Bismillahirrahmanirrahim..
Subhanallah..
Maha Suci Allah yang
menciptakan pelangi di kaki langit. Maha Suci Allah yang menciptakan juga mata
supaya kita dapat menikmati keindahannya - merah, kuning, hijau, biru… Namun
seribu kali sayang, warna-warna di kanvas alam itu tidak kekal lama. Setelah
beberapa ketika ia pasti akan hilang.
Begitulah pelangi, dan
begitulah juga segala apa yang kita miliki semasa hidup di dunia ini, sampai
masanya ia akan hilang. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Anak Adam berkata:
Hartaku… hartaku… sedangkan tidaklah ada bagimu daripada hartamu kecuali apa
yang kamu makan, lalu ia habis, atau apa yang kamu pakai, lalu ia lusuh, atau
apa yang kamu sedekahlah, lalu ia berlalu daripadamu.”
Islam tidak pernah
menolak dunia, malah agama suci ini menjadikan dunia sebagai jambatan menuju
akhirat, dunia adalah alat untuk meraih kejayaan di sana. Dengan ertikata lain,
syurga boleh dibeli dengan dunia. Namun, tidak ramai yang berpandangan begitu.
Kebanyakan manusia berlumba-lumba mengumpul harta, anak pinak, pengikut dan
seumpamanya bukan untuk mendapatkan akhirat.
Justeru, ketika
menikmati keindahan pelangi, berimanlah juga kepada Pelukis-nya yang Maha
Agung, kerana pelangi itu pasti hilang, tetapi Allah hidup dan tidak akan mati…
No comments:
Post a Comment