Selasa, 11 Mei 2010

hari Guru 16 Mei dibatalkan


Banyak cikgu-cikgu dan cik gi-cik gi sudah naik angin satu badan dengan kementerian pendidikan yang telah mengeluarkan satu surat pekeliling memaksa mereka menjalankan kerja-kerja mencuci sekolah dan kawasan di-sekitar sekolah dalam satu program "gotong-royong perdana" di sekolah masing-masing pada hari sabtu depan sempena dengan hari guru pada 16 Mei.

Di-khabarkan surat pekeliling itu telah dihantar kepada kira-kira 10,000 buah sekolah dan telah menegaskan agar cikgu-cikgu ini mengambil bahagian dalam kerja-kerja mencuci banggunan dan persekitara sekolah dan kalau boleh mereka dikehendaki mengecat dinding kelas masing-masing jika ada cat-cat yang sudah pudar.

Bengang dan panas hati dengan surat pekeliling itu, ramai cikgu-cikgu ini telah membuat aduan kepada union.

Bila kementerian pendidikan telah mendapat banyak feed-back bantahan, akhirnya mereka mengeluarkan satu lagi surat pekeliling, sekali ini surat pekeliling itu lebih lembut sikit dengan mengatakan yang program "gotong-royong perdana" itu kini boleh dianggap sebagai sukarela, maknanya ... jika suka buat... tak suka tak payah...!

Zaid sedia bertemu sultan

Translate
Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch
INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN
Sabtu, 2010 Mei 08
ZAID SEDIA MENGADAP SULTAN... 3 CALUN BERENTAP DI SIBU

SIBU: Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu 16 Mei ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional(BN), DAP dan Bebas.

Calon BN, Robert Lau Hui Yew dari Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) akan ditentang calon DAP Wong Ho Leng yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Assek dan calon Bebas Narawi Harun.

Senarai calon berkenaan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Wong See Meng, yang juga Pegawai Daerah Sibu di Dewan Suarah di sini pada 11.25 pagi.

See Meng menerima borang pencalonan ketiga-tiga calon berikutan tiada isu dibangkitkan sepanjang tempoh bantahan selama satu jam.

Hui Yew merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonan pada 9.02 pagi diikuti Wong pada 9.03 pagi dan Narawi pada 9.25 pagi.

Ribuan penyokong bagi calon BN dan DAP, termasuk kira-kira 5,000 dari BN, berhimpun di bandar ini sejak awal pagi ini, menyebabkan kesesakan trafik di jalan-jalan yang menuju ke pusat penamaan calon.

Mereka melaungkan slogan parti masing-masing tetapi keadaan adalah terkawal.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengetuai penyokong BN berarak ke pusat penamaan calon sepanjang kira-kira 2 kilometer dari Estet Delta.

Kem DAP pula diketuai Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail manakala Narawi hanya diiringi dua individu - pencadang dan penyokong pencalonannya.

Kawalan keselamatan oleh anggota polis di sekitar pusat penamaan calon dipertingkatkan bagi mengawal lalu lintas dan memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.- BERNAMA


PETALING JAYA: Ketua Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim sedia mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memperjelaskan isu yang mendakwanya menghina baginda melalui laman blog baru-baru ini.

Menurutnya, beliau sedia mengadap Sultan Sharafuddin sekiranya diperkenankan baginda.

“Saya sentiasa taat dan hormat pemimpin tertinggi termasuk Sultan Selangor. Tiada niat untuk menghina sesiapa, saya sekadar membuat tafsiran tentang undang-undang negara.

“Saya juga bukan mahu mencabar sesiapa, tetapi sekadar mahu mendapatkan kesahihan undang-undang itu serta penjelasan mengenainya,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.

Kelmarin Zaid melalui kenyataan terbukanya berkata bahawa titah Sultan Selangor agar masjid tidak boleh digunakan untuk tujuan berpolitik hanya sebagai pandangan peribadi baginda dan bukannya satu arahan.

Kenyataan Zaid itu adalah untuk mempertahankan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang mempertikaikan larangan penggunaan masjid dan surau untuk tujuan berpolitik.

Sementara itu Zaid memberitahu, beliau menulis artikel itu bahawa kuasa Sultan dalam membuat arahan dan perintah tentang hal-hal agama Islam mesti tertakluk kepada persetujuan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Majlis Agama Islam sesebuah negeri.

Jelasnya, keputusan tersebut perlu diwartakan sebelum ia dikuatkuasakan sebagai undang-undang negeri yang sah.

