Tuesday, May 12, 2009

Insan Berbaju Hijau


Assalamualaikum...

Ingin daku berkongsi 'fikir' ttg iman dan amal di serambi ukhuwah ini. Hasil dari kuliyyah agama selepas Maghrib semalam. Syahdu kerna daku merasai diri ini makin jauh dari majlis2 ilmu. Moga Allah SWT membimbing daku dekat pada-Nya.

"Sebelum kebesaran ALLAH dapat masuk ke dalam diri kita, maka kita kene usaha utk keluarkan kebesaran makhluk dari diri kita. Yakin bahawa hanya ALLAH yg berkuasa dn makhluk tidak berkuasa sedikit pun. Umpama gelas yg berisi air hitam. Kita hendaklah buang air hitam itu sebelum mengisi semula dgn susu. Tidak boleh bercampur aduk antara air hitam dan susu. Tidak boleh bercampur antara kebesaran makhluk dan kebesaran ALLAH dalam diri kita." Itulah petikan ungkapan dari majlis ilmu semalam. Sama2 kita ambil iktibar.

Hari ini daku pergi ke ofis dgn t-shirt hijau. Terdetik di hati ini utk meraikan kemenangan pejuang Islam di Perak. Ketika production meeting, semua berjenaka ttg usul undi tidak percaya bagi menjatuhkan Senior Manager hehe... Tapi perjuangan belum selesai kerna Mahkamah Rayuan telah menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam huhu... Ternyata tiada 'karpet merah' dalam perjuangan Islam ini. Sama-sama kita renungkan....

No comments: