Wednesday, January 4, 2012

Cara Mudah Membiak Betta



1. Sediakan 1 bekas/akuarium atau apa-apa yang boleh menampung sekitar 5 liter – 10 liter air. Bekas tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar.

2. Letakkan tumbuhan air/paip PVC/batu sebagai tempat persembunyian ikan betina.Ikan jantan akan menjadi amat agresif apabila selesai mengawan.Seeloknya bekas dibiar kosong di dasar. Letakkan cawan kertas yang dipotong dua/keratan plastic sebagai tempat yang bakal dibuat sarang buih.Masukkan sedikit daun ketapang kering dan sedikit garam kasar….macam resipi nak memasak…Tumbuhan air akan menggalakkan pertumbuhan infusoria iaitu sejenis hidupan seni yang menjadi makanan pertama anak ikan sebaik menetas.Ia boleh dikembangkan dengan lebih pantas dengan menggunakan titisan Liquidfry No 1 yang menjadi makanan infusoria.Biasanya infusoria akan mengambil masa 3-4 hari untuk membiak.

3. Pastikan ikan yang bakal dipasangkan diberi makanan hidup atau beku sebagai penyediaan awal ikan untuk mengawan.Makanan perlu diberi 2 kali sehari dan secara berterusan selama 2 minggu.Adalah lebih baik sekiranya kedua-dua ikan diberi bloodworm,jentik-jentik,cacing tanah,telur semut atau apa-apa makanan hidup yang sesuai.Makanan hidup akan membuatkan ikan betina mempunyai telur yang banyak serta berkualiti dan ikan jantan mempunyai simpanan tenaga yang mencukupi.Lepaskan ikan jantan. Biarkan beberapa hari supaya ia terbiasa dengan tempat barunya itu.

4. Masukkan balang ikan betina ke dalam bekas pembiakan.Biarkan mereka saling melihat antara satu sama lain sehinggalah ikan jantan membuat sarang buih yang banyak dan ikan betina mempunyai garisan menegak pada badannya dan mempunyai perut yang penuh dengan telur.

5. Lepaskan ikan betina untuk mengawan dengan ikan jantan.Biarkan bekas di tempat yang tenang dan jauh dari gangguan.Elakkan diri anda dari kerap mengintip ikan kerana perbuatan seperti itu boleh menyebabkan ikan menjadi stress dan akan bertindak sebaliknya seperti enggan mengawan atau akan memakan telur atau anak ikan.

6. Apabila ikan betina telah mengawan dan semua telur telah dikeluarkan,asingkan ikan betina dari bekas pembiakan.Ikan betina perlu diletakkan di dalam bekas yang mengandungi air yang bersih dan dimasukkan daun ketapang kering dan sedikit garam.Beri ia makan sedikit makanan hidup untuk mengembalikan tenaga yang hilang dan menguatkan dirinya kembali.

7. Ikan jantan akan menjaga telur di dalam sarang dan akan menetas selepas 2 hari dari tarikh mereka mengawan.Ikan jantan akan menjaga larva yang baru menetas dan jangan diberi makan di dalam tempoh ini.Ikan jantan boleh diasingkan dari larva selepas 3-5 hari dari tarikh larva menetas.Ada juga breeder yang terus membiarkan ikan jantan menjaga larva sehingga ke tahap remaja tetapi adalah lebih baik ia dikeluarkan bagi mengelak sebarang kemungkinan yang tidak diingini.Ikan juga seperti manusia,ada bapa yang baik dan ada bapa yang tidak bertanggungjawab.

8. Lakukan langkah yang sama terhadap ikan jantan apabila anda mengeluarkannya dari bekas pembiakan seperti mana ikan betina.

9. Larva ikan akan mula makan sebaik sahaja kantung telur(egg yolk) mereka habis diserap dan mereka mulai berenang secara normal.Larva ikan akan tertarik untuk makan makanan yang bergerak-gerak dan mengabaikan makanan yang tidak bergerak.

10. Makanan yang sesuai untuk larva ikan adalah seperti berikut:
a. Umur 1-2 hari – infusoria atau rotifer.
b. Umur 3-5 hari – Microworm atau rotifer.
c. Umur 5-15 hari – BBS (Baby brine shrimp).
d. Umur 15- 1 bulan – moina/daphnia.
e. Umur 1 bulan ke atas – daphnia atau bloodworm halus atau tubifex yang dicincang. Umur ini juga anak ikan boleh diajar untuk memakan pallet yang halus.

Anda juga mungkin akan menemui kaedah yang berlainan dari kaedah ini kerana setiap breeder mempunyai kaedah masing-masing yang berkemungkinan mempunyai rahsia tersendiri. Selamat Mencuba….COPY RIGHT..SIFU...Hasnal Zainol Abidin


1 comment:

zegwei said...

nak beli Daun Ketapang / Catappa kering (poslaju malaysia) sila SMS/whatapps +60175522128.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...