karangan,tatabahasa,komsas,panduan mengarang,sastera,peribahasa,surat kiriman,cereka,pengalaman,format pt3/spm,bahan bantu mengajar
Sabtu, 20 Jun 2020
Selasa, 23 Julai 2019
Pemakanan sihat amat penting dalam
kehidupan seseorang pada hari ini bagi mencegah pelbagai jenis penyakit. Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan
amalan pemakanan sihat kepada diri seseorang.
Jelaskan pendapat anda.
Pemakanan
sihat ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan
seseorang manusia. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan
menjaga kesihatan. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada amalan pemakanan sihat
ini.
Kepentingan
pemakanan sihat yang utama ialah sikap ini menjadikan tumbesaran manusia itu
lebih sempurna daripada aspek fizikal. Hal ini kerana tubuh badan menerima
semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat dan
seimbang fizikalnya. Dengan itu, secara tidak langsung akan menjadikan
seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan
sempurna.
Selain itu, pemakanan
sihat memberikan vitamin yang cukup kepada badan seseorang itu. Sebagai contoh,
makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin
yang cukup untuk menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi
sebarang jangkitan penyakit.Oleh itu, manusia yang mengamalkan pemakanan sihat
akan mempunyai kesihatan yang lebih baik
berbanding yang tidak mengamalkannya.
Akhir sekali,
pemakanan sihat turut dikatakan turut mampu mengawal kadar obesiti seseorang. Hal
ini kerana mengamalkan pemakanan sihat menjadikan tubuh seseorang itu tidak
terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama
aktiviti senaman yang akan menyihatkan badan mereka. Oleh itu, obesiti mampu
diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam kehidupan mereka.
Kesimpulannya,
kita perlu mengamalkan pemakanan sihat kerana semua manfaatnya yang telah dibincangkan
tadi. Bukan sahaja individu tetapi seluruh anggota masyarakat perlu mengamalkan
pemakanan sihat ini. Jika masyarakat tidak mahu berubah sudah pasti jumlah
pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah dan ketika itu mungkin
sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya bak kata
pepatah“Tepuk dada tanya selera”.
Selasa, 2 Oktober 2018
Baru-baru
ini anda telah menyertai Perkhemahan Perdana Unit Beruniform.
Ceritakan
pengalaman anda sepanjang menyertai perkhemahan tersebut.
Pada minggu yang
lepas,saya telah berpeluang mewakili pasukan Kadet Bomba untuk menyertai satu
perkhemahan perdana unit beruniform. Pasukan unit beruniform yang terlibat
ialah pasukan Pengakap, Kadet Bomba, Kadet Polis, Kadet JPJ dan Bulan Sabit Merah. Perkhemahan itu
diadakan di padang sekolah dan dijalankan selama tiga hari dua malam.
Pada petang Jumaat itu, kami semua berkumpul
di padang sekolah.Kami mendengar
taklimat daripada Komandan
Kem iaitu Cikgu Sahabudin.Selepas itu,
kami diagihkan mengikut pasukan uniform masing-masing.Kami kemudian dibekalkan
dengan khemah dan diarahkan untuk memasang khemah masing-masing sebelum malam
menjelang tiba. Pada sebelah malamnya, kami diarahkan bergotong-royong
menyediakan juadah untuk dimakan.
Pada awal pagi kami sudah bangun. Kami diarahkan solat
Subuh secara berjemaah bagi yang beragama Islam. Selepas itu, kami melakukan
senam robik yang diketuai oleh Cikgu Suhaili.Selepas bersarapan kami diarahkan
mengemaskan khemah masing-masing.Pada pagi itu diadakan pemeriksaan khemah paling cantik dan kemas.Khemah pasukan Kadet
Polis telah diumumkan sebagai pemenang.
Selepas itu,satu pertandingan
memasak telah diadakan.Semua bahan telah disediakan oleh guru-guru penasihat
.Kami diminta memasak nasi,lauk-pauk dan menggoreng ikan dengan menggunakan
kayu sebagai bahan bakar.Pemenang dikira berdasarkan keenakan dan susun atur
serta hiasan.Kali ini kumpulan saya telah muncul sebagai johan.
