Friday, August 24, 2012

Karipap Roti

(sumber)


 Sedap dimakan semasa panas bersama secawan kopi.Jom tengok resepi.
Resepi Asal Karipap Roti : P.Ros@SinaranMenu
Bahan-bahannya
* 12 keping roti
* sebiji telur untuk egg wash
Bahan Inti
* 3 biji kentang didadu
*1/2 biji bawang besar didadu
* 2 1/2 sudu besar rempah kari
*2 biji bawang putih potong halus
* 1 keping chicken stock
* 1 cawan air
* Garam dan gula secukup rasa
* 3 sudu besar minyak
* 1 mangkuk serunding daging (boleh guna isi ayam atau daging sebagai alternative ya)

Cara menyediakan
1- Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan pula bawang besar dan kacau rata.Masukkan pula rempah kari yang telah dicampur sedikit air.Goreng hingga sedikit garing.
2. Masukkan kentang dan kaca rata.Tuang air dan biarkan bahan mendidih.Masukkan serunding daging(Serunding ni biasanya panjang2 so P.Ros gunting kan menjadi lebih kecil).
3- Masukkan bahan perasa dan tambah apa yang patut mengikut selera masing-masing.Masak dgn api perlahan hingga kentang empuk dan airnya kering.Angkat dan sejukkan.

Cara membuat karipap.
1- Gelek roti hingga nipis dan potong bentuk bulat mengunakan bentuk cawan atau mankuk.
2-Letak sesudu inti dan cantumkan kedua bahagian tepi dan picit sekeliling tepinya.Lepas itu gunakan garpu saiz kecil untuk  menekan bahagian tepi karipap.
3- Susun karipap atas dulang dan sapu telur hingga rata (pastikan tidak banyak telur meleleh dibawah karipap sebab takut ia melekat pada dulang .
4. Bakar karipap roti dgn oven yang dipanaskan pada suhu 180C selama lebih kurang 15 minit atau hingga kelihatan perang.

           Karipap boleh dikeluarkan dari oven setelah 10 minit dibakar .Balikkan ia dan sapu telur pada bahagian yang belum disapu telur tadi dan masukkan semula kedalam oven.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...