Wednesday, December 31, 2008

keRugian meReka yaNg tidAk memBaca Al Quran =(


Dalam hadis Rasulullah s.a.w. baginda ada mnyebut tentang orang yang tidak membaca langsung Al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat2 suci AQ sebagaimana kosong rumah dari penghuni.

Hadis Rasulullah s.a.w. berbunyi :

Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun dari A-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong.

AQ itu adalah semulia-mulia kitab.
Dan lagu yang paling sedap hanyalah AQ.
Ana suke dengar alunan AQ daripada shuraim, saad dan misyari
Ada mse,, dgr arr =)




keleBihan membAca Al Quran =)

Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya.

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi :

Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini.Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.

Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat.Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi :

Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.


Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi :


Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.

paHala memBaca Al Quran ^.^

Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran, tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu dengan yang lain.

Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w :


Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda ;


Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya.Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w :


Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.


Sesiapa yang memelihara sembahyang fardhu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat.


Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat.


Adapun pahala membaca surah-surah banyak diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w antaranya :


Sesiapa yang mambaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.


Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam kebuluran/kepapaan tidak akan menima dirinya.


Selain daripada pahala yang disebut sebelum ini, pahala membaca dalam solat dan pahala membaca dengan berwuduk lebih besar ganjarannya daripada tidak berwuduk.Berpandukan Hadis Rasulullah s.a.w yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut :


1. Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap satu huruf seratus kebajikan.

2. Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh kebajikan.




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

speciAlity 0f Al Quran =)


Al-Quran ialah Kitabullah terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.


Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar.Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.


Di dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran.Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.


Al-Quran menjelaskan juga persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari qiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke syurga atau ke neraka.


Sebelum Al-Quran diturunkan ada banyak kitab suci dan suhuf yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya.Antara yang termasyhur ialah kitab Zabur yang diturunkan kepada nabi Daud a.s, kitab Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa a.s, dan kitab Injil yang diturunkan kepada nabi Isa a.s tetapi tidak syak lagi bahawa Al-Quran adalah kitab yang paling utama dan termulia di sisi Allah S.W.T.


Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang berbunyi :


Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:

Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.

Al-Quran terpelihara dan susunannya tidak berubah-ubah dan tidak boleh dipinda atau dihapuskan.Walaupun banyak usaha dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah dan meminda isi kandungan Al-Quran atau memutar belit ayat-ayat dan surah-surah, setiap kali usaha itu dibuat ia tetap dapat diketahui termasuk juga usaha golongan-golongan kuffar.


Al-Quran adalah satu perlembagaan yang lengkap bagi semua aspek kehidupan, mengandungi semua yang dihajati oleh manusia walaupun sebahagian daripada huraiannya tidak terperinci. Tujuannya Allah menyuruh manusia menggunakan fikiran yang sihat dan sempurna untuk mencari dan mengkaji berpandukan saranan yang diberi oleh Allah S.W.T.


Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman :


Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.
(Surah Al-Maidah: 14 &15)

Firman Allah S.W.T lagi :

Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.
(Surah Al-Baqarah: 2)

Sebuah hadis dari Rasulullah berbunyi :

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan.Rasulullah s.a.w bersabda :


“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik.Aku meminta supaya baginda menambah lagi.Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”


Kita dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungan Al Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja, dengan itu kita mendapat faedah yang besar bukan sahaja pahala dan keredhaan Allah tetapi juga kegunaan lain dalam kehidupan sehari-hari.

Membaca Al Quran dikira sebagai berzikir dan zikir membaca Al Quran lebih afdhal dan utama daripada zikir-zikir yang lain.Oleh itu,membaca Al Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda :

Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim ( ibadat yang bukan wajib).

Membaca Al Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada tiap-tiap orang Islam.

Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis berbunyi :

Sesungguhnya Al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh.

Al Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda :

Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air.Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula.Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”




hassAn aL-bAnna,,let xpl0re !

HASSAN AL BANNA

Hassan al Banna, Pengasas Ihkwan Muslim - Muslim Brotherhood

Hassan al Banna (14 0ktober 1906-12 Februari 1949,Arab :حسن البنا) merupakan reformis sosial dan politik Mesir yang terkenal sebagai PENGASAS GERAKAN JAMIAT AL-IKHWAN AL MUSLIMUN.

Hassan al Banna dilahirkan pada Oktober 19o6 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah).Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.