Selepas makan malam,persembahan
malam kebudayaan diadakan.Setiap persembahan mengikut unit uniform
masing-masing.Antara persembahan adalah seperti nyanyian,tarian,lakonan dan
sebagainya.Kali ini kumpulan pengakap menjadi johan dengan persembahan boria
yang menarik.
Keesokan harinya,kami
bergotong-royong membersihkan kawasan tapak perkhemahan dan mengambil gambar
sebagai kenang-kenangan.Penyampaian hadiah dan sijil turut diadakan kepada para
pemenang. Perkhemahan berakhir kira-kira pukul 12.00 tengah hari. Selepas
itu,saya dan rakan-rakan pulang dengan perasaan yang gembira. Saya
berharap dapat menyertai lagi perkhemahan seperti ini pada masa akan datang.
Khamis, 30 Ogos 2018
Hampir setiap sekolah di negara ini
mempunyai koperasi. Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh apabila menjadi
ahli koperasi sekolah.
Sejak
beberapa dekad belakangan ini memang kita dapat menyaksikan peranan penting koperasi
kepada warga sekolah. Koperasi merupakan perniagaan yang dibangunkan oleh pihak
sekolah yang terdiri daripada guru dan murid. Oleh itu, faedah yang mewarnai
fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
Umum
mengetahui bahawa koperasi memberi faedah kepada warga sekolah kerana koperasi
membantu memudahkan murid memperoleh barangan keperluan sekolah. Hal ini kerana
terdapat pelbagai barang kelengkapan sekolah yang dijual di situ dengan harga
yang lebih murah daripada pasaran.Dengan ini, secara tidak langsung pelajar
tidak akan membuang masa dan tidak akan membazir wang.
Selain
itu, kita dapat menyaksikan betapa banyak kebaikan dapat diperoleh melalui
penubuhan koperasi seperti pengalaman baru untuk murid dalam perniagaan. Hal
ini kerana secara tidak langsung, penglibatan murid dalam koperasi adalah
merupakan proses pembelajaran di luar bilik darjah. Tamsilnya, perkara yang
dipelajari di dalam kelas seperti subjek Prinsip Akaun dan Matematik dapat
dipraktikkan ketika murid-murid mencari pengalaman berniaga daripada
penglibatan mereka dalam koperasi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah
dari rebungnya.
Dalam
pada itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa penubuhan koperasi
membawa semangat muhibah dalam kalangan guru dan murid yang pelbagai
kaum. Hal ini kerana hubungan ukhuwah murid-murid memudahkan guru-guru dalam
menguruskan koperasi kerana jika tiada kesepakatan, pengurusan koperasi tidak
akan akan berjalan dengan lancar. Natijahnya,
hubungan silaturahim antara guru dan murid juga terjalin dengan baiknya.
Kerjasama mereka dalam pengurusan koperasi diibaratkan seperti aur dengan
tebing.
Konklusinya, penubuhan koperasi oleh pihak sekolah yang telah
lama berkembang di Malaysia seperti cendawan tumbuh selepas hujan memberi
banyak faedah kepada warga sekolah. Dengan demikian, semua warga sekolah
perlulah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kebaikan yang diperoleh akan
berterusan serta menambah baik tadbir urus koperasi kepada tahap yang lebih
tinggi. Sekiranya semua pihak bekerjasama, nescaya impak positif penubuhan
koperasi akan berkekalan dalam jangka masa yang lama.
Pada musim cuti
sekolah lawatan sambal belajar merupakan aktiviti luar bilik yang paling
popular di sekolah-sekolah di seluruh negara.Bincangkan faedah yang diperoleh
para pelajar sekiranya menyertai
aktiviti ini
Kelab dan persatuan di sekolah
sering menganjurkan lawatan sambil belajar apabila tiba musim cuti persekolahan
atau selepas musim peperiksaan berakhir. Lawatan ini biasanya dianjurkan ke
tempat-tempat bersejarah, tempat-tempat menarik dan ke pusat-pusat pameran.
Pelbagai faedah yang dapat diperoleh para pelajar sekiranya menyertai aktiviti
ini.
Antara kepentingan menyertai
lawatan sambil belajar ialah para pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Sebagai contoh, jika mereka melawat ke Muzium Negara, mereka akan memperoleh
banyak maklumat tentang sejarah negara.Dengan ini, mereka dapat menggunakan
pengetahuan tersebut dalam mata pelajaran Geografi dan Sejarah di dalam bilik
darjah.
Selain itu, mereka dapat
memanfaatkan masa lapang dengan dengan aktiviti yang berfaedah seperti menyertai
lawatan ini. Tamsilnya, jika mereka
tidak mengikuti lawatan, mereka mungkin akan menghabiskan masa dengan hanya menonton
televisyen atau bermain permainan video sahaja. Hal ini sudah pasti akan
menyebabkan masa yang berharga itu sia-sia begitu sahaja.
Seterusnya, mereka akan dapat
mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan guru-guru dan rakan-rakan sekolah .
Tamsilannya, ketika mengikuti lawatan, mereka akan berkomunikasi dan
bekerjasama dengan peserta lawatan yang lain. Hal ini sudah pasti akan
mewujudkan hubungan yang lebih mesra dalam kalangan rakan mereka yang berlainan
kelas.
Dalam pada itu, mengikuti lawatan
sambil belajar juga dapat menenangkan fikiran mereka setelah penat belajar
menghadapi peperiksaan. Hal ini kerana keadaan persekitaran yang nyaman dan
tenang boleh memberikan kerehatan serta kesegaran minda kepada mereka. Sebagai
contoh, tempat menarik seperti Cameron Highlands mempunyai cuaca yang sejuk dan
suasana yang boleh mendamaikan para pengunjung yang mengujunginya.
Kesimpulannya, mengikuti lawatan
sambil belajar merupakan aktiviti yang amat berfaedah. Oleh itu, jika ada
kesempatan para pelajar janganlah melepaskan peluang untuk mengikuti lawatan
sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Dengan itu, mereka akan
mengetahui tempat-tempat yang menarik yang terdapat di negara ini. Sesuai
dengan kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan.
Ahad, 20 Mei 2018
Langkah-Langkah Mengatasi Gejala Sosial dalam Kalangan Remaja
Pada era globalisasi ini, gejala sosial dalam kalangan remaja
begitu membimbangkan dan berleluasa. Secara umumnya, gejala sosial ini
dikaitkan dengan perlakuan negatif yang dilakukan oleh remaja kebelakangan ini.
Oleh itu, inisiatif segera perlu diambil oleh pihak-pihak berkenaan
untuk mengekang kemelut ini daripada terus menular.
Pada hemat saya, peranan diri sendiri merupakan peranan utama bagi
mengatasi gejala sosial ini. Hal ini demikian kerana apa-apa yang dilakukan
oleh seseorang remaja itu adalah berdasarkan kehendak dan kemahuan diri
sendiri. Oleh itu, sekiranya diri sendiri tidak mahu melakukan perkara yang
menyalahi norma kehidupan, maka mereka tidak akan melakukannya.
Selain itu, peranan ibu bapa juga penting dalam mengekang masalah
gejala sosial ini.Hal ini kerana sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa
mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak. Sebagai contoh, ibu
bapa perlulah mendidik dan mengajar mereka dengan didikan agama yang
syumul kepada anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini bersesuaian dengan
pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Seterusnya, tidak dapat disangkal lagi bahawa media massa juga
menyemai benih- benih salah laku dalam kalangan remaja justeru saluran media
massa seperti televisyen, filem dan majalah perlu mendidik remaja agar tidak
terlibat dengan kemelut kebejatan moral. Tamsilannya, siaran yang memaparkan
remaja yang berjaya mesti sering dipaparkan di media massa sebagai motivasi
untuk diteladani. Dengan itu, media massa berupaya untuk mengurangkan masalah
keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja hingga ke peringkat
akar umbinya.
Konklusinya, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan bagi
mengatasi gejala sosial dalam kalangan remaja ini. Selain peranan ibu bapa dan
media massa, masyarakat sekitar juga tidak boleh lepas tangan bagi
menyelesaikan masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja ini. Sekiranya, masyarakat
menegur tindakan golongan remaja ini sudah pasti gejala ini dapat dibendung
agar tidak menjadi semakin parah.
