Saturday, January 1, 2011

BILA WANITA SUKA TUNJUK SUSUK TUBUH YANG MENGIURKAN...TUBUH ITU AKAN BERKEDUT....MATI TUBUH ITU DIMAKAN ULAT ATAU DIBAKAR....AKHIRAT SATU KALI BAKAR YG BERKEKALAN....INSAFLAH

DUNIA


Jabatan terpanjang dunia siap dibina


JAMBATAN Qingdao Haiwan di China yang terpanjang di dunia siap pada Isnin lalu.


QINGDAO - Jambatan terpanjang di dunia sepanjang 41.5 kilometer (km) akhirnya siap dibina di China pada Isnin lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Ia yang dinamakan Jambatan Qingdao Haiwan, memakan masa empat tahun untuk dibina dan menghubungkan bandar raya ini, di wilayah Shandong, timur China dengan daerah Huangdao.
Kerja-kerja pembinaan jambatan itu dimulakan oleh dua kumpulan pembinaan masing-masing di Qingdao dan Huangdao, sejak 2006.
"Model komputer dan semua pengiraan berjalan lancar tetapi kami hanya berasa lega selepas kedua-dua sisinya dicantumkan," kata seorang jurutera projek itu.
Selepas siap pada Isnin lepas, struktur berkenaan menghubungkan tiga bandar pesisir di wilayah Shandong.
Sebelum ini, gelaran jambatan terpanjang di dunia dipegang oleh Laluan Tasik Pontchartrain sepanjang 38.42km di selatan negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS). - Agensi



Kos percutian Obama RM4.7j



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama membelanjakan sebanyak AS$1.5 juta (RM4.65 juta) untuk bercuti di Hawaii.
Perbelanjaan itu dianggap terlalu besar ketika kebanyakan warga Amerika masih bergelut untuk meneruskan hidup akibat kejatuhan ekonomi negara itu.

Obama semalam melanjutkan percutian di Oahu hingga Isnin depan berikutan cuaca sejuk di Washington.

Beliau sepatutnya berjimat-cermat dalam percutian dua minggu bersama isteri dan dua anaknya di mana mereka menginap di rumah rehat mewah yang menghadap pantai di Kailua, sebuah pusat peranginan terkemuka kira-kira 19.2 kilometer dari Honolulu.


Menurut satu sumber jumlah perbelanjaan untuk percutian itu termasuk:


  • AS$63,000 (RM195,300) untuk penerbangan awal bagi Michelle dan dua anak mereka ke Hawaii.

  • AS$1 juta (RM3.1 juta) untuk perjalanan pergi dan balik Obama dari Washington dengan Air Force One.

  • AS$38,000 (RM117,800) untuk ‘Rumah Putih Musim Sejuk’ apabila Obama menyewa sebuah penginapan berhampiran pantai.

  • AS$16,000 (RM49,600) untuk menyewa penginapan menghadap pantai untuk ejen perisikan dan komando marin.

  • AS$134,000 (RM415,400) untuk 24 kakitangan Rumah Putih menginap di Hotel Moana.

  • AS$251,000 (RM778,100) untuk bayar tugas lebih masa anggota polis.

  • AS$10,000 (RM31,000) untuk khidmat 24 jam ambulans.

    Perbelanjaan yang dicatakan itu tidak termasuk kos perjalanan kakitangan Obama dan ejen perisikan, sewa kereta dan operasi pengawasan untuk percutian itu yang secara kasar mungkin mencecah kira-kira AS$46,578 (RM1.4 juta).

    Rumah Putih tidak memberi sebarang ulasan mengenai kos percutian itu.

    Seorang jurucakap berkata, jumlah kos perbelanjaan untuk percutian Obama sama dengan presiden Amerika Syarikat lain sebelum ini.

    Bagaimanapun, sumber berkata: “Obama sepatutnya memilih untuk menginap di tempat yang lebih murah dan selamat seperti rumah rehat menghadap pantai di Kaneohe., kira-kira dua minit perjalanan dengan kereta dari tempat yang mereka menginap ketika ini.” - Agensi 





  • DUNIA


    Anggota Boney M meninggal dunia


    BOBBY FARRELL mengambil bahagian dalam persembahan di Moscow pada 23 Disember 2009.


