE RAJAWALI 072

:::I LOVE RAJAWALI & RAJAWALIAN:::OUR MEMORIES NEVER SAY GOOD BYE:::