setiap yang berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya...

Saturday 4 February 2012

anTARa sahABAt & KEkasIH....whiCH one U CHoose...




Jikalau diberi pilihan kepada anda di antara sahabat dan kekasih, mana satukah yang anda pilih? Tidak kira senang, susah dan dalam apa jua keadaan. Ada yang berpendapat sahabat lebih penting, ada juga sebaliknya. Maklumlah, setiap perkara yang dipilih pasti ada sebabnya.
Bagi saya, sahabat juga penting di dalam apa jua keadaan. Tidak kira susah atau senang, tetapi mencari sahabat di waktu susah. Memang agak sukar untuk dijumpai sekarang, waktu senang memang senanglah. Tak payah cari pun dah ada yang beratur nak jadi sahabat kita. Jika anda tidak setuju, sila nyatakan mengapa di ruangan komen ya.

Bila susah, memang sukar mencari rakan untuk membantu. Nak cari sahabat yang benar-benar memahami lagilah susah, tambahan pula bila kita mempunyai masalah dan memerlukan pertolongan.
Waktu inilah seorang kekasih amat diperlukan bagi saya, seorang yang memahami kita. Tidak kira senang atau susah, walaupun orang selalu cakap, “Bila ada pakwe/makwe, lupa kawan-kawan.” Ternyata mereka bukan seorang sahabat yang benar-benar memahami kita.

Sebenarnya bagi saya, antara sahabat dan kekasih dua-dua sama penting dalam kehidupan kita. Cuma masa yang membezakan kepentingan mereka, ada masa kita bersama sahabat dan ada juga masa kita bersama kekasih. Tetapi bagaimana pula dengan sahabat sejati atau kekasih sejati?
Nota: Psst!!! Ada persoalan yang saya tinggalkan di sini, harap anda semua sudi berkongsi bersama saya di sini ya.. 
Actually..aku pon confuse dengan keadaan ni…so complicated…and I feels so empty now…grrrr….sape2 boley bagi answer tak untuk persoalan kat atas tuu….??...Ȋ Ȋ