Hulurkan Sumbangan

Friday, December 18, 2009

Tahniah Tan Sri Dr. Yusof Noor


Tahniah Tan Sri Dr. Yusof Noor Dinobatkan Tokoh Maal Hijrah 1431H Peringkat Kebangsaan
Oleh: yieMEGA

PENULIS percaya semua umat Islam telah mengetahui siapakah yang dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1431H ini. Bagi yang belum mengetahui orang yang dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1431H Peringkat Kebangsaan ialah Pengerusi Kumpulan Felda iaitu Tan Sri Dr. Yusof Noor.

Beliau tidak asing lagi bagi rakyat Besut kerana beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kampong Raja (Sekarang DUN Kota Putra) sebelum ini di zaman Wan Mokhtar Ahmad Menteri Besar Terengganu ketika itu.

Beliau juga tidak asing dengan Institut Profesional Baitumal (IPB) dan juga Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) beliaulah antara orang yang terlibat dalam memajukan institusi tersebut.

Selepas berhijrah dari bidang Politik beliau menumpukan sepenuh masanya untuk Kumpulan Felda, setelah beliau menyertai Kumpulan Felda prestasi kumpulan itu juga semakin meningkat dari hari ke hari.

Sebenarnya, sepatutnya semasa beliau masih berada di dalam arena politik tanah air di Terengganu dia dilihat sebagai pengganti yang paling sesuai bagi Wan Mokhtar Ahmad, namun tak tahu bagaimana tiba-tiba sahaja beliau ditukar menjadi calon Parlimen pada tahun 1999.

Sebagaimana diketahui ramai, 1999 merupakan detik bersejarah kejatuhan Kerajaan BN Terengganu dan juga berakhirnya karier Menteri Besar bernama Wan Mokhtar Ahmad. Selepas kejatuhan Kerajaan BN tiada siapa yang sanggup memikul tugas untuk mengembalikan pemerintahan BN di Terengganu kecuali seorang lagi yang juga rakan karib Tan Sri Dr. Yusof Noor iaitu Datuk Seri Idris Jusoh, namun setelah berjaya meletakkan BN Terengganu di dalam Zon Selesa akhirnya beliau telah dijatuhkan oleh rakan separti sendiri.

Sekalung tahniah, diucapkan kepada Tan Sri Dr. Yusof Noor, rakyat-rakyat Besut sentiasa menghargai sumbangan anda semasa anda menjadi ADUN dahulu. Semoga Tan Sri terus menabur bakti demi Agama, Bangsa dan Negara.
Reblog this post [with Zemanta]

1 comment:

nancob said...

Saya tidak setuju dengan pujian yang saudara dewakan terhadap Yusof Nor kerana pernah berlaku kehilangan jutaan wang zakat Wilayah Perseketuan semasa ianya menjadi pengerusi.Sila semak fakta saudara.