Jumaat, 25 Januari 2013

Dua syarikat minat labur RM5.5 bilion - Najib


DAVOS 25 Jan. - Dua syarikat dari Jepun dan Jerman telah menyatakan minat mereka untuk membuat pelaburan kira-kira RM5.5 bilion di Malaysia bagi melaksanakan projek berkaitan petrokimia di kawasan pembangunan industri minyak dan gas Pengerang, Johor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, komitmen itu dinyatakan oleh Pengerusi Itochu Corp., Eizo Kobayashi dan Ketua pegawai eksekutif Evonik Industries AG, Klaus Engel dalam pertemuan mereka sempena menghadiri Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF).

"Hari ini, saya bertemu dengan beberapa pemimpin syarikat multinasional yang menunjukkan minat mereka untuk melabur di Malaysia," katanya pada sidang akhbar mengenai program hari pertamanya di WEF di sini, malam tadi.

Najib yang dalam rangka lawatan kerja selama empat hari kerana menghadiri WEF berkata, syarikat Itochu telah menyatakan komitmen mereka untuk melakukan kerjasama dengan Petronas dalam bidang petrokimia di Malaysia. - UTUSAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...