Monday, June 22, 2020

Penyertaan Ibadah Korban Bagi Tahun 2020 / 1441 Hijrah



Pihak Jawatankuasa Surau bersetuju untuk menjalankan ibadah Korban pada tahun ini.

Ketetapan adalah seperti berikut :-

°Hari -
» Raya Aidil Adha Ke 2

°Jumlah Korban -
» 3 Ekor Lembu

°Harga Setompok -
» RM 700.00

°Penyertaan -
» 1Rumah 1 Bahagian
» Terbuka Hanya Untuk Penduduk Taman Tengku Maheran Sahaja

°Lokasi Ibadah Korban -
» Kandang Lembu Hj. Nur Muhammad

°Lokasi Pembahagian -
» Surau As Syakirin TTM

°Lain-Lain Makluman -
» Setiap Peserta Dibenarkan Hanya Seorang Berurusan
» Patuhi SOP PKPP Yang Dikeluarkan Oleh Pihak MKN

Sebarang Pertanyaan Dan Yang Ingin Menyertai, Bolehlah Menghubungi En. Nor Azman Bin Abu Bakar (Setiausaha Surau As Syakirin TTM) ditalian 019 4727002

Harap Maklum.








Sunday, June 21, 2020

Norma Baharu SOP Yang Ditetapkan Oleh MKN & JHEAIK - COVID19

Assalamualaikum..

Artikel ini telah dikeluarkan pada Selasa, 16Jun 2020 @ 06:11 PM oleh www.hmetro.com.my

(Simpan sebagai satu catatan sejarah)



KEDAH BENAR SOLAT JUMAAT 60 JEMAAH


KEDAH membenarkan solat Jumaat dihadiri 60 jemaah manakala solat fardu di masjid dihadiri 40 jemaah mulai Jumaat ini.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, perkara itu diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertujuan mengimarahkan masjid ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Bagi solat Jumaat, jemaah mestilah sekurang-kurangnya 40 orang bagi memenuhi syarat wajib Jumaat.


"Laungan azan yang diguna ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini akan dikembalikan kepada lafaz azan asal.

"Bagi pengajian al-Quran dan kuliah pula dibenar dilakukan selepas solat Subuh dan Maghrib, namun tempohnya tidak melebihi 30 minit," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman hari ini.

Syeikh Fadzil berkata, masjid dan surau juga dikehendaki menyediakan ruang solat untuk orang yang bermusafir mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan JHEAIK.

"Kita juga memutuskan membenarkan solat sunat Aidiladha dan ibadat korban, namun jumlah kehadiran peserta pada sesuatu masa tertakluk kepada kesesuaian kawasan dan perlu mengelak elemen sesak, sempit dan sembang dekat (3S).

"Agihan daging korban kepada peserta dan fakir miskin boleh dilaksana mengikut amalan penjarakan sosial, namun sebarang majlis jamuan dan kenduri tidak dibenarkan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud berkata, pihaknya menetapkan hanya jemaah berusia 15 tahun ke atas dibenarkan menunaikan solat jemaah di masjid dan surau.

Katanya, bagi solat Jumaat, hanya Masjid Zahir dibenarkan jemaah maksimum seramai 80 orang, manakala masjid lain 60 orang.

"Bagi solat fardu, hanya 40 jemaah dibenarkan dalam satu-satu masa di masjid, manakala di surau 20 orang saja.

"Jemaah perlu mendaftar dengan jawatankuasa masjid dan surau sebelum waktu solat bagi mengelak kesesakan dan mereka mesti bergilir ke masjid bagi mengelak perasaan tidak puas hati.


"JHEAIK dan polis akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan jemaah mematuhi SOP ditetapkan," katanya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di atas kebenaran inilah, pihak ahli jawatankuasa Surau As Syakirin Taman Tengku Maheran telah mengambil langkah-langkah bagi memenuhi SOP Yang telah ditetapkan oleh Pihak Majlis Keselamatan Negara Dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. 

SOP SOLAT BERJEMAAH DI SURAU AS SYAKIRIN TAMAN TENGKU MAHERAN Jitra KEDAH ADALAH - 

Yang disediakan oleh surau
1. Hand Sanitizer
2. Buku Catatan
3. Thermometer
4. Hark Saf Antara Jemaah
5. Pintu Masuk
6. Pintu Keluar
7. Penghawa Dingin Dilarang
8. Ruang Pengudaraan Yang Cukup

Yang Perlu Dipatuhi Oleh Para Jemaah
1. Pakai Mask (Penutup Hidung) 
2. Membaa Sejadah Sendiri
3. Bewuduk Di Rumah
4. Carat Nama Pada Buku Kehadiran 
5. Periksa Suhu Badan
6. Sanitasi Tangan
7. Warga Asing Dilarang
8. Warga Emas Berumur 70 keatas dilarang
9. Kanak-Kanak Dilarang
10. Orang Yang Bergejala / Kurang Sihat Dilarang



Berikut adalah photo-photo bagi memenuhi SOP yang ditetapkan :


Kerja-kerja bagi penjarakan jemaah sedang dilakukan

Jarak 1Meter

Biaq luruih.. tarik elok elok

Tanda arah masuk dan keluar


Us. Lan serang melihat para AJK sedang bertungkus lumus bagi memenuhi SOP yang ditetapkan

Alhamdulillah.. Kembali berjemaah walaupun hanya 20 jemaah sahaja dibenarkan


Di pintu masuk.. Pemeriksaan suhu badan dan daftar memastikan ke surau