20 March 2012

.. KitA lEbiH pErlu KePadA keBAikAn iTU ..

Tidak mudah untuk melakukan kebaikan.Kadang-kadang yang melakukan kebaikan pun akan diuji.Bila sentiasa melakukan kebaikan,kadang-kadang,terlintas di hati kita ...

"Oh,aku dah qiam pg tadi.Bagus juga aku ni.Diaorang tu dhla tak buat lgsung,subuh pn lambat.."
"aku dh puasa sunat hari Khamis hari tu.Cukuplah."
"Aku buat begini,begini dan begitu,terpaksa pula berdepan dgn sush payah,tetapi mereka itu,dahla tak buat apa yang aku buat,lepas itu tak perlu bersusah payah macam aku."



KITA AKAN RASA MARAH,TAK PUAS HATI BILA MELIHAT ORANG LAIN BERSENANG-LENANG TIDAK MELALUI KESUSAHAN YANG SAMA.

Bila kita bandingkan kebaikan yang kita buat dengan org lain,kita akan rasa marah dan geram bila melihat kita bersusah payah untuk buat kebaikan itu sedangkan orang lain pula tidak bersusah payah macam kita.Bila kita bandingkan kita bandingkan betapa susah payahnya kita buat sesuatu kebaikan ,kemudian kita tengok orang lain pula ambil mudah saja dengan kebaikan tersebut. Kalau mereka rasa nak buat,buat. Rasa tak mahu,tinggalkan.Ya,memang kita akan rasa marah dan geram pun. Kita berpenat lelah,berusaha mengubah diri dgn bersungguh-sungguh dari kurg baik menjadi yang lebih baik,tetapi orang lain yg sudh lebih baik darikita tetapi tidak bersunggguh-sungguh melakukan kebaikan seperti kita. Kita susah payah bangun malam utk Qiamullail,org lain buat lebih kurg saja.Kadang-kadang subuh pun sengaja tak terjaga.



URM..BERHENTI DULU.. MARI KITA TENGOK DIRI KITA ..
mari kita berhenti sekejap melihat apa yg org lain tidak buat.
BOLEH JADI KITA INI MEMERLUKAN KEBAIKAN ITU LEBIH DARI MEREKA
kadg-kadg ada baiknya perkara ini jadi kepada kita. Kita susah payah melakukan kebaikan,sedangkan org lain ambil mudah sahaja dengan kebaikan itu. Bila fikir-fikir semula,ada bagusnya.Ada kemungkinan kita ini,dosa lebih banyak daripada mereka itu.Mungkin kebaikan mereka tidaklah sebanyak kita ataupun mungkin mereka taklah baik sangat.Tetapi,sekurang-kurangnya dgn apa yg mereka tahu dan mampu,masih berusaha jaga diri mereka.Pandanglah diri kita lebih dari orang lain. Boleh jd dgn sebab banyaknya dosa dan kesilapan pada hati kita,maka kita lebih perlu kpd kebaikan yg kita lakukn itu berbanding org yg kita bandingkan itu.
Biar org lain tidak buatpun kebaikan itu sepertimana kita buat.Tetapi,kita tetap teruskan seperti biasa.Kerana hakikat sebenar,kita mungkin lebih memerlukan kebaikan itu utk membersihkan jiwa kita drpd dosa-dosa yg banyak berbnding org lain.
SEBAB ITU,JANGANLAH TERTIPU DENGAN KEBAIKAN YG KITA PERNAH LAKUKAN..
ada org rasa cukup dan rasa puas dgn sedikit kebaikan yg telah dilakukannya. Ada org melihat,bila dia telah melakukan kebaikan ,maka itu sudah cukup.Org lain tak baik,tak ada masalah baginnya.ada org pula,bila dirinya siuk dengan kebaikan itu,dan bila dia perhatikan org di sekitarnya tidak sibuk dengan kebaikan juga,maka dia menyalahkan org-org itu pula yg tidak meyibukkan diri sama seperti dia.

JOM HAYATI KISAH INI..


