CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 13, 2008

BISNES UTAMA JKR MALAYSIA
* Perkhidmatan Perunding Teknikal
* Perkhidmatan Perunding Pengurusan.
* Operasi dan Penyelenggaraan


DASAR KUALITI JKR MALAYSIA

JKR komited bagi menghasilkan produk berkualiti dan memenuhi kepuasan pelanggan berasaskan amalan profesionalisme yang terbaik.
FUNGSI JKR MALAYSIA

Perancangan, rekabentuk dan pembinaan projek seperti:
* Jalan
* Bekalan Air
* Bangunan Kerajaan
* Lapangan Terbang
* Pelabuhan dan Jeti

Operasi dan penyelenggaraan jalan, bekalan air dan bangunan kerajaan yang tertentu.Khidmat nasihat teknikal kerajaan diperingkat persekutuan,negeri dan daerah.
PIAGAM PELANGGAN

Kami adalah komited untuk menyedia dan menyelenggarakan infrastruktur dan kemudahan awam bagi memenuhi keperluan pembangunan negara.

Dalam menyediakan keperluan di atas, jabatan ini akan sentiasa menambahbaikkan perkhidmatan profesional yang berkualiti dalam perancangan, rekabentuk, pelaksanaan dan pengurusan dalam segala projek dan program dengan memberi penekanan kepada:-

* Jangka masa secepat mungkin.
* Kos yang ekonomik
* Reka bentuk yang menarik dan kualiti yang terbaik.


Jabatan ini akan sentiasa memastikan infrastruktur dan kemudahan awam yang dipertanggungjawabkan berfungsi sepertimana yang ditetapkan.

Dalam melaksanakan tugas dan fungsi seperti di atas, kami berjanji:-

a) Aktiviti: JalanPelanggan Utama: Agensi Kerajaan, Pengguna Jalanraya
b) Aktiviti: BangunanPelanggan Utama: Agensi Kerajaan, Penghuni bangunan
c) Akitiviti: Lapangan Terbang & PelabuhanPelanggan Utama: Agensi Kerajaan
d) Aktiviti: Lain-lainPelangan Utama: Agensi Kerajaan, Pihak awam




a) Aktiviti : JalanPelanggan Utama: Agensi Kerajaan, Pengguna Jalanraya

Mereka bentuk dan melaksanakan projek pembinaan jalan yang berkualiti mengikut jadual yang ditetapkan.
Dalam memastikan pengguna jalan raya dapat menikmati perjalanan dengan selamat, mudah dan selesa :


* Setiap kerja pembaikan di atas jalan raya akan dilengkapi dengan papan-papan tanda dan alat amaran lain yang secukupnya.
* Tindakan untuk memperbaiki lubang-lubang (potholes) di atas turapan jalan yang merbahayakan lalulintas akan diambil dalam masa tidak melebihi 24 jam setelah aduan diterima / dikenalpasti.
* Sekiranya berlaku keadaan yang mengganggu lalulintas atau keselamatan awam, seperti pokok-pokok tumbang dan tanah runtuh, tindakan yang sewajarnya akan diambil dalam masa tidak melebihi 24 jam setelah aduan diterima / dikenalpasti.
* Setiap penutupan berjadual akan diumumkan melalui media massa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ianya dijalankan.

Ulasan terhadap permohonan pembangunan tepi jalan yang diterima melalui pihak berkuasa tempatan akan dikemukakan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan selepas menerimanya.



b) Aktiviti: BangunanPelanggan Utama: Agensi Kerajaan, Penghuni bangunan

Bagi projek persekutuan yang nilainya kurang daripada RM50 juta dan tertakluk kepada kompleksiti projek, tempoh pelaksanaannya dari tarikh penerimaan brif projek yang lengkap hingga siap adalah secepat mungkin dan tidak melebihi:-


* 20 bulan bagi pelan piawai
* 24 bulan bagi reka bentuk baru


Bagi projek persekutuan yang nilainya melebihi RM50 juta dan tertakluk kepada kompleksiti projek, tempoh pelaksanaannya dari tarikh penerimaan brif projek yang lengkap hingga siap adalah secepat mungkin dan tidak melebihi:-


* 22 bulan bagi pelan piawai
* 36 bulan bagi rekabentuk baru


Tempoh penyempurnaaan kerja-kerja penyelenggaraan adalah :
* Aduan-aduan yang diterima akan disiasat dalam masa 24 jam.
* Tindakan pembaikan kecemasan dalam tempoh 24 jam
* Tindakan pembaikan biasa dalam tempoh 4 minggu.


c) Akitiviti: Lapangan Terbang & PelabuhanPelanggan Utama: Agensi Kerajaan

Bagi projek persekutuan yang nilainya kurang daripada RM50 juta dan tertakluk kepada kompleksiti projek, tempoh pelaksanaannya dari tarikh penerimaan brif projek yang lengkap hingga siap adalah secepat mungkin dan tidak melebihi:-


* 20 bulan bagi pelan piawai
* 24 bulan bagi reka bentuk baru


Bagi projek persekutuan yang nilainya melebihi RM50 juta dan tertakluk kepada kompleksiti projek, tempoh pelaksanaannya dari tarikh penerimaan brif projek yang lengkap hingga siap adalah secepat mungkin dan tidak melebihi:-
* 22 bulan bagi pelan piawai
* 36 bulan bagi rekabentuk baru


d) Aktiviti: Lain-lainPelangan Utama: Agensi Kerajaan, Pihak awam

Tempoh penyempurnaan bagi kerja-kerja mekanikal berikut adalah:-

* Tindakan aduan kerosakan alatan perkhidmatan mekanikal - 24 jam

* Kerja pembaikan besar (major overhaul) kenderaan dan loji berat - 4 bulan
* Kerja pembaikan kecil kenderaan dan loji berat - 1 bulan
* Penggantian chiller - 15 bulan
* Penggantian lif - 15 bulan

Menaik taraf pencegah kebakaran kepada sistem perlindungan jenis sprinkler
15 bulan

Aduan-aduan kerosakan yang menjejaskan bekalan elektrik akan diambil tindakan dalam tempoh berikut :-


* Kerosakan yang biasa - 1 hariKerosakan yang rumit - secepat mungkin dengan syarat ada peruntukan
* Cadangan awal membaik pulih kegagalan cerun, asas, pavemen dan bahan akan diberi dalam tempoh 2 minggu selepas lawatan tapak.
* Syor membaik pulih akan dikeluarkan dalam tempoh 2 hingga 3 bulan selepas lawatan tapak.

0 comments: