Friday, August 3, 2012

tanda2 kiamat yg hampir lengkap



1. Bila manusia mulai membunuh (meninggalkan) solat.

2. Bila sifat amanah telah lenyap.

3. Bila berdusta dihalalkan.

4. Bila manusia memakan riba.

5. Bila amalan rasuah bermaharajalela.

6. Bila bangunan-bangunan tinggi pencakar langit muncul.

7. Bila manusia memperturutkan hawa-nafsu.

8. Bila manusia menjual agamanya untuk membeli dunia.

9. Bila menumpahkan darah dianggap perkara ringan.

10. Bila perilaku lemah-lembut dianggap sebagai sebuah kehinaan.

11. Bila kezaliman menjadi suatu kebanggaan.

12. Bila para pemimpin dan pembesar merupakan orang paling buruk.

13. Dan bila para pembantu dan orang-orang kepercayaan pemimpin merupakan orang-orang fasiq.

14. Bila para cendekiawannya merupakan orang-orang fasiq.

15. Bila kezaliman bermaharajalela.

16. Bila thalaq (perceraian) banyak terjadi.

17. Bila muncul fenomena kematian mendadak.

18. Bila mushaf Al-Qur’an dicetak dengan hiasan yang indah-indah.

19. Bila masjid dibangunkan untuk bermegah-megah.

20. Bila mimbar-mimbar masjid dibuat tinggi.

21. Bila hati manusia menjadi kesat.

22. Bila banyak perjanjian dan transaksi dilanggar.

23. Bila peralatan muzik banyak dibunyikan.

24. Bila khamar (arak) banyak diminum.

25. Bila zina bermaharajalela.

26. Bila pengkhianat diberi kepercayaan, dijadikan pemimpin.

27. Bila orang yang amanah dianggap pengkhianat.

28. Bila isteri terlibat dalam perniagaan suami kerana cintakan dunia.

29. Bila salam hanya diucapkan kepada orang yang dikenali.

30. Bila pasar-pasar (mall, plaza, hypermarket) muncul berdekatan.

31. Bila manusia mengenakan baju domba sebagai penutup hati serigala.

32. Bila hati manusia lebih busuk daripada bangkai.

No comments:

Post a Comment