    ST. PETERSBURG, Rusia - Bobby Farrell, 61, yang merupakan anggota kumpulan disko,
    Boney M meninggal dunia pada tarikh yang sama seorang paderi terkenal di Rusia, Grigori Rasputin meninggal dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
    Lagu Rasputin nyanyian Boney M yang mengisahkan mengenai paderi itu turut menjadi popular pada tahun 1970-an.
    Menurut ejen Farrell, John Seine, anggota kumpulan Boney M itu mengadakan persembahan di sini pada Rabu lepas tetapi mengadu sesak nafas sebelum dan selepas pertunjukan itu.
    Tidak lama kemudian, seorang staf di hotel penginapannya di sini menemui mayat Farrell selepas dia tidak menjawab panggilan telefon untuk mengejutkannya.
    Secara kebetulan, tarikh kematian anggota kumpulan yang berusia 61 tahun itu adalah sama dengan tarikh kematian Rasputin yang meninggal dunia pada 1916.
    Rasputin merupakan seorang paderi mistik yang dilantik menjadi penasihat untuk Maharaja Rusia, Tsar Nicholas II dan isterinya Permaisuri Alexandra.
    Dia mati selepas diracun, ditembak empat kali dan dihumban ke dalam sebatang sungai.
    Kumpulan Boney M yang menerbit album di Jerman, mula memasuki carta menerusi dua lagu popularnya, Daddy Cool dan Sunny pada tahun 1976.
    Dua tahun kemudian hampir dua juta piring hitam kumpulan itu dijual di Britain.
    Kumpulan Boney M yang asal dibubarkan pada 1986. - Agensi




    DUNIA


    Lagu Katy Perry ungguli carta iTunes




    LOS ANGELES - Lagu berjudul Firework yang dipopularkan oleh penyanyi kelahiran Amerika Syarikat, Katy Perry (gambar) mendahului carta sepuluh teratas lagu-lagu yang terjual menerusi iTunes, lapor sebuah akhbar semalam.
    Mengekori pada kedudukan kedua ialah lagu daripada penyanyi Bruno Mars, Grenade diikuti lagu The Time nyanyian kumpulan Black Eyed Peas dan lagu duet Rihanna dan Drake, What's My Name?.
    Berada pada kedudukan kelima merupakan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi yang berusia 31 tahun, Pink berjudul Raise Your Glass diikuti We R Who We R oleh Ke$ha dan That's All She Wrote nyanyian T.I. bersama Eminem.
    Lagu yang dipopularkan oleh penyanyi bertubuh kurus, Wiz Khalifa, Black and Yellow berada pada kedudukan kelapan dan diekori Bottoms Up nyanyian Trey Songz dengan penampilan Nicki Minaj.
    Lagu Tonight dendangan penyanyi kacak kelahiran Sepanyol, Enrique Iglesias dengan menampilkan Ludacris dan DJ Frank E berada pada kedudukan kesepuluh. - Agensi




    Makan telur cacing untuk kuruskan badan

    BEIJING: Pelajar perempuan di Xiamen, China dilapor memakan telur cacing bulat untuk mengurangkan berat badan bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan.
    Telur berkenaan akan menetas di dalam perut, membolehkan mereka yang memakannya menurunkan berat badan tanpa perlu bersenam atau berdiet.

    Dengan kekurangan pekerjaan di seluruh negara itu, wanita China berdepan dengan tekanan untuk kelihatan kurus jika ingin mendapat peluang pekerjaan, Sebahagian pelajar pula merenung gambar selama beberapa jam dengan hasrat mengekang selera makan sebagai cara untuk melangsingkan badan.
    Seorang pelajar, Xiaomei berkata, beberapa rakannya menggunakan sabun khas yang dapat membantu diet mereka. Ada juga yang mandi sehingga 10 kali sehari. - Agensi



    DUNIA


    Selebriti siar gambar parti separuh bogel


    GAMBAR yang disiarkan laman Twitter menunjukkan aksi Sam Faiers.


    LONDON - Bintang siri realiti popular di Britain, Sam Faiers menyambut hari lahirnya yang ke-20 baru-baru ini dengan mengadakan parti separuh bogel dan menyiarkan gambar-gambarnya di Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.
    Faiers merupakan bintang siri realiti The Only Way Is Essex menyorot kehidupan lima orang dewasa di daerah Essex, timur England.
    "Parti cat gelap akan dimulakan!! gadis-gadis bogel di mana-mana! sambutan hari jadi saya akan bertukar menjadi parti yang meriah," katanya di akaun Twitter miliknya .
    Faiers kemudian menyiarkan gambarnya berada di tengah-tengah sekumpulan gadis yang cuma memakai seluar dalam bagi menutup bahagian sulit mereka.
    Acara liar itu dikenali sebagai Parti Cat Gelap kerana mereka akan menyemburkan cat gelap pada tubuh rakan-rakan lain supaya kulit mereka berwarna coklat seperti selepas berjemur.
    Sebelum muncul dalam siri realiti itu, Faiers merupakan model popular untuk sebuah majalah lucah. - Agensi





    Blog anti-Islam dipadam



    WASHINGTON: Satu laman web yang menyokong pembakaran masjid dan membunuh umat Islam dipadamkan semalam.
    Majlis Perhubungan Muslim Amerika (Cair) berkata demikian semalam.

    Selain membakar masjid dan membunuh umat Islam, laman web berkenaan juga menyokong usaha mencemar kubur masyarakat Islam dan mengajar kaedah terbaik untuk menembak penganut Islam.

    Menurut Cair, pengunjung yang mengunjungi blog Bootislam’s yang dianjurkan WordPress.com kini hanya akan mendapati mesej ‘bootislam.wordpress.com sudah tidak beroperasi lagi. Blog ini digantung kerana melanggar syarat dan perkhidmatan kami.’


    Cair pada Rabu lalu menggesa umat Islam Amerika dan masyarakat prihatin supaya menghubungi WordPress.com agar menutup blog itu kerana melanggar syarat dan perkhidmatannya kerana didakwa mengandungi ancaman serta mendorong keganasan terhadap individu ataupun golongan tertentu.


    Blog itu mengandungi artikel seperi berikut:


  • Membakar masjid - satu idea yang baik?

  • Latihan untuk mencemari kubur umat Islam?

  • Kaedah terbaik untuk menembak seorang Muslim.

    “Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menghubungi Wordpress.com untuk menyuarakan kebimbangan mengenai unsur ke arah keganasan yang terdapat dalam blog itu,” kata Pengarah Eksekutif Kebangsaan Cair, Nihad Awad.

    “Kami juga berterima kasih kepada WordPress.com kerana mengambil tindakan pantas terhadap aduan diterima,” katanya. - Agensi 





  • DUNIA


    Lori tangki minyak meletup


    SEBUAH lori tangki meletup di sebuah lebuh raya di Tintenbar, Australia semalam.


    SYDNEY - Lebuh Raya Pasifik di utara negeri New South Wales (NSW), Australia masih ditutup selama beberapa jam semalam selepas sebuah lori tangki minyak terbalik dan meletup, lapor akhbar Daily Telegraph semalam.
    Anggota-anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran lori itu yang berisi 40,000 liter petrol di Tintenbar, 10 kilometer dari Ballina pada waktu tengah hari.
    "Lebuh raya ini ditutup sehingga semua tumpahan minyak habis terbakar," kata jurucakap bomba NSW, Superintenden Ian Krimmer.
    Pemandu lori tangki itu terbunuh dalam kejadian tersebut.
    Seorang ahli perniagaan tempatan, Tony Gilding yang memandu sebuah kereta dari arah bertentangan melihat lori minyak itu melanggar bahu jalan dan terbalik.
    "Apabila saya memberhentikan kereta dan cuba untuk membantu, ia sudah terlambat kerana lori itu sudah terbakar," katanya.
    Sementara itu, pihak berkuasa memberitahu, dua orang yang terperangkap di dalam sebuah kenderaan di tempat kejadian berjaya dikeluarkan.
    - Agensi



    Wanita tidak jadi dakwa anak



    TAIF: Seorang wanita menggugurkan hasrat untuk mendakwa anak lelakinya yang yang mengusirnya dari rumahnya di Al-Mothanna.
    Si anak sebelum ini menuntut ibunya membayar 1,000 riyal (RM821) jika dia mahu tinggal di rumah itu.

    Wanita itu kemudian membuat laporan polis dan memutuskan untuk mendakwa anaknya.
    Bagaimanapun, apabila si anak membuat ikrar bertulis untuk tidak mengulangi perbuatannya, wanita itu menarik balik rancangan itu. - Agensi




    Empat korban banjir di Makkah



    JEDDAH: Empat orang, seorang lelaki dan tiga kanak-kanak mati akibat banjir yang melanda daerah kediaman mereka di pinggir Makkah, semalam.
    Kejadian itu disahkan oleh Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal.

    Beliau bagaimanapun berkata, bencana berkenaan yang berlaku ekoran hujan lebat yang melanda Jeddah dan daerah lain di wilayah itu adalah terkawal.
    Menurutnya, seorang pengawal keselamatan di Jeddah juga cedera sementara dan banyak bangunan kediaman di daerah Al-Sawaed dan Umm Al-Khayr runtuh.

    Khaled berkata, secara keseluruhannya, beliau berpuas hati dengan kesediaan yang dilakukan pelbagai jabatan dan kerajaan dalam menghadapi bencana itu kali ini. - Agensi



    DUNIA

    Penampilan baru Jennifer Hudson


    PENAMPILAN terbaru Jennifer Hudson.


