Tuesday, August 7, 2012

wanita miliki janggut terpanjang...


 


Vivian Wheeler adalah seorang perempuan yang unik kerana dia memiliki janggut dan misai yang cukup panjang sehingga dinobatkan dalam Guinness Book of Records sebagai perempuan dengan janggut terpanjang di dunia mencapai 11 inchi atau 27,94 cm.

Vivian dilahirkan sebagai hermaphrodite atau memiliki 2 jenis kelamin, namun ketika masih kecil ibunya meminta doktor untuk membuang alat kelamin lelakinya kerana ibunya menginginkan anak perempuan.

Vivian tinggal di Bakersfield, California kini ini berusia 62 tahun dan pernah bekerja di sarkis. Vivian dilahirkan dengan memiliki keadaan hypertrichosis atau dikenali dengan sindrom serigala dimana bulu-bulu atau rambut tumbuh secara berlebihan di wajah.

Ayahnya menghantar Vivian bekerja dibidang pertunjukkan sarkis ketika berusia 5 tahun – dengan gaji 1,000 sebulan yang dikirim kepada kedua orang tuanya di kampung. Vivian kini memiliki seorang anak lelaki bernama Richard Lorenc, 33 tahun.

P/s: Tak sangka ada juga kes macam ni ye, tapi muka dia nampak macam lelaki...



Bersama anaknya

No comments:

Post a Comment