يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
[Surah At-Tahrim 66: Ayat ke 6]
“ Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar. Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu… Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada dalam perjuangan agamaMu"

Pages


Muwasafat Tarbiyah

MUWASAFAT TARBIYAH:
10 Ciri Peribadi Muslim


Matlamat Tarbiyah adalah untuk mencapai sebuah keperibadian yang unggul yang memiliki standard berikut:

1. Salimatul aqidah: Aqidah yang sejahtera
2. Sahihul Ibadah: Ibadah yang benar
3. Matinul Khuluq: Akhlak yang mantap
4.Qawiyul Jismi: Kekuatan jasmani
5. Mutsaqqaful Fikri: Intelektual dalam berfikir
6. Mujahadatun Linafsihi: Melawan hawa nafsu
7. Harishun 'ala Waqtihi: bijak mengurus masa
8. Munazhzhamun fi Syu'unihi: Sistematik dalam setiap urusan
9. Qodirun 'alal Kasbi: Mampu berdikari
10. Naafi'un Lighoirihi: Bermanfaat untuk orang lain