    LOS ANGELES - Pelakon filem Dreamgirls, Jennifer Hudson, 29, tampil dengan bentuk badannya yang mengagumkan untuk kempen pengiklanan terbaru Weight Watchers di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar kelmarin.
    Menurut Jennifer, dia kelihatan lebih muda berbanding semasa dia belajar di sekolah tinggi sebelum ini.
    Dia menyatakan penampilan terbarunya itu menyebabkannya kelihatan tidak akan menjadi tua.
    "Ia (menurunkan berat badan) bukannya sesuatu yang mudah," kata Jennifer namun dia tidak mendedahkan jumlah berat badannya yang hilang.
    Walaupun dia tidak mengumumkan jumlah penurunan berat badannya, perubahan bentuk badannya itu amat ketara.
    Penurunan berat badan itu adalah hasil senaman yang dilakukan di bawah tunjuk ajar jurulatih peribadinya, Harley Pasternak.
    "Menjadi kurus merupakan satu tugas. Ia bukannya mudah," kata ibu seorang anak itu. - Agensi








    DUNIA

    Jualan album Lady Gaga tertinggi 2010




    LONDON - Penyanyi yang terkenal dengan berpakaian pelik, Lady Gaga (gambar), menjadi penyanyi yang albumnya paling banyak dijual pada tahun 2010 di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
    Sebanyak 5.8 juta album Lady Gaga yang berjudul Fame Monster dijual di dunia tahun lalu.
    Dia mengatasi album penyanyi Eminem yang berjudul Recovery yang dijual sebanyak 5.7 juta unit.
    "The Fame Monster dikatakan sebagai album terbaik 2010. Saya sangat teruja untuk masa akan datang dan percaya pada kerja keras, anda akan mencapai kejayaan," kata Gaga.
    Album Justin Bieber, My World 2.0 berada di tempat ketiga dengan 5.6 juta unit.
    Ketika sedang menyambut tahun baru, penyanyi yang berusia 24 tahun itu membuat pengumuman mengenai albumnya yang berjudul Born This Way. - Agensi




    DUNIA


    Rumah pelacuran dirompak dua penjenayah

    SYDNEY - Dua orang penjenayah merompak sebuah rumah pelacuran yang terletak di Jalan Cosgrove, Strathfield Selatan kira-kira pukul 1.45 pagi waktu tempatan, lapor sebuah akhbar semalam.
    Polis memberitahu bahawa perompak itu merampas wang daripada pelayan wanita tetapi salah seorang daripada mereka terlebih dahulu memukul pengurus rumah pelacur yang berusia 51 tahun dengan menggunakan sebatang besi.
    Pengurus itu kini berada dalam keadaan stabil.
    Penjenayah terbabit yang dikatakan seperti berasal daripada Kepulauan Pasifik dan memakai topeng berwarna biru sempat melarikan diri.
    - Agensi




    DUNIA


    Model paling tinggi jadi popular kerana majalah


    AMAZON EYE (kanan) bergambar dengan seorang wanita yang mempunyai saiz normal.


    NEW YORK - Model paling tinggi di dunia, Amazon Eye menjadi popular selepas sebuah majalah menyiarkan kisahnya pada November tahun lalu, lapor sebuah akhbarsemalam.
    Eve yang berusia 31 tahun setinggi 2.07 meter tidak dikenali sebelum November tahun lalu.
    Namun, apabila sebuah majalah menyiarkan gambarnya memakai bikini di muka depan, dia kemudian menjadi sensasi di dunia.
    Dia menyatakan, darah campurannya dari Jerman dan Belanda menyebabkan tubuhnya menjadi amat tinggi.
    Eve kini menjadi aktres dan model dan dia turut bergusti dengan lelaki dengan bayaran AS$400 (RM1,232) sejam. - Agensi












    DUNIA

    Budak 2 tahun seperti anak patung


    ABBIE KING (kiri) yang memiliki tubuh seperti anak patung bergambar bersama ibunya.


    KEPULAUAN SHEPPEY - Seorang budak perempuan berusia dua tahun di Britain, Abbie King kelihatan seperti anak patung dan bayi berusia enam bulan, lapor sebuah akhbar semalam.
    Abbie menghidap penyakit genetik dinamakan sindrom Russell-Silver yang menyerang seorang bagi setiap 100,000 bayi dan menyebabkan tumbesarannya terhenti.
    Walaupun tingginya 0.6 meter dan beratnya tidak sampai 6.3 kilogram, Abbie boleh berjalan, ketawa, bermain dan meragam seperti kanak-kanak biasa.
    "Apabila saya mengetahui bahawa tumbesaran Abbie terbantut, saya bimbang dia tidak akan dapat menjalani kehidupan normal," kata ibunya, Emma Smith, 29, seorang bekas pengasuh dari Kent dekat sini.
    "Namun, saya kini lega selepas mendapati dia suka bergaul dan nakal seperti kanak-kanak lain," tambahnya. - Agensi

    No comments:

    Post a Comment