Tambahnya, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib memberitahu dalam surat kepadanya bahawa adalah menjadi kesalahan sekiranya sesiapa mengingkari dan mempertikaikan arahan dan perintah Sultan Selangor merujuk kepada Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

“Saya faham mengenai perkara itu (Seksyen 12 Enakmen), namun sebagai peguam saya tidak bersetuju bahawa kuasa mengeluarkan arahan dan perintah itu adalah kuasa mutlak yang tidak perlu dirujuk kepada DUN.

“Jika kuasa membuat perintah dan arahan dalam hal-hal agama Islam itu boleh dibuat oleh Raja-Raja Melayu, tanpa merujuk DUN dan berkuat kuasa sebagai undang-undang serta-merta tanpa diwartakan, maka ia beerti kita kembali ke zaman khalifah dulu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak bertujuan untuk menghina dan mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu.

Katanya, konsep Raja Perlembagaan itu sebenarnya bermaksud Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa tertentu, namun pelaksanaannya tertakluk kepada peruntukan di dalam Perlembagaan Pesekutuan atau Negeri.

“Saya bersedia bersama MAIS merujuk perkara ini kepada Mahkamah Persekutuan untuk menentukan maksud sebenar peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan peranan DUN dalam hal itu,” katanya.

SIBU: 3 penjuru


SIBU: Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu 16 Mei ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional(BN), DAP dan Bebas.

Calon BN, Robert Lau Hui Yew dari Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) akan ditentang calon DAP Wong Ho Leng yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Assek dan calon Bebas Narawi Harun.

Senarai calon berkenaan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Wong See Meng, yang juga Pegawai Daerah Sibu di Dewan Suarah di sini pada 11.25 pagi.

See Meng menerima borang pencalonan ketiga-tiga calon berikutan tiada isu dibangkitkan sepanjang tempoh bantahan selama satu jam.

Hui Yew merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonan pada 9.02 pagi diikuti Wong pada 9.03 pagi dan Narawi pada 9.25 pagi.

Ribuan penyokong bagi calon BN dan DAP, termasuk kira-kira 5,000 dari BN, berhimpun di bandar ini sejak awal pagi ini, menyebabkan kesesakan trafik di jalan-jalan yang menuju ke pusat penamaan calon.

Mereka melaungkan slogan parti masing-masing tetapi keadaan adalah terkawal.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengetuai penyokong BN berarak ke pusat penamaan calon sepanjang kira-kira 2 kilometer dari Estet Delta.

Kem DAP pula diketuai Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail manakala Narawi hanya diiringi dua individu - pencadang dan penyokong pencalonannya.

Kawalan keselamatan oleh anggota polis di sekitar pusat penamaan calon dipertingkatkan bagi mengawal lalu lintas dan memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.- BERNAMA

Saiful Sahkan Najib Terlibat - Anwar




Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersyukur ekoran Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku bertemu Datuk Seri Najib sebelum membuat laporan polis.

"Hari ini saya bersyukur kerana kita dapat sahkan penglibatan Najib yang diakui Saiful bertemu beliau empat hari sebelum laporan polis dibuat," katanya di luar mahkamah hari ini.

Dalam perbicaraan kes liwat ll Anwar hari ini, Saiful berkata dia berjumpa Perdana Menteri pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib di Jalan Duta untuk mengadu masalahnya.

Saiful juga memberitahu dia kemudiannya berjumpa ASP Rodhwan di Hotel Mulia pada malam 24 Jun.

"Pegawai kanan polis panggil di satu hotel terkemuka untuk adakan perbincangan sebelum laporan dibuat.

"Itu yang Karpal tekankan penglibatan dan konspirasi melibatkan Najib," katanya.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut melahirkan rasa tidak puas hati ekoran kegagalan pihak pendakwa yang begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

"Pertama kali dalam sejarah kes jenayah, nama saksi tidak diberikan, sampai sekarang pendakwa gagal mengemukakan nama saksi.

"Ini seperti mana yang kita sebut satu kelainan. Bila masuk kes Anwar memang ada kelainan," katanya lagi.

Ketika prosiding bermula pagi tadi, peguam bela utama, Karpal Singh, memohon mendapatkan senarai nama saksi daripada pihak pendakwaan tetapi ini tidak dibenarkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Selepas Karpal menyoal Saiful selama 45 minit, beliau membuat satu lagi permohonan iaitu bagi mendapatkan semua keterangan bertulis daripada polis.

Hakim menangguhkan perbicaraan jam 12.30 tengahari tadi dan akan disambung jam 9 pagi esok.

