Rabu, 6 Februari 2013

Kontroversi drama: Para pelakon drama Sahara memohon maaf




Barisan pelakon drama Sahara membuat permohonan maaf secara peribadi ekoran kontroversi babak drama tersebut yang menyentuh sensitiviti agama Islam.
 
Bagaimanapun, pelakon Arief Farhan, Faried Wari dan Muaz Aydyl itu membuat
permohonan maaf tersebut bukan melibatkan atau bagi pihak produksi atau stesen televisyen.

"Kami mengharapkan orang ramai agar berhenti membuat tohmahan dan
menghentikan provokasi di laman sosial.

"Kami memohon maaf sekiranya isu ini mencetuskan kemarahan banyak
pihak," jelas Arief Farhan mewakili barisan pelakon drama tersebut.

Drama Sahara yang ditayangkan di Astro Prima sebelum ini mencetuskan kemarahan apabila terdapat babak romantis melibatkan wanita berpurdah bersama pasangan bukan muhrim. - UTUSAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...