Pages

Friday 10 May 2013

PEMILIHAN BAHAN BACAAN





Kebolehbacaan
Definisi

Kebolehbacaan adalah satu konsep yang merujuk kepada tahap atau darjah susah senangnya sesuatu bahan untuk dibaca. Bahan-bahan yang susah untuk dibaca dikatakan mempunyai tahap kebolehbacaan yang tinggi. Manakala bahan-bahan yang senang dibaca dikatakan mempunyai tahap kebolehbacaan yang rendah. Tahap kebolehbacaan sesuatu bahan bacaan dapat diukur apabila ia dibaca. Oleh itu, tahap kebolehbacaan sesuatu bahan itu berbeza-beza bergantung kepada tahap kebolehan seseorang pembaca.

Tahap pembacaan murid dan kebolehbacaan bahan
Terdapat tiga tahap pembacaan (kebolehan murid membaca) yang ditubuhkan dalam bacaan dan kefahaman:

1.Tahap bacaan bebas (TBB)
Pembacaan tanpa bantuan atau bimbingan guru. Pada tahap ini, murid dapat memahami makna perkataan dan ayat-ayat serta keseluruhan teks atau petikan yang dibaca secra sendirian.

2.Tahap bacaan pengajaran (TBP)
Murid memerlukan bantuan atau bimbingan guru untuk membaca. Pada tahap ini murid tidak dapat memahami teks yang dibaca tanpa bantuan atau bimbingan guru.

3.Tahap bacaan kecewa (TBK)
Menggambarkan murid menjadi kecewa dalam pembacaannya. Pada tahap ini murid mendapati teks atau petikan yang dibaca itu terlalu susah sehingga mendatangkan kekecewaan dalam percubaan membacanya.

Tahap-tahap pembacaan ini boleh disamakan dengan tahap-tahap kebolehbacaan bahan kerana pengukuran kebolehan murid untuk membaca dan kebolehbacaan bahan adalah dijalankan serentak. Tahap kesusahan atau kesenagan murid untuk membaca sesuatu bahan akan dijadikan ukuran kepada tahap kebolehbacaan bahan. Oleh itu, tahap kebolehbacaan bahan dapat dibahagikan kepada tiga tahap:

1.Tahap bacaan bebas (TBB)
         Tahap sesuatu bahan itu dapat dibaca dengan senang tanpa bantuan guru.
2.Tahap bacaan pengajaran (TBP)
         Tahap sesuatu bahan yang dibaca itu tidak dapat difahami tanpa bantuan atau bimbingan guru.
3.Tahap bacaan kecewa (TBK)
         Tahap sesuatu bahan yang dibaca itu tidak dapat difahami langsung sehingga mengecewakan.

Kesimpulannya, terdapat tiga tahap pembacaan atau kebolehan murid untuk membaca dan kebolehbacaan bahan-bahan bacaan. Tahap-tahap tersebut adalah seperti berikut:
Tahap kebolehan murid membaca
Tahap kebolehbacaan bahan
TBB
TBP
TBK
TBB
TBP
TBK






                                           







No comments :

Post a Comment