Sajak Kata kata hashim Yaacob Maksud Sajak
Rangkap Maksud 1 Apabila dihina, janganlah kita berdiam diri. Kita seharusnya mempertahankan diri dengan membalas balik kata-kata tersebut. 2 Jika kita ditengking atau dicerca, kita janganlah berdiam diri. Sebaliknya kita perlu mempertahankan diri. 3 Martabat dan kedaulatan negara kita harus dipertahankan dengan kebijaksanaan. Kita berpidato atau berhujah dengan spontan. 4 Negara kita mencapai kemerdekaan bukan melalui kekerasan, sebaliknya kerana kepintaran kata-kata di meja rundingan. 5 Penyajak menyeru semua anak muda supaya bijak berkata-kata jika mereka inginkan kehidupan mereka terbela.
Tema
Kebolehan berkomunikasi secara lisan amat penting dalam kehidupan. Dengan kebijaksanaan berkomunikasi, seseorang itu dapat mempertahankan diri daripada dihina oleh orang lain.
Persoalan
i.       Kepentingan bijak berbahasa untuk mematahkan hujah lawan. Kemahiran berhujah membolehkan seseorang mematahkan hujah lawan dengan mudah.
ii.    Kepentingan menggunakan bahasa dengan baik. Kesantunan bahasa dapat membentuk jati diri bangsa dan menjulang nama negara.
iii.      Bahasa merupakan imej sesebuah bangsa dan negara. Kebijaksanaan berbahasa membolehkan kita memartabatkan bahasa dan mendaulatkan negara.
iv.   Kemerdekaan yang diperoleh menerusi rundingan. Sejarah membuktikan negara kita merdeka menerusi rundingan bukannya melalui peperangan.

Bentuk
i.         Separuh terikat.
ii.       Terdapat lima rangkap.
iii.      Baris-baris ayat dan rima akhir.
·         Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa. ·         Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa. ·         ; Rangkap 3 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa. ·         Rangkap 4 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya aa. ·         Rangkap 5 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya aaa.

Gaya Bahasa
i.         Sinkope Contoh  :  tak.
ii.       Anafora Contoh :  kita merdeka.
iii.      Bahasa istana  Contoh  :  anakanda.
iv.     Asonansi – pengulangan vokal ‘a’ Contoh  :  Pertahankanlah maruah kita.
v.       Aliterasi – pengulangan konsonan ‘t’ Contoh  :  Janganlah kita diam tak terkata.
vi.     Epifora Contoh  :  kita.

Nilai

i.            Nilai kebijaksanaan Bijak dalam berkata-kata dan berhujah.
ii.          Nilai rasional Sentiasa sedar jika ingin kehidupan lebih terbela, kita harus pandai berkata-kata.
iii.         Nilai tanggungjawab Bertanggungjawab mempertahankan diri apabila dicerca.
iv.        Nilai keberanian Berani mempertahankan diri dengan membalas kata-kata pihak lawan.

Pengajaran
i.            Kita hendaklah bijak berkata-kata dan berhujah.
ii.          Kita perlulah berani mempertahankan diri dengan membalas kata-kata pihak lawan.
iii.         Kita mestilah mempertahankan maruah diri kita apabila dihina.
iv.        Kita mestilah memelihara martabat bangsa dan kedaulatan negara kita.
(Sumber daripada BPK)




Published: 2014-02-05 Hit: 46 Laman Asal
myJodoh.net
Sah Kata Sah tak Sah Kata Tak Sah kalau Dah Sah Perbetulkan niat Merek
Nikah koboi di asramaOleh Murni Wan Omar, Amir Abd Hamid dan Yusliza Yakimir Abd Talibam@hmetro.com.my2010/02/19KUALA LUMPUR: Ghairah mahu menikmati hidup ber .. ..
Alfatihah takziah allah Lebih Menyayanginya kekadang Hadiah Dan Membel
Anak temui ajal depan rumahOleh Abdullah Wahab abwahab@hmetro.com.my DITENANGKAN...Mohd Faisal menenangkan isterinya yang kematian anak sulung mereka selepas ter .. ..
Dunia Akhir Zaman benarlah Kata Hadis Rasullullah Saw banyaknya Pembun
Pesara, pensyarah ditemui mati Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my Anggota polis mengusung mayat dua beranak ayah dan anak yang dipercayai .. ..
Memang Berbeza Amalan2 Ahli Syurga Dengan Amalan2 Ahli Neraka ingat Sa
MEMANG BERBEZA AMALAN2 AHLI SYURGA DENGAN AMALAN2 AHLI NERAKA....INGAT SAYA KATA TOK GURU 'MALANGLAH TUAN ALLAH DAH PILIH TUAN BUAT AMALAN2 AHLI NERAKA' Elok MTRK intai ketua .. ..
Jom Terjemah Kata Hikmah Bahasa Arab
Assalamualaikum,, hai kawan2... Tahukah anda bahawa bahasa Arab juga mempunyai kata-kata hikmah yang menarik serta mendalam maksudnya ???? Jadi petang ni,,  cuba antum .. ..