13 KATEGORI KERJA KECEMASAN

Kerja Kecemasan merupakan kerja diluar jangka atau  diluar kawalan  tetapi memberikan kesan secara langsung kepada penggunaan jalan yang perlu ditangani segera tanpa bertangguh. Pihak  JKR hendaklah mengenalpasti terlebih dahulu kategori kerja serta skop kerja dan kuantiti bekalan yang perlu dilaksanakan segera atau serta merta dimana kelewatan pelaksanaan akan memudaratkan dan menjejaskan perkhidmatan serta kepentingan awam.
Walaubagaimanapun, Isu yang timbul adalah definasi serta pengekelasan bagi kerja-kerja kecemasan. Justeru itu, BSFJ telah menganjurkan “Bengkel Takrifan Kerja Kecemasan Bagi Penyenggaraan Jalan Persekutuan Di Semenanjung Malaysia” pada 31.3.2011 yang dihadiri oleh pelbagai unit BSFJ, wakil BKS KKR, wakil-wakil daripada Majlis Tindakan Jurutera Daerah dan syarikat-syarikat Konsesi.
Hasil bengkel adalah senarai jenis-jenis kerosakan yang dikategorikan sebagai kerja kecemasan yang diberi keutamaan. Senarai ini telah dibentang untuk kelulusan KKR dalam Mesyuarat Penyelarasan/Pemantauan Penswastaan Penyenggaraan Jalan Persekutuan Di Semenanjung Malaysia bil. 2/2011 pada 15.7.2011 di Bilik Gerakan Bangunan Persekutuan Pulau Pinang. Y.Bhg. Dato’ Hj. Nasir Bin Mat Dam, TKSU (Pembangunan) KKR yang mempengerusikan mesyuarat telah bersetuju secara dasarnya dengan senarai 13 jenis kerosakan untuk diberikan keutamaan disamping menegaskan kerja kecemasan tidak terhad kepada senarai 13 ini sahaja tetapi melibatkan juga sebarang kejadian luar biasa yang lain.  
Kata ujian bagi definasi kecemasan adalah
 “boleh ditangguhkan esok?” jika “tidak !” maka ia boleh di kategorikan sebagai kerja kecemasan."


1. Cerun atau tanah Runtuh

 




Jenis Kerja Yang Dibenarkan :
• Laksanakan pelan pengurusan trafik ditapak (TMP).

• Membersihkan runtuhan.

• Buat lencongan/laluan sementara (jika perlu).


2. Jambatan/Pembentung roboh atau di isytihar tidak selamat oleh JKR.















Jenis Kerja Yang Dibenarkan :
  • Laksanakan pelan pengurusan trafik ditapak (TMP).
  • Buat lencongan/laluan sementara (jika perlu).

3. Komponen railing dan parapet jambatan rosak yang menjejaskan keselamatan pengguna.
Jenis Kerja Yang Dibenarkan :
  • Laksanakan pelan pengurusan trafik ditapak (TMP)
  • Membaiki railing dan parapet yang rosak.
4. Komponen utama pembentung pecah/komponen utama jambatan rosak dan di isytihar tidak selamat oleh JKR.
Jenis Kerja Yang Dibenarkan :
  • Laksanakan pelan pengurusan trafik ditapak (TMP).
  • Buat lencongan/laluan sementara (jika perlu).
5. Tambakan runtuh (embankment failure) atau mendap/jerlus :
Kejadian mengakibatkan sebahagian atau sepenuhnya jalan terhalang, atau diisytihar tidak selamat oleh JKR.
Jenis Kerja Yang Dibenarkan :
  • Laksanakan pelan pengurusan trafik ditapak (TMP).
  • Buat lencongan/laluan sementara (jika perlu).
6. Pokok Tumbang














Jenis Kerja Yang Dibenarkan :
  • Laksanakan pelan pengurusan trafik ditapak (TMP).
  • Buang sisa pokok 
7. Bencana alam ;















Contoh
a. Bencana Industri ;
b. Kemalangan pengangkutan/ penyaluran bahan berbahaya ;
c. Keruntuhan bangunan/struktur ;
d. Kemalangan udara ;
e. Pelanggaran/kegelinciran keretapi ;
f. Kebakaran kawasan luas/ struktur ;
g. Kepecahan empangan/reservoir ;
h. Kemalangan nuklear/radiologi ;
i. Pelepasan gas beracun ; dan
j. Kejadian jerebu.
* Takrifan Majlis Keselamatan Negara : Arahan No. 20.

Jenis Kerja Yang Dibenarkan :
  • Laksanakan pelan pengurusan trafik ditapak (TMP).
  • Buat lencongan/laluan sementara (jika perlu).
8. Halangan Di atas Jalan















Contoh
a. Bangkai binatang.
b. Tumpahan minyak atau kimia.
c. Bahan binaan
d. Sebarang halangan lain.
Jenis Kerja Yang Dibenarkan :
  • Laksanakan pelan pengurusan trafik ditapak (TMP).
  • Buang bangkai/ Hubungi pihak Bomba/ Buang sisa bahan binaan.
9. Guardrail yang rosak (gagal berfungsi cth. tertanggal daripada packer/ rendah daripada aras piawai)



Jenis Kerja Yang Dibenarkan :
  • Laksanakan pelan pengurusan trafik ditapak (TMP).
  • Membaiki guardrail.
10. Lampu isyarat rosak/ condong/lantera terjuntai.
Jenis Kerja Yang Dibenarkan :
  • Laksanakan pelan pengurusan trafik ditapak (TMP).
  • Baiki Lampu Isyarat
11. Lampu jalan rosak/ condong/lantera terjuntai.

Jenis Kerja Yang Dibenarkan :
  • Laksanakan pelan pengurusan trafik ditapak (TMP).
  • Baiki Lampu Jalan
12. Jejantas pejalan kaki yang dilanggar.















Jenis Kerja Yang Dibenarkan :
  • Laksanakan pelan pengurusan trafik ditapak (TMP).


13. Sistem Pam air (terowong) rosak.
Jenis Kerja Yang Dibenarkan :
  • Laksanakan pelan pengurusan trafik ditapak (TMP).
  • Baiki Sistem Pam Air