... Ada seorang abid telah beribadah selama hampir 500 tahun lamanya.Setelah tiba masa perhitungan di depan Allah,Beliau minta kepada Allah "ya Allah,aku tak mahu masuk syurga dengan rahmat-Mu,tetapi aku mahu masuk syurga dengan amal ibadahku." Cukuplah Allah mengambil sebiji matanya untuk ditimbang dengan amalannya selama 500 tahun,dan ternyata sebiji matanya lebih berat timbangannya daripada amalnya yg selama hampir 500 tahun.Baru sebiji mata,itupun sudah tidak mampu dibayar dengan harga amalan selama 500 tahun.Maka,ketika itu si abid pun berkata ",aku ingin masuk syurga dengan rahmat-Mu..


MAKA,YANG KITA PERLU ADALAH MENGHITUNG DOSA,BUKAN SIBUK MENGHITUNG BANYAKNYA PAHALA..


Kita hidup tidak sampai 100 tahun,lalu bahagian nikmat Allah yang mana mampu kita bayar?..
Dan jangalah sangka,org lain yg masih bergelumang dgn dosa mereka hari ini,memang pasti akan masuk neraka.Boleh jadi mereka yg hari ini,tidak hidup dengan cinta terhadap kebaikan,kalau hari esok mereka berubah,mereka mungkin lebih baik daripada kita.Ataupun boleh jadi juga,kita yang hari ini hidup dalam kebaikan,suka buat baik,tiba-tiba esok kita berubah menjadi lebih teruk dari mereka.


Maka,apakah yang masih menjadikan kita tidak puas hati, geram bila orang lain tidak melakukan sama seperti apa yang kita lakukan? Bila kita sibuk memikirkan betapa banyaknya dosa kita,dan betapa sikitnya kebaikan kita dibandingkan dengan dosa yang dilakukan,makat tidak ada ruang  utk kita sibuk dgn perasaan tidak puas hati kita terhadap kebaikan yang tidak dilakukan oleh orang lain.Bila kita memikirkan masih banyak dosa yang belum dibersihkan,maka tidak ada kebencian terhadap manusia yang tidak melakukan kebaikan seperti apa yang kita lakukan.


Teruskan lah dengan kebaikan yg kita lakukan .Jangan rasa lelah bila melihat orang lain tidak melakukannya.Kerana Allah sentiasa ada memerhati kita..


18 March 2012

.. 17 mAc/ 12:43 am..

Oh hati,bersabarlah..
Mungkin sekarang kau luka..


Cinta ILAHI lebih murni dari yang lain..
Segala pergantungan hanyalah padaNYA..

Biar DIA menentukan yang terbaik buatmu..



Luka DUNIA hnyalah smentara..
Kebahgiaan AKHIRAT kekal abadi..



Kuatkan dirimu wahai HATI..


#mencintaimu hanya dengan doa..









10 March 2012

.. istiMeWa nYa waNIta ..


Dalam sesebuah rumah tangga, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita iaitu sebagai isteri dan ibu. Seorang isteri sentiasa mendampingi suaminya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Ibu pula terbabit secara langsung dalam memberi pendidikan kepada anak-anak serta menjaga hal ehwal rumah tangga dengan bantuan suami. Firman Allah:

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 58)


Islam membenarkan wanita keluar bekerja berdasarkan kepada keperluan seperti ketika ketiadaan suami, ketidakupayaan suami atau bekerja dalam jawatan yang memerlukan khidmat wanita seperti doktor, tenaga pengajar kepada kaum wanita serta bidang lain yang bersesuaian. Bagaimanapun menurut Islam, keharusan wanita untuk keluar bekerja mestilah mengikut batas syarak iaitu:

Kerja itu mesti bersesuaian dengan sifat kewanitaan.
  • Kerja itu tidak menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu.
  • Bertujuan murni sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain.
  • Sentiasa memelihara kehendak syarak seperti menutup aurat.
  • Sentiasa menjaga tata susila dan terhindar daripada berlakunya pergaulan bebas dengan lelaki.
  • Mendapat restu daripada penjaga, bapa atau suami.
  • Mengelak daripada melakukan perkara yang boleh membawa fitnah sama ada dari segi tindakan, cara berpakaian atau mengenakan perhiasan.
  • Apa yang pasti dengan keluarnya wanita bekerja tidak akan mengubah atau mengabaikan tanggungjawabnya utama sebagai serikandi dan bidadari dalam rumah tangga.



Bagi wanita yang bekerjaya walaupun penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak.

1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

#sumber My ibrah