Khamis, 3 Mei 2018
Ahad, 29 April 2018
Khamis, 8 Jun 2017
Kanak-kanak Hilang
Jadual
di atas menunjukkan stasistik kes kanak-kanak hilang sejak tahun 2011 sehingga
bulan November 2015. Jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan selama lima tahun
adalah sebanyak 9751 kes. Manakala negeri yang tertinggi jumlah kes kehilangan
kanak-kanak ialah negeri Johor iaitu sebanyak 1727 kes. Kehilangan kanak-kanak
ini mungkin disebabkan beberapa faktor. Antaranya adalah disebabkan penculikan
oleh pihak sindiket. Kanak-kanak ini diculik untuk dijadikan peminta sedekah di tempat-tempat
tertentu. Terdapat juga kanak-kanak yang hilang ini telah dirogol dan dibunuh oleh
penjenayah tersebut. Mayat mereka kemudiannya dibuang di kawasan-kawasan yang
sukar ditemui oleh orang ramai. Kesimpulannya, ibu bapa mestilah sentiasa
mengawasi pergerakan anak-anak mereka terutamanya di kawasan-kawasan yang
berisiko untuk diculik.
105 patah
perkataan
Isnin, 5 Jun 2017
Bersukan banyak memberikan kebaikan kepada seseorang. Huraikan faedah-faedah seseorang itumelibatkan diri dalam bidang sukan.
Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh
daripada tubuh badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa
melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak
faedah yang kita peroleh.
Salah satu daripada faedah bersukan adalah dapat menyihatkan
tubuh badan kita. Hal ini kerana apabila kita bersukan badan kita akan
mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Oleh itu,
badan kita akan menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar
di dalam kelas.
Seterusnya, melalui bersukan, kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim
dan menambah kenalan tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Tamsilnya,
ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu-individu
yang berada di kawasan itu. Justeru, hal ini akan mengeratkan hubungan dan
perpaduan antara kaum disesuatu kawasan tempat tinggal, bak kata pepatah bagai
aur dengan tebing.
Selain itu, bersukan juga merupakan
aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat.Hal ini kerana sesi
latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.
Dengan ini, kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat
menghidarkan diri kita daripada terjebak dalam pelbagai gejala sosial yang
tidak diingini.
Di samping itu, dengan bersukan juga
kita dapat mengharumkan nama sekolah.Hal ini demikian kerana sekiranya kita
berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah,
negeri mahupun negara.Sebagai contoh, sekiranya kita berjaya memenangi
mana-mana kejohanan sukan, maka kita secara tidak langsung berjaya mengharumkan
nama sekolah kita.
Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif
bersukan. Justeru, kita perlulah bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk bersukan.
Dengan itu, akan lahirlah masyarakat yang cerdas dan cergas pada masa akan
datang.
Ahad, 26 Februari 2017
Cara untuk Menunjukkan Kasih Sayang Terhadap Ibu Bapa
Ibu bapa merupakan insan yang banyak berjasa kepada kita.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu telah melahirkan kita manakala bapa
pula sentiasa bersusah payah mencari rezeki untuk menampung segala keperluan
kita. Oleh itu, sebagai anak, kita haruslah mentaati ibu bapa dan menunjukkan
kasih sayang kita kepada ibu bapa dengan cara-cara yang tertentu.
Pada pandangan saya, cara yang paling penting
untuk kita mentaati ibu bapa ialah mencurahkan kasih sayang kita kepada ibu
bapa sebagaimana ibu kita pernah menumpahkan kasih sayang dan menatang kita
bagai minyak yang penuh. Sebagai contoh, kita bolehlah berbual-bual dengan ibu
bapa, menghiburkan hati mereka dan membawa mereka melancong ke luar negara. Dengan
berbuat demikian, kedua-dua ibu bapa akan berasa gembira dan tidak berasa
diabaikan oleh anak-anak.
Selain itu, kita haruslah memberi wang atau hadiah kepada ibu
bapa sebagai tanda penghargaan dan tanda penghormatan. Hal ini kerana wang yang
diberi boleh meringankan beban ibu bapa yang telah uzur dan tidak larat untuk
bekerja. Tamsilannya, anak-anak yang sudah bekerja boleh memperuntukkan
sebahagian daripada gaji mereka setiap bulan untuk diberikan kepada ibu bapa
mereka.