Penangguhan itu dipohon Karpal Singh untuk membuat penghujahan penuh bagi mendapatkan kenyataan beramaran Saiful. - Harakahdaily

Mengapa Hanya Seorang Anggota Polis Sahaja Didakwa




Pakatan rakyat hari ini mempertikai mengapa tiga lagi anggota polis yang terlibat dalam kes Aminulrashid Amzah, remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis 26 April lalu, tidak diheret ke mahkamah.

Lantaran itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mempersoal kegagalan pejabat peguam negara mendakwa tiga anggota berkenaan dan bimbang kegagalan berbuat demikian mungkin sebagai cubaan bagi menutup keseluruhan peristiwa sebenar.

Hanya seorang anggota polis, Koperal Jenain Subi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana menyebabkan kematian Aminulrashid manakala tiga lagi rakannya yang dilapor berada dalam kereta peronda tidak didakwa.


Jenain dituduh mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Aminulrashid pada 26 April antara jam 1.10 pagi hingga 2.00 pagi di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 Shah Alam membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bercakap kepada TV Selangor, Khalid Samad bimbang situasi ini tidak memberi gambaran sebenar kerana semua aspek, dari siasatan hingga pendakwaan dijalankan polis semata-mata sedangkan orang yang kena tuduh adalah anggota polis.

"Yang mendakwa atau yang menyiasat adalah polis dan polis atas dasar siasatan mereka melaporkan bahawa seorang saja yang menembak. Semua bukti-bukti ada di pihak polis dan peguam negara bertindak atas dasar laporan itu, mungkin mereka pun terlibat juga merangka cas-cas dakwaan yang berhubung dengan kes ini," katanya.

Pendakwaan hanya seorang anggota polis ini menimbulkan keraguan kerana ia memberi gambaran tiga lagi rakan tertuduh langsung tidak ada peranan dalam kejadian tragis ini.

"Secara umumnya kita memang tidak puas hati berhubung ketelusan itu tidak ada. Kita difahamkan banyak kelongsong peluru telah dikutip dan kita tak tahu kelongsong peluru itu dari pistol yang satu yang sama. Semua laporan forensik semua ada di pihak polis semata-mata.

"Kita rasa tidak mungkin hanya seorang daripada empat yang terlibat mungkin ada yang lain tetapi atas sebab tertentu untuk hendak menutup jalan cerita yang sebenarnya mungkin hanya satu saja yang dikambing hitamkkan,” katanya.

Rela atau tidak? Keterangan Saiful canggah, kata Karpal

Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kenyataan Saiful Bukhari Azlan, pengadu kes liwat, kepada polis bercanggah dengan tuduhan sebenar dikenakan terhadap ketua pembangkang itu.

Sehubungan itu, peguam utama Anwar, Karpal Singh memohon mahkamah membekalkan pasukan pembela dengan keseluruhan keterangan yang dibuat Saiful kepada polis.

Karpal berhujah bahawa pasukan pembela merasakan adanya ‘percanggahan’ antara keterangan yang diberikan kepada polis dan juga tuduhan sebenar terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu.

Sehubungan itu, perbicaraan kes liwat Anwar ini ditangguh sehingga esok bagi membolehkan Hakim Mahkamah Tinggi di sini Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan mengenai permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan keterangan Saiful.

Peguam bela utama Karpal Singh memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan memerlukan keterangan itu kerana terdapat percanggahan antara keterangan berkenaan dan pertuduhan meliwat yang dikenakan terhadap Anwar.


Karpal berkata bahawa Saiful, dalam keterangan kepada polis, mendakwa kejadian liwat itu berlaku tanpa kerelaan sedangkan pihak pendakwaan mengenakan pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan dengan kerelaan.

Katanya ini adalah kes pertama di negara ini melibatkan percanggahan besar antara pertuduhan dan keterangan saksi kepada polis serta keterangan oleh saksi di mahkamah.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin, yang mengetuai pasukan pendakwaan, menjawab bahawa terpulang kepada Peguam Negara selaku pendakwa untuk menetapkan pertuduhan.

Anwar yang merupakan ketua pembangkang dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa

Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Dalam sesi soal balas semalam Saiful yang mengadu diliwat oleh Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi, laporan polis yang dibuatnya telah menyatakan beliau diperlakukan demikian tanpa kerelaan.

Kemudiannya Saiful diminta oleh Karpal membaca laporan polis yang dibuatnya.

Laporan itu antaranya berbunyi : “Saya Mohd Saiful ingin melaporkan saya diliwat oleh majikan saya. Kejadian ini tanpa kerelaan saya...Oleh itu laporan ini dibuat dengan tujuan untuk mendapat keadilan dan pembelaan atas diri saya bagi tujuan keselamatan jika perkara ini tersebar luas.”