Tuesday 1 November 2011

Biskut Jejari Oat



Assalamualaikum....
Nie antara biskut yang di cuba  masa cuti ari tuu.Masa jalan2 raya  ari tu ramai pula yang menghidang biskut nie dan ramai yang memuji ....Rasanya mmg sedap n sedap n sedap. Resepi nie sya dapat dari rumah Rinchan. Tq kak Rin atas resepi yang sedap ni. Dah 2 kali buat ats permintaan anak yang sangat menyukainye... Minta izin CNP resepinye ye.. Kepada yang belum mencuba bolehlah godek2 tak rugi tau....

BAHAN-BAHAN:

250gm oats
430gm tepung gandum
230gm caster sugar
1 1/2 tbs cocoa powder
200gm minyak sapi
125gm butter
Milk powder - for coating

CARA-CARA:

1. Campurkan oats, caster sugar, cocoa powder, minyak sapi dan butter di dalam mangkuk pengadun.
Gaul dengan spatula kayu atau whisker hingga rata.
2. Ayak tepung. Masukkan tepung ke dalam adunan oats sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga membentuk doh. Tepung tak semestinya diguna semua. Agak-agak sesuai untuk dicanai dan boleh dipotong.
3. Canai setebal 1cm dan potong berbentuk segiempat bujur seperti jejari.
4. Bakar pada suhu 170 darj celcius selama 15min - 20min menggunakan api atas dan bawah. Tak perlu hingga terlebih garing kerana, walaupun masih agak lembut waktu siap dibakar tetapi setelah sejuk ia akan mengeras dan rangup.
5. Sejukkan jejari oats di atas rak dawai dan golek-golekkan di dalam susu tepung hingga tersalut sepenuhnya. Simpan dlm bekas kedap udara.


Selamat mencuba !!!








4 comments:

  1. thanks saya dh cuba resepi ni suami suka mkn raya nnti nk wat lagi thanks!!!!

    ReplyDelete
  2. Blh sya tahu..oat tu pkai oat mcm mna yer..maaf yer..bru nak blajar buat

    ReplyDelete
  3. Dah byk kali cuba, mmg sedap. Alhamdulillah Tkasih Angah Homemade krn berkongsi

    ReplyDelete