Facebook

Wednesday, October 7, 2009

AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR, TUGAS SIAPA???

Amar makruf nahimungkar..satu ungkapan yang biasa dan lembut meniti bibir-bibir pejuang Islam dan juga mereka yang menyedari tuntutannya kepada diri setiap muslim. Perintah dari Rasulullah dan suruhan daripada Yang Esa terhadap perkara tersebut kerap ditekankan dan diulang-ulang sebagai peringatan. Dalam hadis yang agak masyhur berkisar tentang amarmakruf dan nahimungkar ini ialah hadis yang menerangkan tatacara membendung dan mencegah perbuatan mungkar yang berlaku di hadapan mata seseorang : " sesiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran maka ubahlah ia dengan tangannya (yakni kekuasaan@pangkat yang dia ada), jika sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, jika tidak mampu maka dengan hatinya, demikian itu merupakan selemah-lemah iman".

Mengubah kemungkaran bukan sesuatu perkara yang senang dan juga perkara yang terlalu susah tetapi ukuran tersebut perlu juga dinilai dari sudut peribadi dan keadaan bagi orang yang diuji untuk mengubah sesuatu kemungkaran. Sesuai juga dengan saranan dan tunjuk ajar Al-Quran dalam memberi peneguran iaiu dengan bentuk yang hikmah. Jangan disalah ertikan atau disenpitkan skop 'hikmah' yang disarankan itu. Ramai yang memahami hikmah itu dengan cara yang lembut dan sopan santun sahaja. Bayangkan jika anda melihat seseorang yang minum arak di hadapan anda, maka anda menegurnya dengan cara yang baik dan lembut tetapi dibalas dengan cacian dan tohmahan. Sehinggakan dilihat umpama arak itu teman akrab dalam kehidupannya yang tiada siapa boleh memisahkan mereka walaupun agama. Adakah anda masih dengan cara yang lembut menegurnya sedangkan telah dicuba dengan berkali-kali?.....

Konsep "hikmah'dan skopnya agak luas dan dinilai berdasarkan waqi' (situasi semasa)untuk dipraktikkan. Kitaran hidup ini berkisar dengan pergaulan dan muamalah sesama insan samada muslim atau non-muslim. Makanya junjunagan besar Rasulullah menunjukkan cara yang terbaik untuk bersosial dengan segenap lapisan dan jenis manusia. Lihat pada satu hadis yang menarik untuk diamalkan " seorang muslim berasa selamat dengan muslim yang lain melalui lisannya dan tangannya". Bagaimana tutur bicara yang dilontar dapat menjaga hati seorang muslim yang lain dan bagaimana peristiwa yang selalu didengar berkenaan sosial Rasulullah bersama dengan golongan non-musllim. Islam tidak menyuruh kita mengherdik mereka apatah lagi merampas harta mereka denghan sewenang-wenangnya. Bahkan mereka mempunyai hak untuk kita tunaikan seperti dalam konteks berjiran. Islam menitik beratkan jiran yang mendiami sekitar rumah kita. Jika jiran tersebut bukan Islam sekalipun, mereka tetap wajib menunaikan hak terhadap mereka sebagai seorang jiran. Sosial dan pergaulan Rasulullah bersama dengan golongan bukan Islam menarik minat mereka terhadap Islam lantaran keistimewaan dan hak yang diberikan kepada mereka. Lantaran mengajak ke arah kabaikan dan mencegah kemungkaran, seseorang itu perlu mempersiapkan diri dengan perbagai ciri-ciri yang penting. Bukan apabila disebut istilah dai'e, kita hanya melihat kepada golongan agama semata-mata. Allah telah melantik manusia sebagai khalifah di muka bumi dan dalam masa yang sama berperanan sebagai dai'e, pengajak ke arah kebaikan dan pencegah kemaksiatan. Dengan ini akan terlaksana tugasan sebagai khalifah dengan makmurnya muka bumi Allah.


CIRI-CIRI AKHLAK DAI’ YANG SEBENAR

1. BENAR
2. SABAR
3. KASIHAN BELAS
4. MERENDAH DIRI
5. PERSAUDARAAN KERANA ALLAH
6. MALU
7. MENJAUHKAN DIRI DARIPADA PERKARA HARAM DAN SYUBHAT
8. MENUNDUKKAN PANDANGAN
9. MENJAGA LIDAH
10. MUHASABAH DAN MURAQABAH


SERANGAN MUSUH TERHADAP PEMUDA/DI ISLAM DI MALAYSIA

Dekad 20 an ini kita menyaksikan kehancuran demi kehancuran sistem sosial di kalangan anak-anak remaja di Malaysia, perhati sahajalah kepada situasi semasa di sekeliling keluarga atau jiran tetangga sudah pasti masalah yang berterusan melanda dalam keluarga tersebut, jarang sekali di ketika ini sesebuah keluarga itu tidak menghadapi masalah. Jelasnya, kita dapat simpulkan permasalahan ini kepada luaran terlebih dahulu iaitu serangan yang bertubi-tubi musuh Islam kepada umat Islam, antaranya:

1) Memasuk dan meramaikan bilangan penyanyi dan pemuzik di kalangan anak muda-mudi
2) Menambah tempat-tempat hiburan dan menaja konsert-konsert tertentu
3) Menghadkan peruntukan kepada program-program agama
4) Sukatan pelajaran agama dipersempitkan, manakala sukatan pelajaran yang lain diberi keutamaan
5) Membenarkan missionari-missionari kristian melebarkan pengaruh
6) Memecahkan perpaduan umat Islam kepada beberapa kumpulan (berbilang-bilang jemaah)


CABARAN PEMUDA PEMUDI ISLAM

Para pemuda dan pemudi kini menghadapi cabaran daripada pelbagai sudut yang berbeza dan ini memerlukan pengorbanan dan kesungguhan dalam menghadapinya melalui usaha, doa dan tawakkal kepada Allah. Antara mereka yang tergolong sebagai mereka yang member cabaran kepada pemuda/di kini ialah:

1. Diri sendiri. 3. Sahabat handai.

2. Masyarakat. 4. Keluarga


Maka seorang dai'e perlu memastikan dirinya dipersiapkan sebaik mungkin dalam melaksanakan amarmakruf nahimungkar, kerana mana mungkin seorang yang lemah mampu mengajar orang lain menjadi kuat melainkan dia sendiri kuat dan mempunyai jatidiri tersendiri. Sesuai dengan Firman Allah Taala yang bermaksud: "dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki...."

No comments: