Friday, October 9, 2009

Hapuskan Aedes...

a. Periksa dan hapuskan bekas berpotensi atau tempat pembiakan
nyamuk Aedes seperti tayar lama, bekas tong cat, bahan plastik,
kaca & polisterin di dalam dan luar rumah dengan luangkan
masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu.

b. Seterusnya bagi mengelakkan Aedes membiak, tempat-tempat
utama yang perlu dibersihkan adalah pasu dan alas pasu bunga,
kolah mandi dan pada lantai simen yang menakung air lebih dari
seminggu.

c. Membubuh bahan pembunuh jentik-jentik (temephos) di dalam
bekas takungan air yang sukar dikosongkan seperti tangki air
utama.

d. Dapatkan rawatan segera apabila anda mengalami tanda
penyakit demam denggi contohnya, demam, sakit badan, sakit
kepala, ruam dan lain-lain di klinik berhampiran.


Maklumat lanjutboleh didapati di laman web Kementerian Kesihatan di
http://www.moh.gov.my

Mari kita bersama-sama mencegah denggi....