Dalam pada itu,seseorang anak juga perlu sentiasa mentaati
dan mendengar kata dan arahan ibu bapa. Hal ini kerana sebagai insan yang lebih
banyak makan garam, pastinya mereka telah mengharungi pelbagai cabaran yang
belum kita tempohi. Dengan menunaikan setiap permintaan mereka tentu sekali
dapat menggembirakan hati dan menyenangkan perasaan mereka.
Di samping itu, belajar bersungguh-sungguh dan gigih menuntut
ilmu juga satu usaha untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada ibu bapa.
Sebagai contoh, setiap anak perlu memastikan mereka mencapai prestasi yang
terbaik dalam pelajaran..Amalan seperti ini boleh meningkatkan kasih sayang
mereka kepada kita.
Konklusinya, berbagai-bagai tindakan boleh dilakukan untuk
menghargai jasa ibu bapa. Sesungguhnya,
seseorang anak bertanggungjawab untuk menjaga ibu bapa selagi nyawa mereka
dikandung badan. Hal ini bukan sahaja untuk membalas jasa mereka tetapi juga
agar mereka berasa bangga terhadap usaha yang dilakukan untuk membesarkan
anak-anak.
300 patah perkataan
Ahad, 12 Februari 2017
Kata Majmuk
15 kata majmuk yang telah mantap
1. Antarabangsa
2. Beritahu
3. Bumiputera
4. Jawatankuasa
5. Kakitangan
6. Olahraga
7. Kerjasama
8. Matahari
9. Setiausaha
10. Sukarela
11. Suruhanjaya
12. Tandatangan
13. Warganegara
14. Pesuruhjaya
15 tanggungjawab
1. Antarabangsa
2. Beritahu
3. Bumiputera
4. Jawatankuasa
5. Kakitangan
6. Olahraga
7. Kerjasama
8. Matahari
9. Setiausaha
10. Sukarela
11. Suruhanjaya
12. Tandatangan
13. Warganegara
14. Pesuruhjaya
15 tanggungjawab
Ahad, 5 Februari 2017
Saban hari berita tentang kemalangan jalan raya menghiasi dada-dada akhbar di negara
kita. Justeru, pendekatan yang efektif perlu dilaksanakan bagi memastikan masalah ini dapat diatasi.Mempunyai
lesen yang sah merupakan syarat utama
sebelum seseorang itu dibenarkan memandu sebarang jenis kenderaan di atas jalan
raya. Hal ini kerana mereka yang tiada lesen memandu tidak akan memahami undang-undang jalan raya.
Selain itu, ibu bapa juga perlulah melarang
anak-anak mereka yang tiada lesen memandu daripada menunggang motosikal.Hal ini demikian kerana kes kemalangan yang melibatkan remaja yang tiada lesen
memandu amat tinggi jumlahnya.Seterusnya, orang ramai juga perlulah bersikap
bertimbang rasa semasa menggunakan
jalan raya.Tamsilnya, terdapat sesetengah daripada mereka memotong kenderaan lain di kawasan yang tidak dibenarkan.Konklusinya
pelbagai prakarsa boleh diambil bagi membendung
peningkatan kadar kemalangan jalan raya di negara kita ini.
100 patah perkataan
Kitar Semula
Kitar semula ialah suatu proses menggunakan semula
bahan-bahan yang dibuang dalam bentuk lain. Antara faedah mengamalkan kaedah
kitar semula ialah alam sekitar akan terpelihara. Hal ini kerana kerana sampah
sarap tadi akan diproses kembali dan tidak dibiarkan mereput yang boleh
menyebabkan pencemaran.Melalui kitar semula juga kerajaan dapat menjimatkan
wang . Hal ini demkian kerana sampah sarap tersebut tidak perlu dilupuskan dan
ini akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan.Selain itu, kitar semula juga dapat
menjana pendapatan. Hal ini kerana
tin-tin dan kertas-kertas lama boleh dijual semula kepada pusat-pusat kitar
semula sekali gus menjana pendapatan kita.Konklusinya,
kitar semula adalah suatu program yang sangat bermanfaat.
100 patah
perkataan
Langgan:
Catatan (Atom)