Bapanya, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna, merupakan seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal, lulusan Universiti Al-Azhar, yang menulis dan menyumbang menulis kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan Islam dan juga memiliki kedai membaiki jam dan menjual gramophone.Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna turut mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Qur'an dan hadis kepada penduduk tempatan, dan dia banyak dipengaruhi oleh fikrah serta cita-cita perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.

Sungguhpun Syeikh Ahmad al-Banna dan isterinya memiliki sedikit harta, mereka bukannya orang yang kaya dan bertungkus lumus untuk mencari nafkah, terutama selepas berpindah ke Kaherah pada 1924 :sebagaimana yang lain, mereka mendapati bahawa pendidikan Islam dan kealiman seseorang tidak lagi dihargai di ibu negara itu, dan hasilkerja tangan mereka tidak mampu menyaingi industri besar-besaran. (Mitchell 1969, 1; Lia 1998, 22-24)

Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi PEMIMPIN BADAN LATIHAN AKHLAK DAN JEMAAH AL-SULUKA AL AKHLAQI yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah.Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. (Mitchell 1969, 2; Lia 25-26).Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.

Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British. (Mitchell 1969, 3; Lia 1998, 26-27)

Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al 'Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampung dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat TERGANGGU DENGAN KESAN KEBARATAN yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional. (Mitchell 1969, 2-4; Lia 1998, 28-30)

Dia turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian. (Mitchell 1969, 5)

Beliau kemudian MENGANGGOTAI PERTUBUHAN JAMA'ATUL MAKRAM AL-AKHLAQ AL-ISLAMIYYAH yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam.Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti MUHIBBUDDIN AL-KHATIB,MUHAMMAD RASHID REDA,FARID WAJDI dan lain-lain.

Di tahun akhirnya di Dar al-'Ulum, dia menulis bahawa dia bercadang menzuhudkan dirinya menjadi "penasihat dan guru" bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat megajar mereka, "MATLAMAT AGAMA DAN SUMBER KEGEMBIRAAN DAN KERIANGAN DALAM KEHIDUPAN".Dia mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma'iliyya, bandar provincial terletak di Zon Terusan Suez. (Mitchell 1969, 6)

Al-Imam Hassan al-Banna kemudiannya MENUBUHKAN GERAKAN IKHWAN MUSLIMIN DI BANDAR ISMAILIYYAH pada Mac 1928.Ketika itu beliau berusia 23 tahun.

Di Ismailiyya, sebagai tambahan kepada kelas siangnya, dia melaksanakan matlamatnya MEMBERI KELAS MALAM BAGI KELUARGA ANAK MURIDNYA.Dia juga BERCERAMAH DI MASJID, malah DI KEDAI KOPI,YANG MASA ITU MASIH BARU DAN DIPERTIKAIKAN NILAI MORALNYA.Pada awalnya, sesetengah pandangannya berkenaan perlaksanaan Islam yang mudah mendorong kepada tentangan hebat dengan elit keagamaan tempatan, dan dia mengamalkan polisi mengelakkan kontrovesi agama. (Mitchell 1969, 7; Lia 1998, 32-35)

Dia sedih dengan tanda-tanda jelas pengawalan ketenteraan dan ekonomi di Isma'iliyya : kem ketenteraan British, kemudahan awam dimiliki oleh kepentingan luar, dan tempat tinggal mewah milik pekerja Syarikat Terusan Suez, bersebelahan dengan rumah haram pekerja Mesir. (Mitchell 1969, 7)

Setelah berkhidmat 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah dengan berkesan dalam masyarakat di bandar itu. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.

Ternyata Hassan al-Banna adalah PEMIMPIN YANG BIJAK MENGATUR ORGANISASI.Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu, memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan.Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas.Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.

Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan.Sungguhpun begitu Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan. Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah DITEMBAK PADA WAKTU ZUHUR 12 FEBRUARI 1949,KETIKA KELUAR DARI BANGUNAN IKHWAN MUSLIMIN.Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.

Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai.Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.

~Sesungguhnya,kita hamba Allah yang lemah di muka bumi haruslah mencontohi para tokoh yang telah banyak berjasa sepanjang berada di alam fana ini..~

salam

h0la !

it was interesting right after reading HASSAN AL BANNA life st0ry !

if u all n0e

he was de 0ne of my id0l :)

i was quite envy 2 ma seni0r c0z they all hav' their 0wn id0l l0l

s0 i decided 0ne

after xpl0re "t0k0h2"

s0 nah,, HASSAN AL BANNA

de ch0sen 1 :)




Tuesday, December 30, 2008

PMR bAtch '08 smiD =))

Assalamualaikum w.b.t.Makluman yang ana dengar dan baca Imtiaz Dungun telah berjaya mendapat N0MB0R 1 antara seluruh sekolah2 agama di Terengganu.Alhamdulillah.Ana tumpang gembira.


