Friday, April 10, 2009

t0t0,,makHluk plAnet MARIKH ^_^

Amin merenung ke arah jendela bilik tidurnya.Dia sebenarnya hendak tidur tetapi dia ternampak satu jalur cahaya seperti tahi bintang.Sedang asyik melihatnya, tiba-tiba dia disapa oleh satu suara halus dari arah belakangnya.Dia menoleh ke belakang dan terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Dia melihat satu lembaga yang berpakaian aneh berwarna hijau.Ada banyak butang menghiasi bajunya.Di pinggangnya tersisip kemas sebuah senjata automatik yang cantik buatannya.Dengan beraninya, Amin bertanya kepada lembaga itu yang disangkanya ialah makhluk asing berdasarkan ciri-ciri fizikalnya.

"Siapa kau berani masuk ke dalam bilikku?"Jawab lembaga itu, "Aku Toto, aku datang dari planet Marikh.Aku boleh sampai ke sini kerana kapal angkasaku telah terhempas di sini, di bumi.Sekarang kapal angkasaku sudah dibaiki,"jelas Toto tanpa henti."Jadi kenapa kamu datang ke sini?"tanya Amin.

Toto memberitahu Amin bahawa dia hendak meminjam komputer Amin.Dia mahu menggunakan Internet untuk menghubungi keluarganya di planet Marikh."Bagaimana engkau hendak menghubungi keluarga engkau sedangkan planet Marikh itu jauh?"tanya Amin.

Toto memberitahu Amin yang dia akan memasang radar pada komputer milik Amin.Toto akan menyampaikan mesej dari bilik Amin ke satelit di angkasa lepas.Kemudian dari satelit mesej itu akan dihantar ke komputer kediamannya di Marikh."Bagaimana dapat kau lakukan begitu?"soal Amin.Toto memberitahu bahawa penggunaan komputer di tempatnya lebih maju berbanding di bumi.Dia boleh melakukannya dengan memasang radar pada komputer milik Amin.

Amin mengajak Toto ke bilik komputernya dan memasang komputer itu.Toto memasang radar dan mula menulis mesej yang tidak difahami Amin.Kemudian,Toto menghantar mesej tersebut ke satelit di angkasa lepas.Selepas itu,Toto membuang radar dari komputer dan meletakkannya di dalam poket.Toto mengucapkan terima kasih kepada Amin kerana sudi membantunya dan memberitahu Amin supaya pertemuan itu dirahsiakan...