Karangan Bahagian B
Karangan Cemerlang

Kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan. Itulah yang telah saya alami sewaktu saya dan keluarga saya pergi bercuti ke Pulau Langkawi pada cuti sekolah tempoh hari. Suasana yang berlainan daripada tradisi masyarakat setempat yang tentu sahaja berbeza daripada tradisi masyarakat di tempat saya menambahkan keterujaan saya untuk terus meneroka pulau yang penuh bersejarah ini.
Kami bertolak ke Pulau Langkawi dengan menaiki pesawat Air Asia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas. Penerbangan ini hanya memakan masa selama 25 minit. Sekitar pukul 11.00 pagi, kami akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Pulau Langkawi. Perasaan gembira bercampur teruja jelas sekali menguasai diri saya dan tanpa melengahkan lagi masa saya dan kakak saya segera bergambar bersama-sama.Setelah selesai bergambar, kami telah dijemput oleh pemandu pelancong tempat yang akan kami menginap. Kalau diikutkan sahaja gerak hati ini, ingin sahaja saya terus menjelajahi Pulau Mahsuri ini namun, atas menghormati permintaan ibu yang meminta agar kami berehat sahaja dahulu di hotel terpaksa saya turuti.
Destinasi pertama yang menjadi pilihan kami sekeluarga setelah merehatkan diri sebentar di hotel sudah tentu Pantai Chenang yang merupakan destinasi yang paling popular di Pulau Langkawi ini. Keindahan Pantai Chenang ini ternyata susah untuk diungkapkan melalui kata-kata. Saya,ibu dan kakak tidak melepaskan peluang untuk bergambar di sini. Orang yang paling gembira akan kunjungan kami ke pantai ini tentu sahaja adik lelaki tunggal saya, Adnan. Dia berasa sangat seronok mandi-manda di sini bersama dengan ayah saya.Selepas penat mandi-manda di pantai, kami memutuskan untuk terus pulang ke hotel bagi menikmati makan malam.
Keesokan paginya, kami telah dibawa oleh pemandu pelancong kami iaitu Pak Cik Rashid mengelilingi pulau ini. Kami sekeluarga juga telah dibawa untuk mengunjungi tempat-tempat menarik  dan bersejarah di pulau ini.Antara tempat yang telah kami lawati ialah Underwater World, Beras Terbakar, Telaga Tujuh, Gunung Mat Cincang, kilang minyak gamat,Tasik Dayang Buting dan akhir sekali destinasi wajib dilawati apabila berada di pulau ini iaitu Makam Mahsuri. Selepas penat mengunjungi tempat-tempat ini, kami telah dibawa oleh beliau untuk menjamu selera.
Pada hari terakhir di sini, kami sekeluarga telah berkunjung ke salah satu pusat beli-belah terletak di Pekan Kuah yang dikenali di seluruh negara. Kami telah menghabiskan masa dengan membeli pelbagai jenis cenderahati seperti coklat, minyak gamat dan pelbagai jenis pinggan  untuk ahli keluarga yang tidak dapat menyertai lawatan ini.

Sesungguhnya, semua kenangan dan pengalaman indah yang telah saya alami sewaktu berkunjung ke sini akan menjadi suatu memorabilia yang akan selalu terpahat di kotak minda saya ini.
Published: 2014-04-14 Hit: 57 Laman Asal
Cerpen Cinta Naim Si Budak Sekolah Agama Bahagian 1
Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama Persekutuan.Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan Siqahnya(Kepercayaan orang terhadapnya) tin .. ..
Daripada Erbakan Kepada Erdogan Bahagian 1
#fullpost{display:inline;} Turki merupakan sebuah negara yang meninggalkan kesan mendalam terhadap sejarah dunia khasnya pada era moden. Ditinjau dari lensa sejarah Isla .. ..
Majlis Berbuka Puasa Bersama Y a b Menteri Besar Negeri Sembilan
Parish Mosque LukutBreaking Fast with the Chief Minister of Negeri Sembilanon 15 Ramadhan 1431H / 2010M August 25 at 630 pm at Masjid Qariah Lukut .. ..
Biografi Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al banjari Al makki b
Berikutan beberapa siri Kuliah Pengajian Kitab oleh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah al-Banjari al-Makki di Malaysia seperti yang dimaklumkan di dalam blog sebelum ini, berikut dipaparkan .. ..
Tenaga Bahagian 9
Tenaga: Nota (Qi)Nota: QiSIFAT tubuh manusia yang berupaya menyerap haba memang sedia diketahui umum. Karekter haba yang sebenarnya tenaga juga memang sedia diketahui umum. Ia kerana .. ..