KEPUTUSAN PMR '08 :

9A............42 org....64%

8A............14 org....21%

7A............6 org.......9%

6A............2 org.......3%

5A............2 org.......3%


T0TAL.......66 org......100%

27 0RG BANIN...39 ORG BANAT

GPA :1.079



Apabila ana mengkhabarkan berita gembira ini kepada parents ana, betapa diorang memuji keputusan PMR sekolah ini.Waktu tu,ana BANGGA sangat kerana berpeluang berada di sini.Ana tahu yang ana tidak silap memilih sekolah.Sebelum ini, ana hampir memilih untuk masuk ke sekolah agama biasa aje di Kelantan, tapi apabila fikir betul2 apa yang baik untuk ana.Lalu ana memilih sekolah IMTIAZ DUNGUN sebagai tempat umtuk menimba ilmu.


Sesungguhnya ana sangat berharap agar candidates PMR 2009 boleh memperoleh keputusan yang lebih cemerlang.Begitu juga dengan batch ana.Insya Allah.Tahniah diucapkan buat :


~KAK ILIYA (Naqibah ana)
~KAK AIN NAJIHAH (Ahli Naqibah)

~FARAH AISYAH (Prihatin)

~KAK AINUL (Sedaerah..huhu)

~KAK AINUL JAMILAH (Ahli Naqibah)

~KAK SUMAIYAH (Banyak cakap dgn ana)

~KAK IFAH (Suka nachat)

~KAK MARYAM (PKP)

n..2 many 2 mention (xlaratlaa nak tulis sume)


TAHNIAH BUAT SEMUA EX-CANDIDATES IMTIAZ DUNGUN BATCH '08'..




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

gaNjaran 0rang yaNg memBerikan iLmu =)

HADITH :

Nabi s.a.w bersabda : "Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya Allah Taala berfirman kepada Malaikat penulis amalnyA : "Tulislah juga untuknya amal-amal salah yang biasa ia lakukan" kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan baharu - BERSIH, SUCI DARI DOSANYA : dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya."

~ Anas r.a ~


HURAIAN :

i: Setiap manusia hendaklah menerima segala ujian Allah dengan hati yang tabah, sabar dan redha kerana sikap yang demikian akan membawa kebaikan pada dirinya di mana :

a) Jika ia membiasakan dirinya dengan amalan yang baik semasa ia sihat atau senang kemudian tidak dapat melakukannya disebabkan kesakitan atau kemalangan yang menimpanya, maka Allah memerintahkan malaikat amal mencatat amalan yang baik yang tidak dapat dikerjakannya itu.

b) Sekiranya Allah menyembuhkan sakitnya atau menghilangkan bencana yang menimpanya itu maka Allah jadikan ujian-Nya itu sebagai "kaffarah" yang menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu serta dijadikan hidupnya berkeadaan baru, suci dan bersih daripada dosa.

c) Namun sekiranya Allah S.W.T sempurnakan ajalnya dengan kemalangan itu, maka ia akan dikurniakan keampunan dan dilimpahkan rahmat kepadanya.


n0stalgia c0ol s0ng ",




hmmm
i <3 style="COLOR: rgb(204,51,204)">
SWEET n S0UR events
dat lingerin' 0n my minds when dis s0ng played by
actually
i g0t t0 n0e dis s0ng fr0m AKH DANIAL bl0g
syukran t0 him :)
dis s0ng was quite c0ol ~

=)

i'm bl0gging =)


salam

h0la

dis is sec0nd tyme i make bl0gger !

my first bl0g was ruined :(

4 ur in4mati0n,, im n0t expert in bl0ggin'

s0,, s0me1 wh0 are pr0 thr0ugh dis

b0w my b0dy 9o degrees

d0 teach me yaa !!

haha

n als0,, im a lil' bit LAZY t0 update my bl0g

anyway~ i d0 h0pe dat dis bl0g will bring me m0re beneficial laa

i wish t0 put in m0re islamix stuff here

n like alwayz my recent p0sts b0ut ma life !

Insya Allah

i guezz till here n0w

g0tcha sleep

bubuy..=)