Hidupkan Cinta Kerna Dalam Jiwamu Ada Cinta


Insan diwujudkan untuk berTuhan
Insan dilahirkan utk berKasih Sayang
Tanpa Tuhan
Manusia tiada akan temui kebahgiaan
Tanpa Kasih Sayang
Alam tiada akan temui kedamaian

Kehidupan tiada boleh bersendirian
Perlu menghormati sesama insan
Walaupun berbeza Posisi dan Taraf
Namun hakikat kita saling memerlukan

Sepinggan nasi yang terhidang
Menyatukan pelbagai golongan
Nelayan,Penternak,Petani dan Peniaga
Semuanya bergerak posisi masing²
Demi memberi keNikmtan sesama insan

Kenapa kita perlu angkuh?
Jika diberi Kekayaan dan Kekuasaan
Adakah si Kaya boleh hidup jika tiada si Miskin?
Adakah Raja boleh berdiri jika tiada rakyat?

Bagaimana kita boleh damai jika tiada Pasukan Keselamatan
Bagaimana Bandar boleh bersih jika tiada Pihak Bandaran
Bagaimana Kehidupan boleh selamat jika tiada Pihak Kesihatan
Bagaimana boleh Pandai jika tiada Pihak Pendidikan.

Semua kita saling memerlukan
Hulurkan tangan untuk Kasih Sayang
pada semua insan sekeliling kita
Agar Kehidupan saling hormat menghormati
Tiada yang mulia disisi kita
Melainkan HATI yang bertakwa pada Allah

-Walid al-Malik-

Published: 2018-02-12 Hit: 4 Laman Asal
hari ini dalam sejarah
arini kami bertiga blaja cara2 nk wat blog..walaupun kami mengantuk ler sgt2 kami tahan la jgk demi ilmu nk wt blog.. .. ..